Assalamualaikum..
Rabu yang lalu, seperti yang diarahkan oleh misi a.k.a nurse, saya perlu menghadiri sesi temu janji (ececeh) iaitu appointment.. urgh! kali ni sangat tak best.. huhu.. sebabnya buat pertama kalinya (inshaAllah yang terakhir kali..amiin) saya perlu minum air gula.. Apa itu air gula?? Macam air gula yang kita perlu buat untuk buat air manis macam teh dan lain-lain tu. Tapi serius rasanya lain jugak. Tak tahu nak cakap macam mana. Memang tak sedap. Malam tu saya perlu berpuasa bermula jam 12 malam. Usai menonton movie bersama suami, cepat-cepat berlari ke bilik untuk makan ubat sebelum sampai masa untuk berpuasa.
Sesampainya kami di KK, seperti biasa patients dah ramai. Beratur panjang jugak. tapi, jam menunjukkan pukul 7.15 pagi. So, harapan untuk amik nombor memang meleset sama sekali sebab paling awal misi buka kaunter jam 7.30 pagi, itu pun jarang-jarang. hehe.. So, beraturlah panjang bersama ibu bapa mengandung yang lain. Eh! Bapa tu bantu ibu je ye. Sebab ibu dah tak larat nak diri lama. hehe..
Ok. Saya diarahkan untuk mengambil darah di kaunter 14. Uhu.. misi yang sama. Adeh! >.< Lengan kanan dicucuk untuk ambil darah sebelum minum air gula. Hari tersebut saya ditemani oleh beberapa ibu yang lain yang turut sama kena minum air gula tu. huhu.. Kemudian, saya bergegas ke kaunter 7B untuk ujian "shishi" (faham-faham sendiri ye) dan darah seperti biasa. Setelah itu, ke kaunter 17D atau kaunter mengikut kawasan tempat tinggal kita untuk pemeriksaan bersama misi tersayang.. (alala)
Dengan penuh bersemangat, saya bertanya itu dan ini kepada misi di kaunter tersebut. Termasuklah ujian blood grouping yang perlu kulalui DUA kali.. T_T sakit ok! Hari ini boleh dikatakan hari menderma darah. wuwu.. Alhamdulillah keputusan blood grouping dah ada. Alhamdulillah daripada keputusan tersebut, memang benarlah blood groupku selama ini. So, di KK ini sahaja yang ada kesilapan. Tak tahu diorang amik darah siapa entah. (manusia kan..memang ada silapnya) Tapi bahaya ok! So mummy-mummy out there, please be alert! Jangan jadi macam saya. Sebab whatever happens in future, kita kena dan WAJIB tahu blood group kita yang tepat lagi jitu itu ok. Bahaya sesangat!
Kemudian saya perlu menunggu selama DUA jam untuk urusan ambil darah kali kedua iaitu selepas minum air gula. huuhu.. Berserah jela. Sang suami sangat kasihan pada si ibu ini.. hehe. Kesian dia kena makan sorang-sorang sebab saya masih berpuasa (minum air gula je takpe.. -.-)
Usai urusan semua, kami kembali ke rumah. Ku berasa sangat sengal di kedua-dua lengan ini. Hmm.. Serius.. Sakit jugak walaupun saya tahu saya kuat.. (semangat kena ada) Bila kucuri-curi lihat lengan di kedua-dua belah tangan ini, what??!!! Lebam dan bengkak sedikit. Padanla sengat dan bisa je rasa. huhu. Ok. Ni kali kedua jadi macam ni.. biasanya kalau misi tu tak reti memang akan jadi macam ni padaku.. huhu.. Kesian kat tangan.. hmm. selepas zohor, badan dah rasa tak sedap.. nak panas.. demam mungkin.. rehat seketika..




No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.