Assalamualaikum..
Hai kesayangan... Moga sihat selalu.. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkannya kembali bekerja pada hari ini. Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang mendoakannya agar cepat sembuh dan mendoakan kesejahteraan kita semua. Terima kasih kesayangan! =)
Aha...
Rejab datang lagi!!!
Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”
Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”
Jum kita ramai-ramai melipatgandakan amalan sunat selain amalan wajib seperti puasa sunat Isnin & Khamis. Moga Allah redha dengan segala amalan dan mempermudahkan segala urusan kita dunia akhirat. amiin Ya Rahman.
Salam 1 Rejab 1435H.
Salam 1 Mei 2014 = Selamat Hari Pekerja.
Wallahu'alam.
Sebarkan bahagia.
>>maafkan salah silap kami sekeluarga dan doakan kesejahteraan kami jua ya. Tq<<
>>maafkan salah silap kami sekeluarga dan doakan kesejahteraan kami jua ya. Tq<<







alhamdulillah....en.abam da sembuh....salam 1 rejab ain!esok takda g memana ke?:)
ReplyDeletenana kimie : alhamdulillah.. =) tq jnh.. xde g mn pun yunk.. lepak-ing di rumah je.. kan hari pekerja..so pekerja nk rest.. kihkihkih
Delete