8:26 AM

Kerana Aku Anak Ibu...

by , in

Masih ku ingat,

Masa kecilku....

Ibu jaga aku,
Walau terpaksa bersengkang mata.
Ibu pimpin aku,
Walau kerap kali aku terjatuh.
Ibu sediakan makan untukku,
Walau makanan tak semahal mana.
Ibu ajar aku 123,abc,alif ba ta, '
Walau dia belajar tak setinggi mana.
Ibu siapkan semua keperluan sekolah,
Walau hanya ala kadar cuma.
Ibu bagi duit buat belanja,
Walau 20sen sehari saja.
Ibu beli baju raya,
Walau dia tiada apa.
Ibu buat apa saja,
Demi aku pengarang jantungnya.

Kini aku,
di menara gading,
Berusaha sebaiknya,
Demi kasihku pada ibu,
Akanku balas dengan ilmu di dada,
Akan kubuktikan padamu,
Pengorbananmu tidak sia-sia,
Cukuplah engkau merana keranaku,
Cukuplah segala pengorbananmu demiku,
Cukup sudah kau menitiskan air mata kesedihan,
Kesedihan kerana tidak berharta membesarkanku,
Tapi aku kagum denganmu ibu,
Kerana kasihmu aku berdiri di sini,
Di tempat kebanggaanmu,

Bersabarlah ibu,
Segenggam kejayaan bakal milikku,
Kerana aku anak ibu.

~ Alhamdulillah...puisi ini sungguh menusuk kalbuku tatkala membacanya... Ya Allah, sunguh ku rindukan mak dan ayahku... peliharalah mereka, Ya Allah, sebagaimana mereka memeliharaku sejak kecil lagi..amin... insyaAllah... ampunkan dosa dan segala kekhilafan yang ada pada diriku agar diri ini dapat menjalani hari2 yang mendatang dengan lebih tenang dan baik.. insyaAllah... biarpun tidak dapat ku nukilkan sendiri puisi yang amat puitis ini, insyaAllah jika ada lagi pertandingan mendeklamasikan sajak,akanku garap lagi sajak ini.. insyaAllah.. dipohon seribu kemaafan kerana masih tidak mampu menghasilkan nukilan2 terkini walaupun hatiku sering meronta-ronta untuk berkarya lagi.. insyaAllah akan tiba saatnya....(amin..) ~
8:05 AM

Sampai Bila Nak Jadi Burung Pipit??

by , in
Salam... alhamdulillah... kembali jua saya di laman blog ini.. syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk terus menikmati segala nikmat2-Nya di samping taat mengabdikan diri kepada-Nya serta melaksanakan amar makruf nahi mungkar. insyaAllah... semoga perjalanan hidup kita pada hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini.. insyaAllah... di sini, hari ini, ingin saya kongsikan secebis wadah ilmiah dan tarbiyah yang disampaikan oleh seorang ukhti yang tidak saya kenali tetapi sentiasa dekat di hati insyaAllah.. mudah2an Allah sentiasa merapatkan hubungan kita sesama saudara seIslam dan mempermudahkan perjuangan hidup kita jua...amin.. insyaAllah... marilah kita sama-sama merafakkan rasa kesyukuran dan penghargaan kerana menerima sedikit peringatan dan tarbiyah untuk terus muhasabah diri kita agar tidak terus lalai dalam arus kemodenan dunia sejagat.. moga2 Allah sentiasa memelihara hati dan iman kita agar kita semua dapat menikmati HALAWATUL IMAN dan nikmatnya SYURGA FIRDAUSI... (amin..) insyaAllah....

Author : KARISMA Terengganu on Khamis, Jun 03, 2010

Satu perkongsian dari seorang ukhti..

Kita ditampar dengan tamparan realiti yang amat kuat: Israel laknatullah mengotakan sumpahnya akan menghalang bantuan kemanusiaan tiba kepada rakyat palestin jauh lebih awal dari yang dijangka. Nyata
Israel adalah kaum yang kuat berpegang pada sumpah. israel tak perlu takut kecaman dunia akibat melanggar undang-undang antarabangsa dan undang-undang moral manusia. Kan dunia ni memang israel yang punya?

umat islam yang ditampar dengan realiti pun bangun dari mimpi-mimpi yang panjang. dalam masa satu malam tiba2 palestin masuk ke facebook-facebook kita. tiba2 palestin masuk ke dalam doa-doa kita. tiba2 palestin masuk ke dalam sembang-sembang kita. syukur alhamdulillah atas kesedaran ini.

tetapi palestin dan mereka2 yang menanti syahid di atas kapal Mavi Marmara tidak perlukan simpati kita, mereka sedang menanti syahid yang akan terus menghantar ke pintu syurga! Mereka sedang menikmati
keindahan, jadi simpati untuk apa? Simpati adalah atas perkara2 yang sedih, bukan berita gembira seperti syahid.

Bersimpati lah kepada diri sendiri. Mereka dapat syahid kita dapat apa?

Berhentilah berazam untuk menjadi burung pipit yang mencurah air ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Kisah burung pipit itu untuk mendorong kita bergerak, tapi takkan selama2nya ingin mencurah air
sahaja. kalau semua orang nak jadi burung pipit, siapa yang nak mengganti tempat Nabi Ibrahim yang dibakar api? Burung pipit atas kudratnya yang lemah itu, mencurahkan air itu adalah satu tugasan yang
sangat mulia kerana setimpal dengan batasan tenaganya. tapi kita ini manusia bukan?, dan Nabi Ibrahim yang dibakar dalam api itu manusia seperti kita juga. Jadi berazamlah untuk berjuang seperti
Nabi Ibrahim, sampai sanggup dibakar dalam api demi agama ini.Mereka yang di atas kapal itu sedang berusaha mencari ketinggian darjat Nabi Ibrahim insyaAllah, dengan menghantar diri ke dalam api yang marak menyala. Lalu kita yang di luar api inilah burung-burung pipit yang panik melihat api yang sedang marak. tapi kita sudah berbuat apa pun?

sorak-sorai dan hingar-bingar yang kita ciptakan setiap kali sesuatu musibah menimpa ke atas palestin sememangnya perlu, untuk mengingatkan penduduk dunia, bahawasanya kita ini, umat islam, masih ada, masih
bernafas, walaupun nafasnya nyawa-nyawa ikan sahaja. hingar-bingar ini akan menyedarkan umat manusia bahawa masih ada satu bilion penduduk islam lagi di atas muka bumi ini yang akan sentiasa mendoakan
kesejahteraan palestin.

tapi nanti bila piala dunia bola sepak bermula hingar-bingar ini akan senyap semula. atau bila one in a million musim baru bermula palestin akan hilang semula. saya berani jamin, kalaupun semua yang di atas kapal Mavi Marmara itu syahid, anugerah juara lagu tahun ini akan berlangsung juga. hari ini kita mengutuk israel laknatullah, besok kita beratur untuk beli tiket ke anugerah juara lagu.

dalam usrah saya pernah menyuarakan perkara yang sama, lalu seorang adik memberitahu, “biasalah tu, manusia kan sentiasa berfikiran, yang lepas tu lepas lah, kehidupan harus diteruskan bagi yang masih tinggal’

lalu jawapannya apa?
ingatlah, palestin tak perlukan tangisan kita, walaupun keluar air mata darah sekalipun, mereka lebih jelek melihat tangisan itu yang hanya meraih simpati. Betul, mereka perlukan doa kita, tetapi mereka mahukan doa yang bergerak. Bukan doa yang statik di atas tikar sembahyang. Mereka perlukan perajurit2 yang sanggup meninggalkan kesenangan2 duniawi ini dan bangkit bergerak menyedarkan manusia2
lain, bahawasanya untuk membebaskan palestin hanya boleh dengan menjadi world order, seperti yang sedang disandang oleh israel dan sekutunya amerika. dan utnuk menjadi world order ini kita tidak ada pilihan lain selain bermula dari bawah, iaitu membentuk individu2 muslim.

Maka perbaikilah dirimu, dan serulah orang lain untuk menjadi baik!

Betulkah denagn cara ini kita akan dapat membebaskan palestin?
wallahua’lam.
Segala keputusan adalah di tangan Allah jua. tetapi disinilah kita boleh menjadi burung pipit, apabila Allah bertanya kelak apa perbuatan kita apabila palestin disembelih israel, moga2 kita boleh menjawab denagn jawapan


As-Syahid Imam Hassan AlBanna:
“Saya sudah menyeru manusia ke arah kebaikan di waktu pagi, petang dan
di waktu cuti saya”

Begitulah yang dimahukan, beralasan seperti burng pipit, tetapi bekerja seperti nabi Ibrahim a.s

Wallahu'alam..

--
"(10)Wahai orang-orang beriman! mahukah kamu Aku(Allah) tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (11) (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri kamu, itulah yang terbaikbagi kamu sekiranya kamu mengetahui"( 61:10-11)
2:55 PM

Resipi~~

by , in

Bahan-bahan ( 2 ORG )

· 2 bungkus maggie

· 3 biji telur

· 1 labu bawang besar

· 1 tangkai daun bawang

· garam secukup rasa

· 1 bungkus perasa maggie

· 1 biji cili merah

Cara-cara

1. Mula-mula hiris bawang , cili merah dan daun bawang.

2. Kemudian rebus maggie sehingga lembut(jgn sampai kembang)

3. Pecahkan telur dan pukul sehingga kembang serta masukkan secubit garam/secukup rasa.

4. Selepas itu masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam telur (maggie, hirisan bawang, daun bawang, cili merah dan perasa maggie.

5. Gaul rata bahan-bahan tersebut.

6. Akhir sekali panaskan kuali dan masak seperti lempeng dan biar kekuningan.

7. Sedap dimakan ketika masih panas-panas bersama sos!


***** cara ke 4-5 tu dpends... klu ikut yang tu, jadilah cam saya buat.. tak cantik sangat... or else, buat bahan-bahan tu macam lempeng dulu, baru letak telur pada satu bahagian.. then, baru buat bahagian satu lagi... hehe... try la... ain x pandai masak sangat..hehe.. tapi rajin mencuba kalau dah lapar...haha.. tq qma coz tanya dan baca blog ain...hehe... rajin2 komen la ya.. =)) tq...

1:37 PM

Semoga Berjaya,dik!

by , in
salam....ahlan wa sahlan ke blog ini.. huhu... lama juga ya saya tidak mencoret secebis kata2 di blog kesayangan ini... huhu.. bersawang juga nampaknya...huhu.. tak mengapa... alhamdulillah.. saya telah menapakkan kaki di bumi kelantan..bumi UMK... tempat saya mengaji dan berjuang.. moga kejayaan di dunia dan akhirat sentiasa menemani saya sepanjang perjuangan ini... moga saya terus tabah menghadapi dugaan dan diharapkan segala mehnah dan tribulasi ini mampu membakar keinginan saya untuk terus maju dan meniup semangat keazaman yang tinggi untuk memperbaiki hidup ini serta mencapai matlamat hidupku jua..amin...insyaAllah... banyak yang ingin dikongsikan..tetapi,tidak tahu mengapa saya agak blank di sini... bersangkar juga dalam kotak ingatan ini untuk menulis...tetapi apakan daya....masa yang tidak mengizinkan selain terikat dengan tugas2 yang lain.. alhamdulillah, hari ini berjaya jua mencoret sedikit untuk pembaca yang setia... syukran jazillan.. aha! bercakap tentang balik ke u ni bermakna saya bercakap tentang dua perkara... perkara pertama tentang tugas saya sebagai fasilitator untuk 3M iaitu Minggu Mesra Mahasiswa a.k.a minggu orientasi di sini... pengambilan baru.. bermakna saya kini menjadi senior tahun dua... alhamdulillah... luputkan segala kenangan dan pengalaman pahit di tahun pertama..kini marilah sama-sama mengorak langkah ke alam baru... buku yang baru..versi yang baru. insyaAllah... barakallah hu fikum.... amin... doakanlah agar segala pengalaman lampau menjadi tauladan kepadaku dan kegagalan yang dialami dulu sebagai iltizam untuk saya terus istiqamah dalam perjuangan dan jihad ini...amin.. insyaAllah... kiranya saya perlu menyusun kembali jadual-jadual harianku... walaupun sibuk, saya perlu menyeimbangkan semua perkara.. ukhrawi tetap menjadi keutamaan berbanding duniawi.. insyaAllah... saya tidak mahu mengulangi kegagalan di sem yang lalu.. gagal mengembirakan mak ayah.. gagal mengembirakan diriku sendiri... gagal mendapat anugerah dekan... tidakkkkk!! tidak akan sesekali saya ulanginya lagi..(amin..) serik setelah apa yang berlaku ini menyebabkan diriku terhimpit dalam kekecewaan.. huhu... saya tidak mahu gagal lagi... dan tidak juga akan putus asa walau badai yang menimpa itu cukup dahsyat...insyaAllah... Ya Allah, tabahkanlah hatiku dalam menempuh hari2Mu dan pimpinlah daku dalam perjuangan ini ke jalan benar.. jalan yang Engkau redhai...amin......amin..Ya Rabbal Alamin.... sahabat2ku sekalian, jzkk, tq, arigatou, terima kasih dan vanakem... syukran..alhamdulillah... syukurnya dapat sahabat seperti kalian... sekiranya daku alpa dan lalai tegurlah agar diri ini tidak terus khayal dalam fantasi duniawi... daku menerima sepenuh hati terhadap teguran dari kalian dalam usaha memperbaiki diri yang serba kekurangan dan masih bertatih untuk belajar segala ilmu-ilmuNya jua... insyaAllah... =)) moga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat...amin.. insyaAllah... untuk berubah, kita perlulah bermula dari SEKARANG! bukan tunggu nanti2..insyaAllah... perubahan ku yang elok terus dirahmati-Nya jua..amin... ayah selalu kata, jangan buat kerja last minute.. insyaAllah, jawabku... saya rasa memang betul pun kata2 mak ayah.. apa salahnya kita bersedia dari awal.. ye tak?? persediaan untuk berjumpa yang Tercinta dan Haq juga perlu dari awal.. so, sem ini akanku ubah menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya.. akanku gapai impian semua terhadap diriku dan berusaha sebaik mungkin.. insyaAllah. ku terus berusaha, belajar, berdoa dan tawakal kepadaNya... i'll do my best and let Allah's do the rest... insyaAllah.. =D bersihkan nawaitu kita dan berfikiran positif selalu... jangan lupa senyuman.. senyuman pengerat hubungan beserta zikrullah penenang jiwa yang sunyi... insyaAllah... semoda berjaya,dik!! (pesan mak ayah dll) marilah sama2 dengarkan dan hayati lagu nawaitu daripada kumpulan Rabbani... ku rindukan gema seruan arwah Ustaz Asri... moga Allah memberkati ke atas rohnya dan semua muslimin muslimat yang telah pergi menghadap Ilahi...amin.... Al-Fatihah~

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram