1:32 AM

Hikmah Berselawat di Bulan Syaaban

by , in
~PAHALA DI BULAN SYAABAN~


Syaaban:
Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas - sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang. Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari
tubuh malaikat tersebut.Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya. Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat. Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat. Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.AMIN..INSYAALLAH~ barakallah hu fikum.. sama2 lah kita menambah baik amal n ilmu di bulan yg penuh keberkatan ini..insyaAllah... wallahu'alam...
9:13 PM

Perempuan....

by , in
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:-

4 jenis perempuan yang berada di neraka ialah:

1. Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya;suaminya tiada dirumah ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia mengherdiknya.
2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luar kemampuan si suami.
3. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur, dan ia enggan berbakti kepada Allah swt. dan enggan berbakti kepada suaminya (seorang isteri yang bersifat begini akan dilaknati Allah swt. kecuali bertaubat).
4. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya untuk menarik kaum lelaki).

TANDA WANITA YANG BAIK AKHLAKNYA.

Wanita yang berakhlak ialah yang baik perangainya terhadap suaminya, anak-anaknya, ibubapa, rakan-rakannya, jiran tetangganya dan masyarakatnya iaitu:

1.Dengan suaminya bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakannya.
2.Dengan anak-anak bercakap dengan bahasa yang baik (tidak memaki hamun dengan bahasa yang kesat).
3.Dengan ibubapanya bersopan santun dan beradap.
4.Dengan rakan-rakan, jiran dan masyarakat sekelilingnya tidak suka bertengkar, mengata-ngata, mengumpat serta memfitnah.
5.Berat mulut, iaitu tidak gemar mengadu hal kepada ibu bapa, rakan-rakan dan orang lain mengenai keburukan/kelemahan suami.
6.Bersabar dalam menempuh segala kesusahan dan ujian daripada Allah swt. serta tekun mengerjakan perintah-perintahNya.
7.Tidak berhias-hias ketika keluar ruamah kerana kecantikan isteri hanyalah untuk suami dan bukan untuk orang lain.
8.Tidak berkeluh kesah dalam menempuh kehidupannya.
9.Tidak memaksa suami untuk memenuhi segala keinginannya.
10.Menerima dengan baik dan menghargai pemberian suami samada suka atau tidak.
11.Tidak gemar bercakap sia-sia, cakap sekadar yang perlu.
12.Lebih suka berada di rumah.
13.Rajin berpuasa.
14.Selalu merenung keaiban diri (muhasabah).

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram