9:00 AM

My Caliph 2

by , in
Assalamualaikum..

Hai, semua? Hari ini, saya ke KK lagi.. hehe.. semangat okay! =) Kali ini, kami antara yang terawal. No. 6. Hari ini dipertemukan dengan misi yang muda. Tak pernah bersua. Tapi agak details. Ok la. Berat badanku naik mendadak.. Allahu.. scary pulak rasanya. naik 2 kg! wuwu.. Misi mencatat dalam buku merah dengan menggunakan pen merah.. adui..

"Berat naik banyak, tak ape-ape ke nurse?" soalku.

"Erm.. Ok la berat naik. Tapi kena kawal jugak. Nanti kita tengok next appointment. Kalau naik macam ni lagi, mungkin kita bagi minum air gula. Tak pun, tengoklah macam mana nanti ye." jawabnya. Huhu..

Makkkkkkk! Macam mana ni? Tetiba stress sengsorang. Haha. Suamiku hanya mampu mentertawakanku.. =(

Sesudah itu, kami ke bahagian dental. Tak pernah cek lagi sepanjang preggy ni. So, it's the time. Tetiba semangat nak jumpa doktor gigi. Entah ape-ape je.. haha. Tapi, tak best sangat sebab biasa-biasa je. Doktor pun cek rambang.. Baru nak feeling macam Dr Chen, specialist gigiku.. hehe.. OK, Stop it! =P

Kami pulang dengan hati yang hiba. Only me. Lol! Ok. It's time to diet! =P Xkira.......


12:13 PM

Lovely customer begins..

by , in
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hi semua? Apa khabar? Arini saya sangat gembira, bersyukur dan teruja.. sebab apanak tau?? sebab kesayangan saya Cik Ezzah a.k.a Farhana Anang buat tempahan cookies dengan saya.. dan cookies tersebut telah selamat sampai ke tangannya..

yeahhhh.Alhamdulillah.. Thanks sayang!
:))

She made an order after having a 1st try!! whoaaa!syg awk! hehe terharu sangat ok!hihi.. 1st order terus nak 3 balang!!
memang comel.. hihi..

Kpd peminat setia cookies/homemade/craft, jum follow instagram @aincraftanddesign dan buat tempahan sekarang! Hihi.. tq lovelies..

#muslimfood #crunchy #cookies # sayajual #sayajualmurah #homemade #gift #preorder #aincraftanddesign #onlineshopping #bismillah



6:02 PM

monolog.

by , in
Ku inginkan sahabat yang setia,
Ku impikan hidup yang selesa,
Ku mahukan keluarga yang bahagia,
Ku pinta semuanya.

Aku berlagak kononnya aku berkuasa,
Terlupa pula pada yang Esa.

Tanpaku sedari,
Aku bukanlah siapa-siapa,
Yang melakar impian tanpa usaha.

Lalu kubangkit,
Menyelongkar seluruh kekuatan yang ada,
Mencari sinar berbekalkan iman di dada,
Moga diampunkan segala dosa.

Amiin Allahumma Amiin...

Siapa pun kita,
kita tetap milik Allah
dan tiada yang boleh menafikannya.

Allahu... 

#syukur

*** Kepada yang mengenali diri ini,
kupohon ampun dan maaf darimu,
atas segala khilaf dan silapku,
agar kita diredhai Allah selalu.


-lap air mata sendiri-


3:06 PM

Pengapitku sudah berpunya!

by , in
Asssalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah masih sihat dan diberikan peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini. Syukran Ya Allah! Hari ini nak berkongsi tentang seorang sahabat baikku. Maaf. Namanya dirahsiakan. =) Dia merupakan salah seorang pengapitku semasa majlis walimahku tahun lepas. Alhamdulillah, dia kini sudah berpunya. hehe.

Ku berasa amat bahagia dan gembira. Pada mulanya seperti tak mahu percaya. Almaklum, dia yang sangat kukenali itu.. hihi.. (biarlah rahsia) Pertemuan kami beberapa minggu yang lepas mengundang rasa bahagia dan mengubat segala rindu di jiwa. Sanggup kuredah dan kuukur jalan raya ini semata-mata nak berjumpa dengannya. Yeah.. sampai jua. 

Dipendekkan cerita, kudapat rasakan satu perasaan yang lain daripada biasa. Bukanlah rasa pelik, tetapi tak tahu nak ungkapkan macam mana rasa itu. Yang penting, memang lain! ^^ Suasana yang pada mulanya excited sebab kusudah berjanji dengannya untuk berkongsi ceritaku menjadi bertambah bahagia dengan angin-angin bahagianya yang menghembus hari kami yang indah itu. Alhamdulillah. Happy sanagat!

Tahniah sayang! ^_^ inshaAllah dia akan bertunang tak lama lagi. amiin.. moga Allah permudahkan urusan kita berdua.. amiin.. sayang, jaga diri leklok ya.. Saya happy sangat! Sebarkan bahagia. wallahu'alam.









orang tua-tua kata, makan sirih daripada sirih junjung atau tepak sirih tu. Cepat sket jodoh sampai. ehik! 

orang kata jadi pengapit, boleh tumpang amik berkat. Wallahu'alam



*doa banyak-banyak k! *


3:09 PM

Selamat Tahun Baru...

by , in
Assalamualaikum..

Hai.. selamat pagi.. selamat tahun baru.. selamat berbahagia selalu.. Apa khabar semua? Semoga semuanya sentiasa sihat dan dalam lindungan Allah jua.. amiin.. Alhamdulillah hari ini kita semua masih diberikan kekuatan dan nikmat hidup pada tahun yang baru. Hari ini suamiku bercuti. Yeah.. family time! hehe. Kami mengisi sepenuhnya masa di rumah. Jimat, ya harus berjimat! hehe. Almaklum, tahun baru. Semua harga nak naik.. huhu. Aha! Masuk tahun baru, azam pun kenalah baru kan? Azam tahun lepas macam mana pula? hehe Jum! Sama-sama kita muhasabah diri dan perelokkan akhlak kita, inshaAllah. Doakan untuk semua ya. Jum kita sama-sama set azam tahun baru untuk mencapai keredhaan Allah dan menjadi hambaNya sebaik mungkin. Amiin Allahumma amiin.. inshaAllah.. Selamat maju jaya! Jaga diri, hiasi peribadi. Assalamualaikum.







Sharing Love

Blog's Award

My Instagram