11:33 PM

Kalian berdua..

by , in
Kalian berdua sangatlah comel..
Bergerak bersama, makan bersama..
Indah sungguh persahabatan ini kan?

Kalian berdua saling memahami...
Menangis bersama, ketawa pun bersama..
Bahagia sungguh di hati...












"Di antara tanda2 Allah berpaling drpd seseorang ialah 
Allah mjadikn kesibukannya pd pkara2 yg tidak bmanfaat bg dirinya." 
- Hassan al-Basri





Kutahu akan hal diri ini..
Astaghfirullahal azim...
Ya Allah, ampunkanlah khilafku...
Terlalu banyak suka rasanya beberapa hari ini..
Ku terlupa akan sinar di keesokan hari...
Ya Rabbul Izzati, permudahkanlah urusan dunia dan akhiratku...
Kurindu padaMu..
Kuingin rasa itu...
Izinkanlah daku mengucup nikmat itu..
Amin...
Allahumma amin....
InsyaAllah....




Assalamualaikum...





11:50 AM

Coklat itu manis!

by , in
Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hari ini.. hilang sudah semua rasa.. rasa yang tidak menyedapkan.. rasa-rasa yang membuatku gelisah..gemuruh...takut...sedih dan macam-macam lagi.. alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah.. kerana telah memberiku erti kebahagiaan, erti berteman, erti bersabar dan erti hidup... subhanallah! tiada tolok bandingnya... bahagia yang tak terhingga... Syukran Ya Rahim... =)







Kisah semalam, pahitnya bagaikan hempedu... tapi, itulah makna sabar dalam perjuangan.. dalam bermujahadah... nikmatnya....Allah!! lebih manis lagi daripada coklat! Seriously! Cubalah rasa... cubalah nikmatinya... sangat enak! tak keruan bagi jiwa-jiwa yang dahagakannya... ^_^ 


Sayangku..
Dalam berteman, kita bercerita..
Dalam suka, ada derita..
Dalam kepahitan, terpalit sebuah senyuman...



Episod semalam sudah kuhadam dan kutelan sekenyang-kenyangnya.. malas nak ingat semula.. malas nak gores lagi.. hatiku sendiri tak tentu arah dibuatnya.. Sabar jelah yang mampu.. hanya Allah sahaja yang tahu.. Ujian persahabatan, bagiku sangatlah menyakitkan.. mungkin bagi sesetengah orang ianya hanya perkara remeh dan boleh dipandang enteng..tetapi tidak bagiku..tidak bagi insan sepertiku... kerana apa yang kualami adalah apa yang ku ketahui sakitnya... ku tak mahu lagi! tapi masakan bisa! kerana itulah yang mencorakkan kita.. ujianlah yang mematangkan jiwa dan tanda kasih sayang Allah kepada diri kita...




Sayangku...
Tika kau gembira..
Tika kau berduka..
Kuharapkan senyuman tetap jua terukir di wajahmu...
Kerna kutahu, kau tetap mampu!





Kepada diriku, dia dan semua, berbahagialah tika masih ada hayatnya.. semailah benih-benih cinta seadilnya.. lindungilah diri kita seadanya dan gapailah rahmat Ilahi secukupnya... Kerna mungkin esok telah tiada untuk kita... wallahu'alam...








Assalamualaikum....


P/s : Sayang awak, awak dan awak fillah lillah!!! sangat2! <3 font="">

4:34 PM

Perjuangan ini..

by , in
Perjuangan ini..
Perjuangan yang penuh duri...
Liku-liku hidup ini mematangkan diriku...
Ada yang menguntumkan senyuman..
Tak kurang juga dengan linangan air mata..

Perjuangan ini..
Perjuangan yang hakiki...
Segalanya harusku tempuhi..
Walau badai melanda..
Walau kasih tercipta...

Perjuangan ini...
Sangat memberi erti..
Mengenal satu-persatu epilog hati..
Mencari makna kehidupan ini..










Perjuangan ini takkan pernah sunyi..
Sentiasa dihadiri oleh mehnah dan tribulasi..
Ku harungi dengan penuh redha pada Ilahi..
Mohon restu dari hati yang suci...

Ya Allah..
Tiadalah kutahu akan erti hidup ini..
Pimpinlah daku dalam mengharungi nada kasih ini..
Perjuangan ini tiada bertepi...
Ku sujud pada Ilahi..
Agar kasih ini bersemi...


Sayangku...
Tabahkanlah hatimu..
Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu..
Akan isi hatimu...


insyaAllah... 







5:15 PM

Mimpi Vs Realiti

by , in



Assalamualaikum...

Alhamdulillah... bermulanya hari ini dengan nada yang baru.. nada-nada cinta.. oh tidak! >.< erm..kelas arini hanya satu.. kelas IFS.. erm..alhamdulillah..sedikit bertenaga.. tapi mengingatkanku kepada seseorang... hmm.. rindu rasanya... moga Allah merahmatinya... amiin..... kelas petang dibatalkan... sehinggalah ke sudah asyik berkeliaran sahaja.. letih juga..tapi apakan daya.. kerna sahabat, ku sanggup! hehe.. terima kasih kepada sayangku Nurul kerana memperkenalkan makanan tersedap abad ini di Jeli...satu-satunya bagiku... ROTI NAN.. yahooo.. akhirnya... alhamdulillah..dapat jua merasainya betapa lazatnya makanan itu..hehe.. bawa saya lagi ye sayang... heeee ^__^




Erm...semalam hujan tidak berhenti... gerimis dan kadang kala lebat.. tak terleka untukku melafazkan sekudus doa mohon perlindungan dan rahmat dariNya jua... amiin.... insyaAllah... sedang aku berehat di birai katil, teringat pada mak dan ayah.. huhu.. homesick kah? hm...tidak..mungkin.. =( ok! masa untuk mereka! bergegas capai handphone dan dengan girangnya, talianku disambut oleh mak yang tersayang.. oh! lepas rindu sedikit... hu.. kuteruja! terkejut! bagaikan mimpi... apakah ini semua? dinihari kumohon restu Ilahi...

Mimpi vs realiti... erm.. seperti biasa, tahun ini sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya.. kisah kahwin... tahun ni sahaja banyak sudah jemputan untukku dan keluarga.. alhamdulillah... moga Allah melimpahkan rahmah dan mawaddah pada kalian... amin.. =) Macam-macam cerita ada.. tak ketinggalan juga dengan forum Philosophy Cinta dan sebagainya... ada yang dah berbunyi-bunyi, bergendang-gendang nak mula mencari... mengetuk pintu hati sang kekanda dan adinda.... aku? aku masih di sini... tetap di sini.. mengorak langkah untuk kehidupan akan datang... insyaAllah... tak mahu?? mustahil tidak.... tapi, perancangan Allah kan lebih hebat... bersabarlah... insyaAllah..akan tiba masanya... wallahu'alam...





6:12 PM

Sekudus Cinta Dari Ilahi

by , in
Assalamualaikum...

Hai, apa khabar semua? Asif jiddan.. lama sudah tidak meng'update' blog ini.. Kesuntukan masa dan kekurangan tenaga kerja untuk melunaskan kerja-kerja seharian.. Selepas tamat episod perkahwinan seorang sahabat kesayanganku itu, beralih pula ke majlis pernikahan sepupuku dan lain-lain yang berlaku sepanjang cuti pertengahan semester tempoh hari.. insyaAllah akan di'update' khas di kemudian hari.. hari ini.. hari-hari yang ku lalui seperti biasa... di awal minggu yang penuh dengan berehat.. hehe.. almaklum, masih belum tetap lagi jadual belajar.. macam-macam yang berlaku sepanjang minggu lalu.. ada yang membosankan dan ada yang menggembirakan... =) Terima kasih, Ya Rahman atas semua nikmat rasa ini..

Bermula dengan sesi pengkuliahan di sini (insyaAllah untuk semester terakhirku di sini), macam-macam yang kuhadam.. bukan sekadar dwirasa malah pelbagai rasa yang kugapai.. tapi, titik tolak dari itu, kusedar.. sedikit sebanyak yang berlaku adalah atas apa yang aku doakan dan aku mohon dari yang Maha Esa.. Alhamdulillah... sedikit sinar baru yang kurasai dalam diri ini sejak dua menjak ini.. ada rasa yang sangat berlainan..berbeza dengan semester lepas... mungkin ada yang sama, mungkin jua banyak yang berbeza.. dianjak kepada yang lebih baik, insyaAllah...Ya Allah, permudahkanlah........... amiin...

Azamku yang lalu ku perbaharui dengan episod yang baru... ada sedikit pertambahan dalam kudus cintaku... adakah mungkin aku kian matang? Ataupun perubahan hormon biasa dalam diriku ini? Semuanya hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui... Dia yang Maha Melihat dan Dia jualah yang Maha Mendengar.. Ku sungguh terharu, Ya Allah... hatiku merintih dan menangis...Kaulah saksinya...........

Wahai kekasih hatiku...
Terima kasih untuk semua rasa ini..
Terima kasih kerana mendengar semua keluhan di hati ini..
Terima kasih untuk segalanya...
Sesungguhnya...aku masih mampu...
Ya, aku juga mampu!

Aku akan terus cuba.. mencuba dan mencuba lagi...


Kabulkan permintaanku itu... amiin Allahumma amin.....




4:52 PM

Beli Buku Baru..

by , in
Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ini masih diberi keizinan untuk terus menghirup udara segar dari pepohon nan menghijau secara terus dari birai tingkap di hadapan meja ini.. Subhanallah! Alangkah indahnya nikmat melihat keindahan ciptaan Ilahi.. Terima kasih Ya Allah! Hari ini agak rehat sedikit.. oleh kerana tiada kelas, minat dan semangat untuk membuat sesuatu yang mendatangkan faedah membuak-buak dalam hati ini.. Ya Allah, permudahkanlah.. =) bangun seperti biasa, solat subuh dan mandi, terus duduk depan birai tingkap.. meneroka alam dengan sepasang mata kurniaanNya.. Maafkan daku, Ya Rahman kerana tidak menjaga dan menggunakan sebaiknya nikmat ini... akan kucuba usahakan untuk berkurangan 'power' seperti sebelum ini.. insyaAllah.. tersenyum gembira melihat tupai-tupai bertebaran melompat ke sana ke sini.. girangnya! bahagia sungguh.. hehe.. jeles pula.. hoho.. =P tiba-tiba, hatiku menjadi sayu.. terkenangkan keluarga di rumah.. ops! STOP IT! Kusemat azam yang tinggi untuk sem terakhir di sini insyaAllah.. Ayuh! Majukan langkah kita.. =)

Usai mencuci kain, masuk bilik, kuterima satu mesej daripada sahabatku, Aida.. "Ain buat ape? Aida nak buat SIEP dekat kampus, jum!" Hehe.. ini satu perkara yang menarik.. walaupun pada asalnya lain perancangan yang inginku laksanakan.. tidak mengapa, demi Aidaku yang comel ini, kusanggup! ^_^ tiga hari sudah aku masih tidak dapat menggunakan perkhidmatan online di sini.. broadband yang ada seperti tiada fungsinya.. hmm.. Tolonglah, Ya Allah.. ku mohon... T_T kami berjalan kaki ke kampus. Aida nak selesaikan SIEP di perpustakaan.. Ini sudah baik! hehe.. jum! Setibanya di perpustakaan, aku dengan penuh keterujaannya membuka laptop.. alangkah sedihnya gagal lagi.. semangatku hampir mati.. kuberjalan mencari buku yang berkaitan.. kulihat Mus, 'classmate'ku di ruang tengah perpustakaan.. Alhamdulillah.. Allah bantuku... =) Mus mencadangkan cara terbaik untuk menarik satu wayar dari pc.. Oh NO! takutttt... >.< alhamdulillah...dapat online dah.. hehe.. tapi hanyalah sementara bak kata Kak Erra... setelah ku restart,tiada sudah kedamaian itu.. hmm.. senyaplah sampai ke sudah..

Bertemu dengan seorang 'pakcik' (hihihi), si Azam di perpustakaan.. bercerita itu ini bagaikan lama tak jumpa.. eleh! letih je..semangat nak dengar, pendek je ceritanya.. Huh! -.- kasihan dia.. hmm.. bersabarlah wahai sahabatku.. persetankan apa kata orang.. mereka iri hati dengan kebaikan yang ada pada dirimu.. tak mengapa.. Allah menyaksikan semuanya... bersabarlah ok? =) Moga Allah mempermudahkan urusanmu ye.. amin... jum kita doa banyak-banyak.. erm.. memang begitulah resam dalam hidup..ada pasang surutnya.. ada baik buruknya.. apa-apa pun, tanya fatwa hati.. bersihkan hati dan betulkan nawaitu, biarlah kerana Allah.. insyaAllah, ada ganjaranNya.. hidup ini hanyalah sementara cuma.. semaikan benih-benih cintakan Allah tika masih ada hayat di bumiNya ini.. insyaAllah..doakan untukku juga ya.. terima kasih semua.. saya sayang kalian sangat-sangat! Take care! Assalamualaikum...   




5:02 PM

Boboy mati! T_T

by , in
Assalamualaikum..

Dimulakan dengan basmallah.. ku memohon keizinanNya untuk terus menghirup udara segar Jeli ini.. moga redha Allah jua buat kita semua..amin... insyaAllah.. apa khabar sahabat-sahabatku sekalian? diharapkan agar semuanya sihat-sihat belaka.. bangun dengan penuh semangat untuk pergi ke kelas arab pagi ini.. sesampainya di BK3, menjadi kelaziman tiada seorang pun yang sudah ada di dalam kelas biarpun jam menunjukkan pukul 8 pagi waktu Malaysia.. huhu.. harapan menggunung agar kelas jangan dibatalkan.. alhamdulillah, akhirnya ustaz datang jua.. hehe.. kelas tutorial yg sejam menjadi pendek kerana kami hanya membincangkan pertukaran jadual kelas arab yang sesuai.. akhirnya capai kata sepakat untuk tukar jadual. alhamdulillah.. =) Minggu awal banyak kelas cancel.. semangat kesayanganku, janganlah lari daripadaku ya.. hehe.. Petang ni ada kelas IFS.. Lab yang dijadikan kuliah.. trip yang merunsingkan.. Ya Allah, Kau permudahkanlah...











Alhamdulillah.. hatiku semakin tenang.. mungkin kerana hajatku sedikit sebanyak sudah tercapai... terima kasih, Ya Allah.. kubahagia sangat! berat badan pun makin bertambah gara-gara sem baru dengan semangat makan yang membara.. haha.. tambahan pula menemani sayangku makan.. ku bahagia! =) rindu rasanya.. lama tak makan sama-sama ramai-ramai macam tu.. kubahagia! ^_^ terima kasih semua... masih tiada lagi kerja yang menimbun.. balik bilik pun tetap keseorangan. roommate masih belum balik. Ku mengorak langkah ke bilik Nurul.. yeah! bahagia... sebulan tak bertemu, mengundang rasa rindu dalam diri.. bersembang dan bergelak ketawa bersama. pasti ku rindu! Nurul kini bakal menjadi usahawan.. kelakar pula ingat zaman dulu-dulu.. hajatku ingin menjadi usahawan yang berjaya.. apakan daya.. tersekat di pertengahan jalan pula.. maluu.. =.= erm.. sepulangnya daku ke bilik, kuterkejut.. sangat terkejut... sedih.. kulihat ada satu nyawa yang melayang.. adakah ini salahku?? huhu.. mana mungkin... arghhh! sedih yang teramat.. tanpa tertahan, air mata berguguran juga.. hmm... assalamualaikum...


p/s : maafkan daku, sahabat... diriku sendiri tidak tahu mengapa dia mati.. huuuu T_T
6:34 PM

Hanya itu permintaanku...

by , in
Assalamualaikum...








Alhamdulillah... baru-baru ini ku jejakkan kaki ke sebuah kedai buku yang cukup popular di Kelantan iaitu SMO.. ku sangat teruja! Tips tuk bakal suami, sila bagi saya hadiah buku ye.. ehik! =P over dah tuu.. haha.. kembali ke topik asal.. berjalan dari satu rak ke satu rak.. Allah! banyaknya.... novel-novel, majalah dan lain-lain... teruja! tapi belum mampu... duit belum mencukupi... dalam hati, tolonglah cepat-cepat dapat baucar buku. hehe.. ops! Mak dah pesan...beli buku yang berfaedah.. buku-buku untuk belajar.. dalam hati berketuk lagi, insyaAllah mak... ku sudah ada targetku sendiri.. ^__^ erm.. Ya Allah, izinkan daku merasai nikmat itu.. amiin....

Menemani sahabat sambil membelek buku-buku.. subhanallah! banyaknya buku.. lagi-lagi buku yang ingin kucari selama ini.. makin tidak sabar jadinya.. hmm... untungnya..rasa nak buat mini library kat rumah.. insyaAllah.. amiin... hehe.. sambil-sambil membelek, terlihat satu judul buku itu.. pernah suatu ketika dulu, ku menangis tatkala melihatnya.. dari mata jatuh ke hati.. itulah yang kurasakan.. tapi lain maksudnya... bila kulihat.. ku cari summary di bahagian belakang (kulit buku) itu.. nah! itu yang aku teka semasa melihat dari tajuk buku itu.. hmmm...

Yes! aku menangis lagi.. untuk ketiga kalinya... huhu... ku tak mampu beli buku itu...kerana episod itu pasti akan datang lagi.. menggamit rasa yang sungguh....huuu... T_T Ya Allah, kuatkanlah hatiku..... setiap kali ke kedai buku dan terjumpa buku itu..kupasti menangis.. apakah itu tandanya, Ya Rahim?? T_T Cukuplah dua kali sudah aku bermimpi seperti buku itu... kumohon untuk ketiga kalinya, ku mampu merasainya... boleh kan, Ya Allah?? Sahabat-sahabatku, ku mohon doa kalian supaya mendoakan kesejahteraan untuk kita semua ya... insyaAllah... salam sayang dariku....wallahu'alam...







2:50 PM

Kuserah hanya padaMU..

by , in
Assalamualaikum...

Alhamdulillah... usai sudah sesi menghantar pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki di Skudai.. huu.. =) everything's gone well.. syukur... terima kasih kepada mak dan ayah yang mengizinkanku untuk menghantar sahabat baikku ini juga akhirnya.. happy! Teruja.. bahagia.. Tahniah sayang... ^__^

Bertolak sesudah solat Jumaat (semalam), kami berkonvoi ke Skudai dan menginap di Scholar's Inn, UTM Skudai, Johor.. Ini pertama kali tinggal di Scholar's Inn.. Ok, nak tolong promote.. best! Nice place to stay.. and affordable! hehe..Petang tu Qayyum (pengantin lelaki a.k.a incik suami) menghidangkan perut kami yang agak kelaparan dengan pulut kuning + kuah kari kaw2! fuhhh.... mengancam! sila terliur... hehe.. sedap hingga menjilat jari ok.. hehe.. Thanks Qayyum coz memahami diriku yang telah sekian lama 'mengidam' pulut kuning.. yahooo... alhamdulillah... best! (padahal otw ke Skudai kami dah 'membaham' putu bambu free - mak pengantin perempuan a.k.a puan isteri iaitu Ainul.. hehe.. Best kan Yart? hehee... =P

Ok.. Oleh kerana kepenatan, kami tidak ke mana-mana pada mulanya.. tetapi apakan daya puan isteri terlupa nak mengambil tempahan selendangnya untuk kegunaan esok hari di butik.. so, kami pun terpaksa berjimba (ehik!) ke Giant Skudai.. hehe.. menemani puan isteri membeli-belah, ku tersenyum sendirian.. dah besar dah kawan baikku ini.. (sebak jap..huhuk! T_T) Moga kamu menjadi isteri yang solehah dan ibu yang penyayang kepada anak-anak dan keluargamu ye sayang.... amiin.... ku sayang kamu sangat-sangat! 

Malam itu, sesudah Isya', kami bergendang (sesi menumbuk inai).. dahan inai yang dibawakan khas oleh mak buyung iaitu Mira (sorry dear.. Ainul yang ajar..haha) sure orang bawah pelik apelah yang nak dimasak oleh orang atas ni.. pukul 9 malam baru nak start masak.. Apakah?! haha.. hatiku kian sebak semasa menyiapkan inai untuk memerahkan lagi inai di jari-jemari puan isteri.. sayang... ketahuilah akan kamu bahawa berat sungguh rasa di hati ini.. huhu... ku tahan jua perasaan ini.. I need to be strong! tak leh nangis-nangis depan dia. tu janjiku dalam hati.. tak lama kemudian datanglah seorang lagi sahabat baikku, Anati.. yeah... havoc! Kecohla rumah kami seketika melayan dan bergurau-senda sesama kami.. happy.. =) Thanks semua.. Usai menginaikan jari-jemari puan isteri, saya bertemu dengan seorang lagi sahabat baik saya iaitu Azyma.. hehe.. Alhamdulillah... memori yang menggembirakan... hari bersama 'girlfriends'... terimbau kembali zaman dulu-dulu tika kami di sekolah perempuan kami.. hehe.. kamilah raja, kami jualah permaisurinya..haha. malam itu ku gagal tidur bersama puan isteri kerana telah di'kidnap' oleh si anak dara cilik, Batrisya... huhu.. Kejam ok!


Keesokan harinya.. bangun awal kerana tidak mampu tidur.. berubah tempat mungkin.. hee.. makan sarapan pagi di Pak Lah's cafe.. best! rindu sangat! kemudian, menyiapkan inai di jari-jemari kaki puan isteri pula.. ok.. puan isteri tak mahu dengar nasihatku semalam supaya pakai di kaki juga... adoii.. geram! Awak comel sangat ok! =P Kami menghitung waktu untuk majlis persandingan.. melihat puan isteri disolekkan, ku makin yakin.. ya, dia sudah dimiliki! Sayang.... maafkan daku kerana terlalu menyayangimu... mungkin sebab kita dah lama tak jumpa... jumpa semula bila kamu dah nak kahwin.. huhu.. ku tetap merasa bahagia melihatmu di persandingan itu.. melihat semua tersenyum dan bergelak-ketawa, terubat sedikit hati ini... moga dikau bahagia bersama incik suami ya.. jaga diri elok-elok.. incik suami....please..please..please jaga dia untuk saya... =) 

Kupesan kat Yart supaya mengingatkanku JANGAN MENANGIS! Apakan daya.. ku tak mampu sorok lagi.. ku kalah dengan emosiku... maafkan daku sayang... kerana telah menitiskan air mata di hari bahagiamu... ku telah berjanji, tapi ku gagal... pada mulanya, ku tak mahu bersalaman dengannya..kerna ku tahu, ku pasti menangis lagi.. tapi, kejamlah kan kalau tak salam dengan dia.. so, terbukti! Ku kalah... T_T air mata yang ku tahan sejak semalam akhirnya tumpah jua.......... semua yang ada di situ terdiam dan suasana tetiba jadi pilu... huuu.. malu... tapi, ku memang tak mampu tahan.. ku luahkan segala rasa hatiku padanya tika memeluknya untuk kali terakhir sebelum berangkat pulang ke rumah... ku tahu kamu memahami akan isi hati ini... sayang... jaga diri ya... Ok... aku menangis lagi... walaupun tengah menaip sekarang... huuuu... Una a.k.a adik puan isteri sangatlah nakal sebab merekod sesi air mataku itu.. Oh tidakkkk!! malu! =( hahahaha.. so, sila padan muka saya.... nak nangis, nak touching depan orang ramai lagi.. hahaha.. padanlah sangat muka itu.. heheheheheh...ku menerima pelukan kasih sayang daripada mak dan kakak-kakak puan isteri.. semuanya berusaha memujukku untuk tidak bersedih dan jangan menangis lagi.. Puan isteri pula tidak ketinggalan mengingatkanku untuk tidak menangis lagi dan meyakinkanku untuk bertemu denganku lagi selepas ini.. walaupun dia telah dimiliki oleh incik suami.. Kepada incik suami, sila izinkan dia untuk bertemu dengan saya, boleh???? =) BOLEH, yeah!! terima kasih... 


Ok.. harap maaf.. tiada gambar kami tika di Skudai untuk di'upload' di post kali ini kerana terlebih menangis dan semua gambar di hp Yart... Terima kasih kepada semua girlfriends yang sangat loving dan terbaik!!!! sayang korang sangat-sangat... Yart cakap, 'Bila la kita pulak nak kahwin ek?' hehehe... Amiin.. insyaAllah... Yart...aku tunggu berita daripada kamu pula ye... hehehehe... sebarkan bahagia.... assalamualaikum....




incik suami & puan isteri





beautiful bridesmaid...  ^__^






Credit to Daing sebab upload gambar ini kat blog dulu..so boleh la saya pinjam untuk di'paste' di sini pula. =)

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram