11:18 AM

Shared...

by , in



Assalamualaikum...


sekadar perkongsian..

Kami bertunang hampir 2 tahun, antara soalan ditanya dia kepada saya adalah bagaimana mahu membawa hubungan ini dengan jeda masa sebegitu lama.

"Kita uruskan sebaiknya. Biar bagaimana cara kita menguruskan perhubungan ini mampu kita ceritakan kepada mak ayah, adik beradik, anak-anak nanti, dan teman-teman. Kerana kebimbangan dan ketidakmampuan untuk berkongsi cerita, mendatangkan resah dalam hati tanda itu adalah satu dosa. Fatwa hati."

Perkongsian dpd Akhi Ahmad Fahmi Sulaiman.. syukran atas undangan..insyaAllah jika ada kelapangan... Mabruk!


**cerita menunggu > banyak juga undangan baitul muslim akhir-akhir ni.. fenomena sudah melanda.. moga Allah memberkati dan mempermudahkan urusan kita semua dunia akhirat..amin... adakah anda sudah bersedia???
1:47 PM

FINAL EXAM + LAST DI KPTM = FINAL SEM 5

by , in
Assalamualaikum.....

Khaifa halukum?insyaAllah malih... =) alhamdulillah, sem 5 bakal melabuhkan tirainya.. tahun tiga dah.. besar dah.. makin meningkat usia... ibadatku?? moga Allah redha...amin..

seperti biasa, nak tamat sem ni macam2 yang berlaku... terutamanya nak final exam.. dah ready ke semua?? tak pe.. jangan risau.. jangan bimbang.. leave it to Allah.. tapi ingat! Berjihad dahulu sebelum tawakkal kepada Allah.. kerana tawakkal tanpa usaha hanya sia-sia...huhu.. insyaAllah... ayuh! berperang dengan nafsu2 kita...nafsu malas, nafsu membazirkan masa, dan segala nafsu yang boleh menghalang kita untuk berjaya dunia akhirat....

di sini turut disertakan jadual final examku.. sem 5 2010/2011 insyaAllah...


1JAN2012 - Kenegaraan & Pembangunan Malaysia : 9-11 AM
2JAN2012 - Livestock Production : 9-11.30 AM
- Etika Professional dan Moral : 2.30-4.30 PM
5JAN2012 - Bahasa Ketiga I : 9-11 AM
- Pet Industry : 2.30-5.00 PM
11JAN2012 - Aquaculture Industry : 9-11.30 AM

sekian.. itulah perjuangan yg perlu ku harungi untuk final exam ni.. doakan ye! ^_^


sahabat2, bittaufiq wannajah fil imtihan... mga kita berjaya di dunia&akhirat jua..amin....insyaAllah... All the best! Jia You! Ganbatte! Selamat Maju Jaya! =)


senyum2 selalu... jaga kesihatan, jaga diri dan jaga iman.. insyaAllah...


assalamualaikum...







~khabar terkini&terbaru = seorang sahabatku, Ust Hafizan bakal bergelar zauj kpd zaujahnya keesokan hari..moga Allah mempermudahkan segala urusan dunia akhirat kita semua dan moga Allah memberkatimu dan jua pasangan.. amin..insyaAllah.. mabruk! ^_^




***cerita bakal muncul > LI 2012..di mana??ke mana??perancangan?? azam tahun baru??
3:33 PM

Bingkisan Rohani

by , in



Assalamualaikum...

sedikit perkongsian hari ini...


cabaran pemikiran masa kini adalah untuk memerangi kejahatan/keburukan dlm diri dan kemajuan rohaniah..

ayuh sama2 berusaha untuk mndalami tahap kemajuan kerohanian iaitu an-nafsul lawwamah (jiwa yg amt menyesali diri sendiri & sedar akan kejahatan) > an-nafsul mutmainnah (jiwa yg tenang)...

jauhi an-nafsul amarah bissu'-roh yg pling mundur.penuh dgn keinginan yg rendah,degil,sifat haiwaniah seperti Abu Lahab yg punya keistimewaan pada akalnya tetapi beliau degil dan menindas pemikirannya walaupun beliau adalah seorang pemimpin yg berjaya dalam kewangannya dll.. wa nauzubillah..

kemajuan dan pembangunan dalam diri perlulah mencakupi semua aspek..kepentingan individu, masyarakat, keluarga, agama, bangsa dan negara...

sebuah perjuangan memerlukan konsep jihad dalaman dan luaran.. punya matlamat dan tujuannya.. biar jelas dan telus..

sabarlah dalam menongkah gelombang yang datang melanda.. jangan pernah kenal atau rasa erti penat dan lelah dalam medan perjuangan.. insyaAllah, nikmat yang sangat bernilai dan ganjarannya yang meluas.. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Pemurah.. Subhanallah! Bantulah hidup kami di dunia dan akhirat.. amin..


ayuh berhijrah dan beritqan lagi! doakan saya juga... syukran jazillan... assalamualaikum...
2:54 PM

Ragam Dinihari

by , in



Suami : "Umi, boleh tak kalau Abah kawin lagi?"
Isteri : (terkejut tapi cuba bertenang) "dengan siapa, Abah?"
Suami : "berkahwin dengan umi lagi di Syurga nanti"
Isteri : (hampir spechless kerana terharu) "aamiin ya Rabb"

Senyum (✿◠‿◠)

copied from AkuIslam.com. Thank you for sharing.It's so sweet! =)

moga diriku beroleh zaujiy sepertinya jua di syurga nanti...amin....
4:40 AM

Tips Belajar Cemerlang

by , in
Assalamualaikum...

perkongsian dan amalan bersama daripada iluvislam.com.


Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?

Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.

TIPS BELAJAR

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.



Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.

Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.

Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.


Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

.............................................................

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.
4:23 PM

Penawar Rabun Mata

by , in



Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat-sahabatku sekalian?? moga sihat selalu hendakNya dan sentiasa dalam redhaNya jua..amin..

InsyaAllah hari ini ingin saya kongsikan dan amalkan bersama tentang kisah rabun mata dan rawatannya mengikut perubatan Islam..

Allah S.W.T. telah banyak menyebut tentang mata di dalam Al-Quran.. di mana kita boleh mengambil iktibar daripada kisah Nabi Yaacob yang menangisi kehilangan anaknya iaitu Nabi Yusof a.s. sampaikan Nabi Yaacob buta matanya dengan izin Allah..

Ada ulama' yang berkongsi sebaris doa yang moga-moga kita terutamanya bagi spectaculars out there dan bagi semua yang sayang pada nikmat yang Allah kurniakan, mengamalkan surah Qaf:ayat 22 yang bermula dengan ayat fakasyafna...sehingga habis ayat tersebut. Bacalah pada carrot sebaik-baiknya baby carrot dalam kiraan 21 batang.
insyaAllah..


Moga-moga Allah singkapkan penutup mata ini dan kurniakan penglihatan yang tajam..amin... moga Allah redha dan merahmati hidup kita semua..amin..insyaAllah..


Lebih baik buta mata daripada buta hati..wa nauzubillah... kerana apabila buta hati, maka jauhlah kita daripada hidayah Allah S.W.T... Astaghfirullahal azim..Nauzubillah minzalik.. insyaAllah...doakan untuk saya juga...amin..

** insyaAllah selepas ini tiadalah cermin mata mahupun contact lens yang akan kita gunakan.. =) >> jimat duit...gunakanlah harta sebaik-baiknya... insyaAllah


wallahu'alam... Assalamualaikum...
9:30 PM

Ayuh amalkan Selawat Tafrijiyah

by , in
Assalamualaikum....


Salam Jumaat sahabat-sahabatku.Apa khabar semua? moga sihat dan ceria selalu hendakNya..

Ayuh kita sama-sama perbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan begitu juga dengan selawat tafrijiyah... insyaAllah besar ganjarannya dan moga tenang segala hati dan fikiran... amin..doakan untuk saya juga..amin...


Selawat TAFRIJIYAH atau dipanggil Selawat NARIYAH






"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".


Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.


Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.


Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.
10:12 AM

Cantikkah aku di mataNya?

by , in
❤❤❤ Bagaimana wanita mahu kelihatan cantik??? ❤❤❤





❤ Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda,nescaya akan semakin bening dan jernih.
❤ Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda,nescaya akan semakin manis.
❤ Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
❤ Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
❤ Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
❤ Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu’ dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
❤ Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
❤ Bedaklah wajah anda dengan "Wudhuk" nescaya akan bercahaya di akhirat.




insyaAllah...doakan saya juga..amin...moga Allah redha dan rahmati kita semua..amin
8:10 PM

tHinking,is iT?

by , in
lebih dua orang menegur mata saya bengkak. bengkak ke?? @_@ ok..saya jadi sahabat panda..heh nak buat macam mana.. bukan saya pinta... soalan yang sama, "Awak nangis ke?" huhu.. saya nangis ke eyh? hurm... **thinking** ada jua yang merasai kesenyapan diri ni... is it too obvious until all of you can recognize any changes in my life?? huhu.. sorry everyone... still in no mood.. is it miserable mood? oh NO! insyaAllah, everything will be fine.. smile always.. =)
2:21 PM

hati ini

by , in


lately....
tangisan yang menemani...


lately...
ketawa yang ku nanti...


lately...
hatiku rindu sekali....


Ya Allah, Ya Rahman..
Hadirlah dalam hidupku, dalam nafasku...
Ku dahagakan kasih sayang dan cinta-Mu....


Allahu akbar.......





***************************


syababku...
hadirlah dalam hidupku bersama agamamu..
pimpinlah daku dengan limpahan kasih sayang ilmumu...
bawalah daku menuju Al-Jannah demi hidup yang diberkati....


Ya Rahman, Ya Rahim...
ku impi dan dambakan zaujiy seperti si dia..
titipkanlah nikmat iman dan ihsan dalam hati kami...

ku pingin Ad-Deenul Haq...
ku pingin pemimpin yang sejati...
ku pingin hidup yang bahagia dan kekal abadi...

ku harus bersedia...ku harus berusaha dan berubah...
jika itu yang ku mahu... insyaAllah...mudahkanlah...amin



1:20 PM

Bantulah daku...

by , in

yes/no; betul/salah; makan/tak makan; solat/tak solat.. sungguh jelas.. takkan ada sesuatu di tengah2 antara mereka.. takkan wujud solat separuh, yes&no dan sebagainya.. Alhamdulillah,Allah permudahkan semuanya... moga Allah sampaikan hajat2 ini dan redha dalam setiap keputusan&tindakan yang kita lakukan..amin.. ♥

tetapkanlah hati2 kami dalam kebenaranMu, cahayaMu dan kekuatanMu jua...amin.. insyaAllah...

maafkan daku..sesungguhnya, diriku insan yang lemah lagi hina... Astaghfirullahal azim...

sungguh berat untukku menetapkan keputusan ini... maafkan daku bagi sesiapa yang terasa mahupun terkilan... ampunkan khilafku...


moga semuanya berjalan lancar dan Allah berkati hidup ini..amin..insyaAllah..

p/s : ^_^ no fear... tiada dendam.. tiada prasangka... tiada provokasi.. tiada rintihan selain kebergantungan hanya pada Allah yang Esa.. =)


ASSALAMUALAIKUM....
9:02 PM

Menang ke kita??

by , in

Jika kita mendapat kemenangan,bukan kerana hebat strategi dan handal perancangan semata2..ia ikhtiar dan usaha...tapi yg hakikatnya itu pertolongan dan kurnia Allah..."haza min fadhli rabbi..." -Itik Kuning,jgn lupa doa dan bergantung pd Allah-

**syukran akhi atas peringatan ini.. =)



ingatlah dan bersyukurlah...segala kejayaan dan kemenangan yang kita perolehi hanya kerana kurniaan Allah semata-mata... kita berjaya ke,kita gagal ke, takkan selamanya.. kerana hidup ini ibarat roda..

sekejap di atas...sekelip mata juga kita boleh jatuh ke bawah.. beringatlah.. dan bersyukurlah selalu walau di mana kita berada...Allah melihat setiap perilaku dan tindakan kita... Subhanallah!

Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada kami dan jauhilah kami daripada kesesatan dan kebinasaan..amin..
12:06 AM

iNGAT pESAnKU

by , in

Jangan bermanja pada yang tak halal,
jangan bercerita pada yang tak amanah..
11:45 PM

Munakahat

by , in

Wawasan kahwin bukan untuk menumbangkan lembu seekor dua, Wawasan kahwin untuk menumbangkan nafsu yang selama ini beraja. Tujuan kahwin bukan untuk membuktikan mampu menawan gadis tercantik, Tujuan kahwin untuk menundukkan kemahuan yang selama ini kurang terdidik.
Kebanggaan kahwin bukan pada lancarnya lafaz ketika akad nikah,
Kebanggaan kahwin pada mampu jaga diri dengan memilih jalan Sunnah.

Keindahan kahwin bukan kerana ramainya isteri yang berbibir mungil,
Kekuatan kahwin, kerana mampu berlaku adil.

Eksklusifnya kahwin bukan pada hantaran mewah,
Eksklusifnya kahwin kerana semakin terpeliharanya diri sebagai Muslimah

10:03 AM

10 Muharram

by , in
Assalamualaikum....

10 Muharram 1433H = 6 Disember 2011


Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.


Jom puasa !


Sebarkan...

Moga Allah redha & kurniakan ketetapan iman dan istiqamah dalam perjuangan ini...amin...insyaAllah...wallahu'alam..


Assalamualaikum...
9:05 AM

Tangisan Kalbu

by , in

Seringlah membiarkan, air matamu diusap lembut oleh Ar Rahman.
Tumpahkan kesah di hadapanNya, agar hatimu dituangiNya cinta.


insyaAllah... ^_^



**p/s : gambar tidak berkaitan dengan apa yang ingin disampaikan.. hanya saya suka pada benda2 segar dan alam semulajadi.. Subhanallah!! Sungguh indah setiap satu ciptaan Allah.. Penuh dengan hikmah dan perancangan tersendiri... Sememangnya, Allah itu Maha Mengetahui akan setiap sesuatu... Allahu Akbar!!


Assalamualaikum...

Cerita Baru : Alhamdulillah...saya baru mendapat tahu berita baru lagi baik iaitu sahabat baik saya sejak sekolah menengah bakal bergelar tunangan orang tak lama lagi..insyaAllah cuti sem nanti akan diadakan majlisnya... syukurlah... =) kepada sahabat-sahabat yang mengenalinya dijemput hadir.. ku tumpang gembira untukmu,sayang.. ^_^

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram