10:34 PM

Aidil Adha 09/1430H Yang Penuh Makna... (2)

by , in
Realiti Ukhrawi :

Kes 1 : NUR KASIH di TV3... huhu..ari terakhir tuk ari jumaat yang lepas.. saya tak mengikuti sangat.. hanya tahu sedikit je.. yuplah.. sudah menjadi kebiasaan dari matrik lagi, jarang nak tengok tv sgt...huhu..so, feel pun tak de sgt.. tapi mlm tuh, saya tgk jugalah.. haha.. best gak.. tak banyak nak cerita.. hanya kagum dengan keyakinan si isteri, Nur Amina bahawa suaminya, Adam masih hidup.. alhamdulillah... suaminya masih hidup.. Allah memberikan peluang kedua untuk mereka bertemu dan hidup bersama.. cerita ini memang sungguh bermakna.. touching gak.. =) mesti ramai yang menangis malam tu kan???hehehe... Cara didikan Islamiyah yang ditekankan memang sungguh mengagumkan..cuma beberapa perkara tetap tidak dititikberatkan..huhu... Allahu Akbar... Marilah kita sama-sama menjaga kebajikan kita bersama.. Saling ingat-mengingati sesama ummah.. insyaAllah.. Yang elok dijadikan panduan, yang tidak elok, kita jadikan sempadan.. =) Wallahu alam...

Kes 2 : TAUBAT NASUHA di TV3... tahniah!! =) Drama yang penuh makna dan maksud tersirat.. harus dijadikan panduan.. saya suka sangat... tahniah kepada penerbit.. Kisah tentang si suami yang curang, baran, dilemma dan trauma... cerita yang penuh tragis dan impak yang semaksimanya.. si suami yang kerap didera oleh si ayah ketika kecil menjadikannya seorang ayah yang baran dan tidak tenang di rumah. Si suami yang tergoda dengan bos syarikatnya membuatkannya alpa dalam menunaikan amanah kepada keluarga.. hiba! huhu.. si isteri dapat mencium perangai buruk si suami.. tetapi, si suami tetap tak mahu berubah walaupun da puas si isteri menasihatinya..Si ayah mertua yang sayang pada menantunya sempat mengingatkan si menantu akan taubat dan mengingati Allah.. akan tetapi, si menantu tidak mahu mengubah diri sendiri. Si isteri dan anak-anak kerap didera dan dicerca tanpa perikemanusiaan! MasyaAllah... =( Anak-anak yang dahagakan kasih sayang si ayah tetap tidak putus-putus merayu dan memujuk ayahnya untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.. anak-anaknya sangat bijak.. cuti sekolah, mereka mengisi masa lapang di kampung.. Alhamdulillah... masih punya atuk yang alim dan mendidik mereka tentang ilmu agama.. saya suka! Allah lebih menyayangi mereka.. Ditakdirkan selepas mengambil anak-anak daripada sekolah, dua pencuri mengekori mereka.. Umur mereka tidak panjang.. si angah yang ingin mendapatkan si ibu meninggal dunia kerana ditikam dengan kejam di perut oleh pencuri itu. Membuak-buak darah keluar daripada perut si angah.. si ibu yang melihat hanya mampu mengucap dan berdoa sahaja. Si along yang melihat ingin menyelamatkan si angah.. apakan daya.. nasib tidak menyebelahinya... nyawanya juga melayang.. dia ditikam di belakang badannya.. Allah!! si ibu yang sedang sarat mengandung juga tidak dapat menyelamatkan diri.. anak kecil dalam dakapannya juga tidak terlepas daripada cengkaman pencuri itu... nak wat macam mana??? nasi dah jadi bubur.. si suami balik dengan penuh sayu dan kecewa.. menyesal tak sudah!

INGATLAH~~NYAWA YANG DIAMANAHKAN PELU DIJAGA DENGAN BAIK. AMANAH YANG DIBERI PERLU DIPIKUL DAN DILAKSANAKAN MENGIKUT LUNAS-LUNAS ISLAM. ISLAM DAN ALLAH BE THE FIRST EVER! INSYAALLAH.. TABAHKAN HATI DALAM MENGHARUNGI SEGALA MEHNAH DAN CABARAN HIDUP DALAM MENTAUHIDKAN ALLAH YANG ESA.. INSYAALLAH... PADA HARI EID' ADHA, DRAMA YANG PENUH BERMAKNA.. JADIKAN PANDUAN BAGI SETIAP YANG ELOK DAN BENAR JUA.. PENGORBANAN BUKANLAH SESUATU YANG MENYEKSAKAN KALAU KITA IKHLAS.. KAN3?? TIDAK DAPAT DIBAYANGKAN.. SI IBU MANA YANG SANGGUP TENGOK NYAWA ANAKNYA LENYAP DI DEPAN MATA???HUHU..SAMA-SAMALAH KITA BERTAUBAT ATAS SEGALA KEKHILAFAN LALU DAN BERAZAM UNTUK TIDAK MENGULANGINYA AGI.. INSYAALLAH..RENUNGAN BERSAMA... WALLAHU ALAM....
7:55 PM

Aidil Adha 09/1430H Yang Penuh Makna...

by , in


ANTARA DUA : REALITI DUNIAWI DAN UKHRAWI???APAKAH INI??


Realiti duniawi :

Kes 1 : Seorang anak yang baru tamat pembedahan, terlalu menginginkan masakan yang enak dan lazat sempena raya haji yang lalu... Si ibu yang kasihkan anaknya bertungkus-lumus masak bersama adik dan ayah di rumah.. Yelah... nak sambut anak, menantu dan cucu kesayangan. Penat memasak, si anak tak muncul-muncul juga.. Si ayah da mula bising.. Si ibu terus menelefon si anak. Bayangkan remuknya hati si ibu pabila si anak kata tak balik raya ni.. Allahu Akbar!! Kejamnya si anak sampai sanggup mengecewakan si ibu dan si ayah. Si ayah yang mendengar terus menahan geram. Merajuk tak sudah. Si menantu pulak buat perangai, tak pernah memasak dan tak panda jaga anak. huhu.. Alangkah sedihnya.. =( Si anak ni kalau balik ke rumah si menantu, memang susah nak jumpa si ibu dan si ayah.. tak tahu kenapa?? fikirkan sejenak.... Alahai..apalah salahnya balik sekejap.. bukannya jauh pun..rajuk si ayah... masakan yang banyak tadi hanya terbuang begitu sahaja gara-gara si anak yang tak pulang dan mereka yang tidak selera untuk makan...

WAHAI ANAK-ANAK SEKALIAN...BERTAUBATLAH..APALAH SALAHNYA KITA BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA KITA SELAGI HAYAT MEREKA MASIH ADA NI.. MERAKA DAMBAKAN INGATAN DAN KASIH SAYANG KITA BUKAN WANG RINGGIT..FIKIRKANLAH....APAKAH YANG TELAH KITA BUAT SELAMA MEREKA HIDUP?????? INGATAN BUAT DIRIKU DAN SAUDARAKU...INSYAALLAH...

Kes 2 : Si isteri yang penat lelah bekerja dan mencari nafkah diuji dengan si suami yang curang, baran dan tidak bertanggungjawab. Si suami pulang ke rumah untuk mendapatkan wang daripada si isteri.. tergamaknya si suami!! Jika keinginannya tidak tercapai, dipukul, ditumbuk, dicerca dan dimakinya si isteri.. lebam-lebam muka dan badan si isteri.. digunting baju-baju kerja si isteri.. tegarnya si suami!! Ya Allah, tabahkanlah hati si isteri dan peliharalah family mereka daripada malapetaka dan berilah kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan..amin... si isteri yang terlalu sayang dan cintakan si suami, hanya menurut sahaja.. tetapi, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya... si isteri tidak sanggup lagi menahan.. tak sanggup melihat si anak-anak yang hidup dalam ketakutan...lantas si isteri menarik nafas dan kekuatan untuk menuntut cerai.. si suami tidak mahu... si isteri kemukakan kepada yang tahu, tetapi setelah diajak berbincang, tetap tidak cerai. si isteri ingin menuntut fasakh juga tidak dibenarkan.. kasihan si isteri... Aunt, tabahkan hatimu...moga hari-hari mendatang akan lebih cerah buatmu sekeluarga..amin....Si isteri hanya mampu bertahan berkat doa dan kasih sayang anak-anak dan kawan-kawan..

WAHAI SI SUAMI DAN ISTERI, TUNAIKANLAH TANGGUNGJAWABMU SEPERTI YANG TELAH DIAMANAHKAN. JADILAH TAULADAN TERBAIK KEPADA ANAK-ANAK.. DIDIKLAH MEREKA KE JALAN YANG BENAR DAN TEPAT.. TANAMLAH JIWA ISLAMIYAH KEPADA MEREKA DAN BERILAH PETUNJUK UNTUK MELALUI HARI-HARI MENDATANG.. SESUNGGUHNYA, CERAI DAN TALAK TIDAK DIGALAKKAN DAN AMAT DIMURKAI OLEH ALLAH S.W.T.


Bersambung lah pula~~
3:27 PM

BILA IMPIAN TAK JADI KENYATAAN... COPIED FROM ILUVISLAM....

by , in

Bila Impian Tidak Menjadi Kenyataan

www.iluvislam.com
oleh: AsNiza
editor: deynarashid

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,

Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Subhanallah, betapa pentingnya bahasa dalam kehidupan seharian kita. Selain daripada digunakan sebagai medium untuk menyampaikan mesej, bahasa juga boleh diolah, digubah, dikarang, sehingga mampu mengeksploitasi mood, minda, perasaan dan tindakan seseorang.

Bukan sedikit kuasa bahasa. Lihat sahaja karya Shakespear, atau Usman Awang, walaupun telah sekian lama mereka tidak lagi hidup di bumi yang indah ini, namun kuasa bahasa yang telah berjaya mereka cipta, sehingga kini masih terasa kehebatannya. Maha Suci ALLAH..

Dengan izin Allah, saya telah menghadiri kelas terjemahan bahasa lebih kurang 10 kelas. Alhamdulillah. Tenaga pengajar yang 'diimport' dari DBP, UKM, UiTM ternyata hebat-hebat belaka, banyak benda baru yang telah kami pelajari.

Bagi saya, seorang pelajar kejuruteraan yang tiada basis mengenai bahasa, ternyata, pengalaman baru ini benar-benar mengujakan. Saya menikmati kelas terjemahan ini sepenuh hati saya. Saya cintakan bahasa ^_^

Dangkalnya pemikiran saya di zaman sekolah menengah rendah. Walaupun waktu itu, saya benar-benar meminati bidang sastera, saya telah menafikannya lalu memilih aliran sains tulen, kerana waktu itu saya berpendapat, bidang sastera tidak mampu pergi jauh, tidak menjamin masa depan yang cemerlang.

Natijahnya, saya telah menghabiskan masa remaja saya, belajar dalam bidang yang tidak saya minati. Dan kini, saya sudah bergelar seorang jurutera, namun jauh di sudut hati saya, masih tercari hala tuju yang sebenar.

Jiwa saya lebih menyintai bidang bahasa berbanding bidang kejuruteraan, namun saya sudah kehilangan rentak, tidak tahu mahu berhenti dan bermula di mana. Akhirnya, suka atau tidak, saya masih lagi di sini, di bidang ini, kejuruteraan.


Hidup ini mesti diteruskan, tidak semua yang kita inginkan pasti menjadi milik kita.

Ada masanya kita harus belajar menerima kenyataan bahawa ada waktunya, sesuatu benda/perkara itu bukan tercipta untuk kita. Mungkin juga, sesuatu yang kita rasakan baik itu, sebenarnya buruk bagi kita dan sesungguhnya, hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui.

Bersyukur dengan apa yang ada adalah penyelesaian yang terbaik agar jiwa ini menjadi lebih tenang. Tidak gelisah. Hidup ini adalah kembara. Ibarat kita memandu sebuah kereta. Sebelum memulakan perjalanan, kita harus merancang dengan baik, memastikan keadaan kereta kita dalam keadaan yang baik dan selamat.

Namun ada masanya, tidak semua yang kita rancang, akan menjadi kenyataan. Ada masanya, jalan yang kita lalui tidak disangka-sangka terjadi kemalangan lalu mengakibatkan lalulintas menjadi sesak. Kita tersepit ditengah-tengah jalan. Stuck.

Ada masanya kita terlepas susur keluar lalu sesat entah ke mana-mana. Yang dekat menjadi jauh. Duit minyak dan duit tol berlipat kali ganda perlu dibayar.

Ada masanya juga kita tiba di suatu persimpangan yang asing bagi kita dan kita terpaksa membuat pilihan dengan kadar yang segera samada untuk ke kanan atau ke kiri. Ada masanya juga kereta kita dilanggar oleh kereta lain yang tidak bertanggungjawab. Kita cuma mampu berputih mata tidak dapat berbuat apa-apa. Naauzubillah..

Hidup ini tidak pernah lepas dari cubaan dan ujian. Maka sebab itulah juga, rukun iman yang ke enam, mewajibkan kita sebagai umat Islam agar yakin dan percaya dengan sepenuh hati kita kepada qada' dan qadar Allah. Kita hanya merancang namun Allah jualah penentu segalanya. Bismillahitawakkaltualallah..

Harus diingatkan juga, fail to plan is plan to fail. Walaupun kita tahu setiap apa yang berlaku, hanya berlaku dengan izin Allah, itu tidak semestinya menjadi alasan kepada kita agar berhenti berusaha dan cukup sekadar memeluk tubuh.

Sesungguhnya, ini adalah konsep tawakal yang bercanggah dalam Islam. Islam menyuruh umatnya berusaha, kemudian barulah bertawakal kepada Allah, itu barulah masa yang tepat untuk kita serahkansegalanya kepada qada' dan qadar Allah.

Sebagai umat Islam juga, kita harus yakin dan percaya, doa adalah senjata utama kita. Berdoalah dan mohonlah kepada Allah dengan hati yang penuh yakin kepada kekuasaan dan keagungan Allah. Berdoalah agar segala usaha kita membuahkan hasil yang positif dan bertawakkallah.

Serahkan segalanya kepada Allah, tidak kira apa yang terjadi, pasrah dan redhalah dengan apa yang terjadi. Semoga kita menjadi hamba Allah yang tekun melaksanakan suruhan Allah, bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya.

Semoga kita menjadi hamba Allah yang berusaha untuk mencapai redha Allah dan gigih mencapai impian, selari dengan saranan agama kita. Berdoalah dengan hati yang penuh yakin dan gantunglah harapan hanya kepada Allah. Tawakkallah.

Sabar dan redha bukan suatu yang mudah untuk dilakukan, namun hati-hati yang mengtauhidkan Allah dan berpegang teguh kepada rukun iman dan rukun Islam insyaAllah pasti mampu memilikinya. InsyaAllah..


~~~~~~~~~~PADA SAAT SAYA MEMBACA ARTIKEL INI, SYAHDU RASANYA... TERDIAM SEJENAK MEMIKIRKAN KESILAPAN DIRI..YA.. LA TAHZAN..TAK ADA APA-APA YANG PERLU DISEDIHKAN... HIDUP PERLU DITERUSKAN.. SESUNGGUHNYA, HANYA ALLAH YANG TEHU APA YANG TERBAIK DIRI KITA... TUGAS KITA HANYALAH MENGIMARAHKAN AGAMANYA DAN BERPEGANG TEGUH PADA AJARAN ISLAM JUA.. INSYAALLAH... TIADA APA YANG PERLU KU TANGISI KERANA ITULAH YANG TERBAIK UNTUKKU... MOGA DAKU TERUS MENDAPAT PETUNJUK DAN RAHMAT KASIH SAYANGNYA JUA... AMIN...
2:56 PM

Abahku~~

by , in
Subhanallah.... itulah ungkapan yang termampu untukku ungkapkan di saat melihat abah... seorang lelaki yang sudah tua dan dimamah usianya... abah memang seorang yang gagah... tidak kenal erti penat dan jemu.. tabiat itu turun-temurun kepada anaknya iaitu ayahku.. saya terpanggil untuk menceritakan serba-sedikit mengenai abahku...(atukku) semakin hari, setiap kali saya datang menziarahinya, semakin kurus gamaknya.. tersentuh hatiku pabila melihat badannya yang makin terlihat tulangnya..huhu... kasihan abah.. tapi dia tetap kuat... khususnya dalam mengerjakan amanah Allah.. abah tetap tidak lupa dalam menunaikan solat walaupun usianya makin meningkat... walaupun susah mana pun untuk bergerak dalam menunaikan segala rukun-rukun solat, abah tetap gagahkan dirinya... sayu hati ini pabila melihat kesungguhannya.. terkesima seketika saya pabila melihatnya.. bermuhasabah diri sebentar memikirkan diriku yang selalunya melewat-lewatkan solat... yang tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan.. bercucuran jua air mata tangisanku memikirkan segala kekhilafan diri ini.. sesungguhnya saya hanyalah insan kerdil yang mudah lalai dan alpa dalam kehidupan seharian.. Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku.. kuatkan dan tetapkanlah imanku dalam agamaMu, tabahkanlah daku menempuh segala ujianMu dan hindarilah daku dari segala yang melalai dan menyesatkan hambaMu ini...amin... insyaAllah....
10:00 AM

Cermin Diriku...

by , in

Salam pertemuan kembali.. hari ini saya terkenang kembali saat menjaga abg longku di hospital beberapa hari yang lalu... sedih bila ku fikirkan kembali.. huhu.. sungguh berat ujian baginya... dari satu hal ke satu hal.. apakan daya.. memang itulah suratan dan ketentuan Ilahi... ujian dan mehnah yang tak jemu-jemu menjenguk setiap saat untuk menguji kekuatan dan keimanan hambaNya... Allahu Akbar.. abgku menjalani pembedahan ke atas kelenjar tonsilnya.. alhamdulillah... semuanya sudah selamat... gugur jua air mata ini pabila melihat tubuh abg yang terkujur dan sesekali mengerang kesakitan... hmm.. tabahkanlah hatimu,abg... adik dan lain-lain selalu mendoakan kesejahteraan kita bersama.. insyaAllah...
Bercakap mengenai cermin diriku..inginku meneliti diriku terlebih dahulu sebelum melihat orang lain... saya hanyalah insan biasa yang tidak pernah lari daripada melakukan kekhilafan.. saya hanya mampu untuk mencuba yang terbaik dan mengimarahkan bumi Allah ini bersama saudara-saudara seIslamku yang lain.. insyaAllah.. saya terkilan melihat beberapa orang sibuk bercakap mengenai orang lain di surau (Rumah Allah)... sama-samalah kita menghormatinya. moga ALLAH memaafkan segala kesilapan dan keterlanjuranku selama ini.. amin.... Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa saudara maraku serta dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.. Berilah daku petunjuk dan rahmatMu dalam menyemai semangat Islami di bumiMu... insyaAllah... wallahu alam...
3:43 PM

Salam Pertemuan...Salam Imtihan....Salam Ukhuwah...

by , in


Assalamualaikum w.b.t.,

Bersyukurku ke hadrat Ilahi kerana dapat jua sy mengilhamkan segala luahan dan aktiviti seharian ke atas blog ini.. semoga blog ini mampu memberi keselesaaan kepada pembaca dan kita saling bertukar pendapat juga saling ingat-mengingatkan antara sesama ummah agar terus maju ke hadapan... insyaAllah... segala comment dan pembetulan amatlah dialu2kan... thanx everyone... =) wallahu alam....

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram