8:03 PM

rasa ini..

by , in
SAKURA AT KMPP ^_^

denyut rasa ini...
kian hari kian menderu-deru...
bertubi-tubi rasa ingin tahu...
apakah yang sebenarnya berlaku?


denyut rasa ini...
kian hari kian merindu...
hidupku yang tidak seperti dulu...
apakah pula bakal berlaku?


denyut rasa ini....
kian hari kian sendu..
ku ingin rasa itu...
ke manakah hendak kutuju?


denyut rasa ini...
jangan ditipu...
walau ia diam membisu...
kerna ia pandai memburu..


7:51 PM

Wanita

by , in


Assalamualaikum... 




( SHARE KEPADA SAHABAT-SAHABAT, MOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA )

Untukmu Wahai Mutiara Kehormatan...
KEEP ISTIQAMAH WITH OUR PURDAH YA AKHWATI FILLAH.

Aku berniqab bukan mahukan pujian...
Aku berniqab bukan mahu menunjuk alim...
Aku berniqab bukan mahu menunjukkan diriku hebat...
Tapi aku ingin rendahkan diriku sebagai seorang hamba Allah yg daif...
Jika kamu ingin terus menabur fitnah...teruskan dengan ceritamu itu...
Silakan...aku tidak layak menghukum...tapi aku punya ALLAH...
Aku berlindung cuma dengan nama Allah dari setiap kejahatan manusia...
Aku tak sempurna...usah kata diriku sempurna...
Jika aku melakukan kesilapan...jangan terus melatah menuding jari...
Tapi aku sedang berusaha menjadi seorang berakhlak dan berilmu...
Aku sedang berusaha...
"BERUSAHA" sebab Allah yg datangkan rasa itu pada ku...
bukan kamu dan bukan juga dia...
Jangan kamu sewenang2nya mempersoal tetang niqabku...
Jika kamu tidak tahu apa niatku...
Apa sebabku...
Aku tetap KETAWA walau aku di Hina...
Aku tetap SENYUM walau hatiku terguris...
Aku tetap TABAH walau aku dalam Ujian dan Dugaan...
Aku tetap SEMANGAT walau aku tertekan oleh kesakitan yg ku alami...
Namun yg penting aku tetap SABAR...

Semua ini adalah 'Ujian' dan akan mendatangkan 'Kebaikan' saja...
Islam itu indah dan CANTIK...
Kerana indah dan cantiknya AKHLAK...
Yang menghiasi peribadi WANITA SOLEHAH...
Suatu hari nanti, jika Allah wujudkan perasaan itu terhadap kamu...
Kamu akan tahu...
INSYAALLAH...♥♥ :-))

♥ Jangan lupa tekan share ye :) ♥
 
6:47 PM

Subhanallah!

by , in
Benarlah aku tercipta dari tulang rusuk kiri mu, jika marah menguasai, sakitnya tidak sampai ke hati, biarlah aku terus menemanimu di sepanjang hayatku, kerana itulah janjiku saat aku sah menjadi isterimu, jika Adam berjuang kasih demi Hawa, jika Zulaikha berkorban rasa demi Yusof, biarlah aku berjuang kasih untukmu,sayang...tidak perlu kau menyediakan mahligai indah untukku sebagaimana Shah Jehan membina taj mahal tanda kasihnya kepada Muntaz, cukuplah apa yg kau termampu dalam mengisi hari-hariku, kerana itu sudah membahagiakan aku, apa yg penting bagiku adalah erti kasih yang perlu kau semat di dalam jiwa, pimpinlah tanganku membawa cinta ini hingga ke syurga, Aku tahu bukan mudah untuk menjadi yang solehah, kerana itu aku tidak mendambakan seorang yang soleh, cukup sekadar seseorang yang mahu menyedari akan kesilapan dan segera memperbaiki kelemahan diri, bersama-sama mengerti akan kekurangan dan percaya tiada yang lebih baik dari ketakutan akan azab yang dijanjikan andai kemungkaran masih diteruskan, moga membina diri dari kesedaran melalui ketenangan jiwa, Andai sayang ini benar dari jiwa, tak mahu indah hanya di dunia, tak mahu kasih hanya bersentuhan rasa, tak mahu cinta hanya pujukkan manja tapi mahu melihat kau terpelihara akan azabNya, cinta itu bukan sekadar kata, tapi fahaman dari keteguhan jiwa, mencari erti mengapa Allah menberi cinta dan mengapa Allah menduga akal dan rasa. semua itu perlu di kaji dan diseimbangkan akan ketulusan hati dari kejujuran pandangan akal, moga kau dan aku berjuang bersama mencari redha di atas nama cinta.. InsyaAllah...

"Ya Allah, jalinkanlah hati kami dalam kasih sayang, dan damaikanlah selisih faham kami, dan bimbinglah kami ke jalan kesejahteraan serta bebaskanlah kami dari kegelapan kepada cahaya, jauhilah kekejian dari kami baik yang lahir maupun yang batin dan limpahkanlah kepada kami keberkatan baik mengenai pendengaran , pengelihatan dan hati nurani kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang, serta jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur atas nikmatmu serta sempurnakanlah kiranya kurnia itu bagi kami" 
-Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud dari Ibnu Mas'ud




4:25 PM

Nilai Cinta

by , in
Cinta menjadi murah seandainya hanya dipenuhi dengan ayat² cinta berbunga tanpa ada apa² ikrar jaminan bertulis & lisan.

Tetapi cinta menjadi mahal maharnya apabila dengan satu lafaz akad nikah, ijab & qabul dan diikuti dengan rasa amanah. ♥





1:17 AM

Musim Kahwin-kahwin

by , in



Kami kahwin muda, bukan sebab kami kaya.
Kami kahwin muda, bukan sekadar untuk bersuka-ria.
Kami kahwin muda, bukan nak tunjuk hebat semata-mata.
Kami kahwin muda, bukan hanya nak hidup semati bersama.
Kami kahwin muda, bukan tanda ilmu kami sudah penuh di dada.


Ini adalah gambar sahabatku bersama zaujahnya ketika trip ke Penang. Tersenyum ku melihat kalian bahagia. Semoga cepat2 dikurniakan qader-qader yang soleh&solehah dan dapat meramaikan ummat.. amin.. 
(Gambar ini adalah sekadar hiasan. Cuma mereka mempunyai pengalaman dan cerita yang hampir sama dengan sahabatku Sarah. Moga kalian terus tabah.amin)

Tapi...

Kami kahwin muda ;
agar dapat didik diri mencari rezeki sendiri.
Kami kahwin muda ;
agar dapat elak diri  ini bersuka-ria sehingga lalai.
Kami kahwin muda ;
agar dapat memandu diri kami menjadi manusia yang hebat lillahi ta’ala.
Kami kahwin muda ;
agar dapat cintakan si dia hanya kerna Allah semata-mata.
Kami kahwin muda ;
agar dapat memudahkan diri ini supaya lebih fokus menimba ilmu di dada.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kami kahwin muda, tidak hanya kerna sayang atau berkasih-kasihan.
Kami kahwin muda, tidak sekadar tanda kami sudah berpasangan.
Kami kahwin muda, tidak sekali-kali kerna hawa nafsu syaitan.
Kami kahwin muda, tidak kerna terasa sudah banyak amalan.
Kami kahwin muda, tidak juga kerna melayan perasaan.

Tapi...

Kami kahwin muda ;
supaya dapat didik diri berkasih-sayang dengan cara yang Allah redha.
Kami kahwin muda ;
supaya dapat berpasangan mengikut syariat yang ditetapkan oleh-Nya.
Kami kahwin muda ;
supaya dapat belajar erti cinta hanya kerna illah semata-mata.
Kami kahwin muda ;
supaya dapat menambah ilmu menerusi pengalaman kahwin di usia muda.
Kami kahwin muda ;
supaya dapat lebarkan cinta kami dengan perasaan yang diredhai-Nya.


“Kami kahwin muda sebab kami nak jaga hati kami."


“Siapa yang bergembira melihat orang lain bahagia, lalu mendoakan yang terbaik buat mereka. Maka Allah akan campakkan kebahagiaan seperti mana yang mereka mahukan. Walaupun di uji dengan pelbagai rintangan, segala kepahitan terasa manis yang teramat-amat.”

InsyaAllah. Yakin dengan janji Allah. :)


Assalamualaikum....

sekadar perkongsian daripada blog seorang sahabatku, .. semoga dikau tabah ya ukhti.. barakallahu fikum.. semoga kalian beroleh sakinah, mawaddah wa rahmah...amin.... teruskan perjuanganmu Sarah..


1:01 AM

Berpasang-pasangan..

by , in
Assalamualaikum...



Sekadar perkongsian daripada pembacaan daripada majalah. Sangat teruja dan ternyata ianya sangat membina! Pertama kali membeli setelah jatuh cinta pandang pertama padanya.. oh! Era Muslimah, membawa barakah... insyaAllah..

Bila hati sudah berkenan.. 
awasi langkah dan tindakan!

Firman Allah Taala dalam surah Ar-Rum : 21,

"Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya yang demikian itu sebagai bukti bagi orang-orang yang mahu berfikir."

Sudah sedia maklum, fitrah manusia yang memerlukan hidup berpasang-pasangan dan tertarik kepada yang cantik nan indah. Sebaik sahaja mencapai usia remaja, perasaan ingin mencintai dan dicintai kian berputik dalam sanubari. Tidak salah, kerana ianya adalah fitrah.

Namun...persoalannya ialah bagaimana cara kita untuk memandu perasaan tersebut agar ianya tidak tersasar daripada gelanggang syariatullah dan menjadi ibadah..? Bukan dengan mengambil jalan mudah dan memandang enteng kepada pokok persoalan ini dengan bertindak ibarat belangkas ke hulu ke hilir. Tidak juga dengan melangkah ke gerbang perkahwinan tanpa persediaan dalam diri yang akhirnya hancur berderai.

Oleh yang demikian, bila hati sudah berkenan, tidak bermakna semuanya boleh diredah, semuanya ditadah. Tidak! Ianya perlu dididik agar nafsu itu terarah dan halalan toyyiba bagi pasangan tersebut. Andai kecundang, bencana bertandang. Nauzubillah minzalik! Maka bayi yang tidak berdosa menjadi makanan tong sampah. Kejamnya wahai manusia! 



Justeru itu, bila hati sudah berkenan, pandulah ia ke arah yang benar. Semaikanlah bibit-bibit cinta secara halal. Binalah baitul muslim yang beroleh mawaddah, sakinah dan rahmah. Hindarilah daripada menanam zina hati yang membungkam jiwa dan tidak berkesudahan. Ceduklah hikmah dan saranan Rasulullah dalam melahirkan zuriat yang menjadi pemangkin golongan muttaqin; di samping meramaikan ummat! InsyaAllah.



wallahu'alam...


3:12 PM

Tips Didik Anak Dari Wardina

by , in


Assalamualaikum....

anak2 adalah amanah Allah.. didiklah anak2 dengan zikrullah dan akhlak yang baik.. titipkanlah nilai keimanan dalam jiwa mereka dan jadilah inspirasi yang terbaik kepada mereka... insyaAllah... wallahu'alam..
2:12 PM

DR MUHAYA-LEMBUT DALAM KEHIDUPAN

by , in
Assalamualaikum....

sekadar perkongsian bersama.. moga Allah lembutkan hati kita untuk terus berzikir dan mengabdikan diri kepadaNya jua.. amin.. Allahu Allah! rohaniku lapar... T_T maafkan khilafku, sahabat2... syukran...

4:06 PM

Baiti Jannati

by , in
Assalamualaikum w.b.t....

Sekadar perkongsian daripada Akhi Mohd Rusdi Ramlee.. Syukran jazillan wa marhaban.. 

Konsep 5K adalah cetusan dari 4 Saranan Rasulullah SAW dalam memilih pasangan hidup yg Islami:


IM Hassan & Ukhti Ulfah




1. Kenal - Rasulullah SAW syorkan mana-mana pasangan yang nak nikah, kenal dulu siapa bakal suami/isterinya. Sekurang-kurangnya kena tengok dulu wajah dia. Kenali dia dulu samada dia seorang yang mempraktikkan agama atau tidak. Kenal = kenali melalui saluran yg betul. Samada melalui mahramnya atau wakilnya. Kenal = bukan sampai kapel.



2. Kelas - Rasulullah SAW syorkan umat Islam pilih dari kelas keturunan yang baik. Agar dapat nasab yang baik. Bukan dari kelas penzina-penzina yang enggan bertaubat.



3. Kufu - Rasulullah SAW syorkan pilih pasangan yang sama kufunya dengan diri dan keluarga. Contohnya, jika kita orang miskin janganlah kita nak kawin anak raja pula. Jangan sampai menyusahkan keluarga nak keluarkan kos tinggi semata-mata nak minang anak orang kaya. Pilihlah yang sederhana dan memahami.



4. Kasih - Bila dah kenal orangnya, tahu profilenya, tahu keluarganya, keluarga kita boleh terima - keluarga dia boleh terima, elemen yang penting juga adalah berKENAN atau tidak kita padanya, BERKENANkah dia pada kita. Jika dua2 dah berkenan, maka timbullah kasih. Tanpa kasih, tidak akan wujud sesebuah keluarga. Kasih bukan bermakna kena berkasih dulu. Tidak. Kasih lebih kepada kenan.



5. Kahwin - Bila keempat-empat elemen di atas diredhai oleh kedua-dua mempelai dan keluarga, maka kahwinlah kamu. =)


amin.... insyaAllah innallaha ma'ana.. doakan saya juga ye.. barakallahu fikum... =) Jzkk!

3:42 PM

Senjata Orang Mukmin

by , in

Doa Nabi Yusuf AS


رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ”







Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. ( Surah Yusuf : 101 )
6:43 PM

Korum Nisa'

by , in



Wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu

Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
... Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Wanita Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT





amin Allahumma amin.. doakan moga diriku dan sahabat2 terdidik dan menjadi 'amilin yang beragama.. amin.. insyaAllah... syukran...


Assalamualaikum....
6:34 PM

Kerana Allah.. insyaAllah

by , in

Hari ini dia mungkin tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya...

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut, esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya...

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena...

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu. Tugas kita bukan me'neraka'kan orang. Tetapi...mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan....


"Jangan HINA permulaan seseorang..kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhiran nya..."

Jangan bercerita akan aib orang lain kelak Allah akan membuka aib kita pula. Nauzubillah minzalik.. 



6:23 PM

Allahu Rabbi

by , in

‎"Berilah hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. 
Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturan seluruh hidupmu sebaik-baiknya!" 
-Hassan al-Banna-
7:46 PM

(Eksklusif)Konvensyen Bidadari Dunia 2012 - Fesyen Yes Or Not

by , in

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram