Sakitnya RINDU!


Antara sifat ihsan seorang anak kepada ibu bapanya pada zaman moden ini ialah :


1. Kalau bermesej, gunakan ejaan yang penuh supaya senang mereka membaca dan memahaminya. (siapa yang biasa gunakan smekom.lettew, chayunk hentikanlah dan cepat-cepat betulkan lidah dengan banyak membaca al-quran).

2. Kalau bertelefon, biar kita dahulu menghubungi mereka..jangan sampai mereka yang menghubungi kita. jika mereka menghubungi kita dahulu, gantikan dengan menambah semula nilai kredit telefon mereka. paling baik bil mereka kita yang bayarkan.

3.Kalau memberi duit bulanan, sedaya upayalah untuk memberi secara by hand. ibubapa yang sudah di tarik sedikit nikmat mudanya oleh Allah s.w.t bukan mudah hendak pergi bank untuk keluarkan duit, kadang kala ibubapa hanya sekadar mahu melihat anak-anak, bukan hendakkan duit sangat.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti mana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah).” Surah al-Qasas, ayat 77.

Sifat ihsan ini jika diterima dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab pasti akan dapat membuka jalan kebaikan yang lain seperti melepaskan banyak kesusahan kepada diri sendiri dan keluarga, memberikan peluang kepada anak untuk memperbaiki kesilapan dan menyuburkan sifat tolak ansur dan kasih sayang didalam keluarga.

'' Muliamu wanita kerana Islam ''



Tetiba rindu mak ayah.. T_T *lapairmatasendiri*




Moga Allah merahmati dan menjaga kesejahteraan kalian dunia akhirat.. amiin..



Rindu sangat!




Nanges lagi.. huuu








No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram