4:17 PM

Bual Bicara Hijrah 1433H

by , in
Bual Bicara "HIJRAH ~ ANTARA USAHA @ HIDAYAH"
panel :: DR AMINURRAASYID
undangan khas :: CATRIONA ROSS (selebriti)
moderator :: DR NOR HISHAM

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

1 DISEMBER 2011 / 5 MUHARRAM 1433H
8.30 - 10.30 pagi
bertempat di DEWAN TERBUKA KEUSAHAWANAN
semua di jemput hadir...


8:35 AM

Awal Muharram 1433H

by , in
Assalamualaikum.....

SAMBUTAN MAAL HIJRAH
TARIKH&HARI : (1 MUHARRAM 1433H = 26 NOV 2011 - SABTU)
TEMPAT : SURAU UMK
MASA : dimulakan dgn solat asar berjemaah dan diteruskan dgn agenda...

**Bacaan Yasin dll...Makanan disediakan... jemputlah beramai-ramai untuk bermunajat dan meraikan bersama di surau UMK...SEBARKAN...

MALAM SIMFONI KASIH & MALAM PENUTUP MINGGU PENGHAYATAN ISLAM II 2011
TARIKH&HARI : (26 NOV 2011-SABTU)
MASA : 9.00-12.00 MLM
TEMPAT : DEWAN TERBUKA KEUSAHAWANAN UMK

** Penyampaian hadiah pertandingan khat, persembahan qasidah, persembahan nasyid DESTINY,dan macam2 lagi aktiviti menanti anda malam ini. Ayuh pakat ramai2 menghadirkan diri ke dewan malam ini.. SEBARKAN!

TERIMA KASIH.. ^_^





>>ni adalah design baju MPI II bagi muslimat..
>>ni adalah design baju MPI II bagi muslimin..

** bagi yang membeli baju ini diharapkan dapat memakainya pada malam ini, malam penutupan Minggu Penghayatan Islam II anjuran JT-UnIPeN UMK 2011. Harap Maklum.. Tq! =)

ASSALAMUALAIKUM...
4:00 PM

Malam Simfoni Kasih & Penutup MPI II 2011

by , in

Assalamualaikum...
MALAM SIMFONI KASIH & PENUTUP MPI II 2011
(26 NOVEMBER 2011 - SABTU)




jum pakat ramai2 pi dengaq!! ^_^ Moga Allah redha..amin...
1:08 PM

Pure Person

by , in
"Self-praise is for losers. Be a winner. Stand for something. Always have class, and be humble."
- John Madden
1:00 PM

Salam Jumaat..

by , in

Apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli. (62:9)



Salam Jumaat, ya sodiqi wa sodiqoti.. =)
12:52 PM

Allahu Rabbi Bil Mustofa..

by , in

cukuplah Allah bagiku...
nyah akan dikau segala masalah yang membelenggu...
ku tidak takut!!


moga Allah redha dan permudahkan jalan kehidupanku ini..amin
11:02 AM

Pertandingan Nasyid 2011

by , in

Assalamualaikum..
PERTANDINGAN NASYID 2011
(25 NOV 2011-JUMAAT)
9.00-12.00 MLM
DK 10&11

Ayuh ramai2 hadirkan diri dan tonjolkan bakat dalam diri!! Sebarkan....


11:30 PM

Erti Hidup Kepada Memberi

by , in
Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat2ku sekalian?? Lama tak bertanya khabar ye.. asif sangat2.. ku masih punya urusan yang belum habis selagi nyawa dikandung badan... nak share sedikit perkongsian dengan kalian..moga barakah Allah menjadi milik kita dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat kita...amin..insyaAllah


Minggu Penghayatan Islam II dah sampai ke hari ke tujuh.. bermakna sudah seminggu berlalu.. (10minit lagi ^_^ ) macam-macam ranjau yang dilalui.. alhamdulillah.. semuanya membantuku untuk mematangkan diriku dan mengajar aku erti hidup... ya... erti hidup kepada memberi.. (macam pernah kenal kan ayat tu?haha)

Setelah berhempas-pulas, alhamdulilah.. semuanya berjalan lancar.. =) walaupun ada kekurangan dan kelemahan, alhamdulillah kerana dikurniakan AJK Pelaksana yang sangat ringan tulang dan baik hati hatta dianugerahkan PIC dan AJK Induk yang cekap dalam pimpinan dan tindakan mereka.. Tahniah semua! (cakap macam dah abis MPI je..lalalala)

Tiba-tiba..hati menjadi sayu..teringat mak ayah di rumah.. ingat anak saudara yang kian hari kian membesar.. kian tahu dan kenal erti hidup...gian mencari dan memahami setiap sesuatu.. moga kita semua diberikan hidayahNya dan dikurniakan ilmuNya yang Maha Luas...amin...

Perasmian MPI II yang sangat extravaganza dan superb hanya merugikan bagi yang tidak hadir pada malam tersebut.. rugi.. rugi.. sangat menarik dan terbaik! kekurangan yang berlaku pada malam tersebut banyak memberikan peringatan dan tarbiyah yang baik buat kami semua.. lebih berhati-hati pada hari mendatang...

Diteruskan pula dengan bidadariku... hmm.. alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang.. forum juga hangat membicarakan kisah Cantikkah aku di mataNya?. keesokan harinya pula dengan program2 lain seperti Give&Spread competition, Bual Bicara bertajuk Kembali Beragama Aman Sejahtera dan lain-lain...


Ternyata setiap program yang dianjurkan punya agenda, matlamat dan motifnya yang tersendiri dan keunikannya berbeza antara setiap program.. alhamdulillah.. MPI II best! =) Give&Spread..nama yang unik apatah pula program-program yang dianjurkan di dalamnya.. ada pertandingan nasyid, syarahan, sajak dan video islamik.. sangat menarik! sangat mengalakkan dan berjaya menawan ramai mahasiswa/i untuk hadir dan menyertai pertandingan.. Alhamdulillah... objektifnya tercapai insyaAllah...

sekian untuk kali ini.. insyaAllah bersambung lagi.. wallahu'alam... assalamualaikum...
5:13 PM

Pertandingan Khat

by , in
Assalamualaikum....

PERTANDINGAN KHAT MPI 2011
(22 Nov 2011-Selasa)

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Penyertaan terbuka kepada semua pelajar UMK.

Pen khat 3.0 disediakan namun peserta juga dibenarkan mengguna peralatan khat sendiri sebagai tambahan untuk hiasan.

Para peserta dikehendaki menulis ayat yang disediakan oleh pihak penganjur. Jenis tulisan khat yang dibenarkan hanyalah khat Thuluth, Riq’ah, Nasakh dan Dewani sahaja. Kepada yang tidak mengetahui jenis tulisan ini bolehlah menulis mengikut kreativiti sendiri.

Peserta perlu menulis khat tersebut di atas kertas yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja.

Peserta akan diberi masa bermula hari Selasa (22/11/2011) pukul 8.00 pagi, hingga pukul 3.00 petang hari Rabu (23/11/2011) untuk menyiapkan tulisan/karya masing-masing.

Kertas dan pen khat boleh diambil di dewan terbuka UMK pada hari selasa pukul 8.00 -11.00 pagi, atau pada AJK Khat.

Karya yang telah siap hendaklah dihantar bersama pen khat kepada Muhammad Miqdad atau Nurul Akma. Penyertaan yang dihantar di luar waktu yang telah ditetapkan tidak akan diterima.

Keputusan pengadil adalah muktamad. Karya-karya yang memenangi pertandingan ini adalah menjadi hak milik penganjur.

Untuk pendaftaran boleh SMS kepada :
Muhammad Miqdad (014-517 2611) atau Nurul Akma (013-739 5283).

Nama :
Nombor matrik :
Nombor kad pengenalan :
Nombor telefon :

*Hadiah insyaAllah lumayan (^_^). So...jangan lepaskan peluang ini. Daftar sekarang.!!!
4:13 PM

Duhai Sahabat.....

by , in

Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…
Dikau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tidak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Dikau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari ALLAH.

Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tidak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.

1:42 PM

Puisi Daripada Tuhan

by , in



Aku membaca puisi Tuhan
pada susun ranggi mawar
kudup cempaka
kembang teratai
hijau rumput
jernih samudera.

Aku juga telah membaca
puisi manusia
pada cabik langit
sebu udara
hingar kota
dan tengik sungai.

Ternyata,
alunan puisi Tuhan
telah menghidupkan aku.

Hazwani Husain
Johan
Pertandingan Mengarang Sajak Islami 2010

PEMBINA Bangi

5:57 PM

MPI II 2011 (FORUM MPP)

by , in
Assalamualaikum....

FORUM HIJRAH PERSONALITI "KALAHKAN MUSUH BATINMU"
yg akn disampaikn oleh MUFTI KELANTAN
(19 Nov 2011 - Sabtu)

Tempat : Dewan Terbuka Keusahawanan UMK
Masa : 8.30mlm - 11.30 mlm

Ayuh kita ramai2 pakat pi dengaq.. Pengangkutan disediakan...Sebarkan..
Terima Kasih...^_^
5:52 PM

Usrati Jannati wa Baiti Jannati

by , in
5:00 PM

MPI II 2011 (LARIAN AMAL)

by , in
Assalamualaikum....

Larian Amal Palestin "Run for Peace"
Tarikh&Hari : 19/11/2011 (Sabtu)
Tempat : court futsal
Masa : 8.30 pg

pendaftaran msih di buka RM2 seorang (5 org - 1 kump).
Terbuka kepada semua Muslim&Non-Muslim...
Pendaftaran boleh dibuat melalui zohir (0134655110) @ fatin (0145115691).....
Jom pakat2 bersukan smbil beramal....^_^
6:00 PM

MPI II 2011 (BIDADARIKU)

by , in

Assalamualaikum....

PROGRAM BIDADARIKU
MINGGU PENGHAYATAN ISLAM II UMK 2011
(18 NOV 2011-JUMAAT)

SLOT 1 : Pertandingan Busana Muslimah (8.30 a.m. - DK3&4)
SLOT 2 : Sukaneka, Aktifkan Dirimu! (5.00 p.m. - Kolej Kediaman)
SLOT 3 : Forum Untukmu Wanita "Cantikkah aku di mataNya?"
(8.30 p.m. - Dewan Terbuka Keusahawanan UMK)

**SLOT 1&2 hanya terbuka kepada SISWI SAHAJA manakala SLOT 3 adalah TERBUKA kepada semua mahasiswa/i.

SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN LAGI PROGRAM INI ^_^
6:01 PM

MPI II 2011 (TAYANGAN VIDEO)

by , in


Assalamualaikum....

Tayangan Video dan Perasmian Minggu Penghayatan Islam II UMK 2011
Tarikh: 17 Nov 2011
Tempat: Dewan Terbuka Keusahawanan UMK
Masa: 8.30 malam

**semua pelajar dijemput hadir bagi memeriahkan majlis..
6:04 PM

Talkshow Umrah 2012

by , in
Salam.. insyaAllah esok, 16 NOV (RABU) akan diadakan program TALKSHOW KEMBARA ENTERPRETASI DI BUMI ANBIYA' (UMRAH) di SURAU UMK pada jam 9.30-11.30 A.M..

Taklimat akan disampaikan oleh Pengurus Agen Umrah @ mutawwif kita kali ini.. Segala pertanyaan bolehlah diajukan secara terus kepada beliau esok..

Surat pengecualian kuliah/bekerja akan diberikan pada pagi esok.. Makanan juga disediakan.. Pendaftaran masih dibuka..Daftarlah sekarang! Jom pakat pi umrah! Sebarkan...Syukran..
11:26 PM

Istidraj

by , in
tazkirah:ISTIDRAJ adalah bila mana kita dlm keadaan mungkar pada perintah Allah,tetapi kita tetap mendapat nikmat spt:kekayaan,kecermelangan,penghormatan. dan semakin bertambah kita mugkar,semakin Allah tambah nikmatNya..pada masa itu ketahuilah bahwa kita sdg berada dlm istidraj.Allah ada berfirman: bila aku sudah x peduli padamu,maka berbuatlah sesuka hati kamu di muka bumi ini dan ketahuilah bahwa azabKu sangat pedih.. nauzubillah minzalik....


istighfar dan ingatlah Allah dalam setiap hela nafasmu.....
8:19 PM

fikrahku....

by , in
episod kembali kepada Dia.....
11:00 PM

0.o

by , in
MASALAH DAN DUGAAN HANYALAH BAYANGAN SEMATA-MATA...
10:42 PM

Bidadariku...

by , in

Bismillahirrahmanirrahim....

“AMALAN MENJADI WANITA SOLEHAH”.

Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Disini ustazah tuliskan serba sedikit tips atau ciri2 yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah.

Amalan-amalan itu ialah:

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!

Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2 menjadi wanita solehah..InsyaAllah.

...wAllahualam...



(SHARE DARIPADA SAHABIAH...)
10:38 PM

Belive in Allah!

by , in
‎"Allah akan hancurkan hati org yang Dia sayang berkali-kali sehingga tiada harapan untuk dunia ini. Yang ada hanya harapan untuk Dia sahaja..bagi yang mencari cinta Allah bersedialah menerima hakikat ini..”
- Syeikh Abdul Qadir al-Jilani ~
11:21 AM

TIPS PELAJAR CEMERLANG

by , in

Tips 33 Pelajar Cemerlang .



1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

2. Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

3. Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

4. Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

5. Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

6. Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

7. Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?

8. Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

9. Dapatkan bantuan guru
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

10. Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

11. Bersoal jawab dengan guru
Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

12. Beri pandangan membina
Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

13. Berbincang dengan rakan
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

14. Siapkan tugasan yang diberi
Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

15. Tubuhkan kumpulan studi
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.

16. Sering masuk perpustakaan
Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaah pelajaran.

17. Baca akhbar
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya ini merujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau artis.

18. Menonton rangcangan yang sesuai
Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti 'Discovery') dan berita semasa.

19. Lakukan peperiksaan kendiri
Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu tentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.

20. Sediakan jadual waktu
Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

21. Sertai ceramah motivasi
Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

22. Sertai seminar peperiksaan
Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkin menerima pelbagai tips dan petua berguna.

23. Beli buku rujukan
Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

24. Masuk kelas tuisyen
Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

25. Lawatan ke pameran buku
Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa anda akan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumber ilmu, ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedai minyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk ke kandang najis... (fikirlah sendiri)

26. Sertai kokurikulum sekolah
Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkarat akan melahirkan pemikiran yang lembab.

27. Sanggup manghadapi cabaran
Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang maha hebat. Pandai-pandailah membawa diri.

28. Jaga keselamatan diri
Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

29.Jaga kesihatan fizikal
Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat. Kurangkan makanan ringan atau 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

30. Makanan seimbang
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

31. Malu bertanya sesat jalan
Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

32. Sembahyang
Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

33. Doa
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar. 34. Tawakkal Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.
9:41 AM

Hadith Hari Ini

by , in
Dari Abu Sa'id Al-Khudri bahawasanya Nabiyullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Kemudian orang tersebut mencari orang alim yang banyak ilmunya. Lalu ditunjukan kepada seorang rahib dan dia pun langsung mendatanginya. Kepada rahib tersebut dia berterus terang bahawasanya dia telah membunuh sembilan puluh sembilan orang dan apakah taubatnya itu akan diterima? Ternyata rahib itu malahan menjawab; 'Tidak. Taubatmu tidak akan diterima.' Akhirnya lelaki itu langsung membunuh sang rahib hingga genaplah kini seratus orang yang telah dibunuhnya. Kemudian lelaki itu mencari orang lain lagi yang paling banyak ilmunya. Lalu ditunjukan kepadanya seorang alim yang mempunyai ilmu yang banyak. Kepada orang alim tersebut, lelaki itu berkata; 'Saya telah membunuh seratus orang dan apakah taubat saya akan diterima? ' Orang alim itu menjawab; 'Ya. Tidak ada penghalang antara taubatmu dan dirimu. Pergilah ke daerah ini dan itu, kerana di sana banyak orang yang beribadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Setelah itu, beribadahlah kamu kepada Allah bersama mereka dan janganlah kamu kembali ke daerahmu, kerana daerahmu itu termasuk lingkungan yang buruk.' Maka berangkatlah lelaki itu ke daerah yang telah ditunjukan tersebut. Di tengah perjalanan menuju ke sana lelaki itu meninggal dunia. Lalu malaikat Rahmat dan Azab saling berbantahan. Malaikat Rahmat berkata; 'Orang laki-laki ini telah berniat pergi ke suatu wilayah untuk bertaubat dan beribadah kepada Allah dengan sepenuh hati.' Malaikat Azab membantah; 'Tetapi, bukankah ia belum berbuat baik sama sekali.' Akhirnya datanglah seorang malaikat yang berupa manusia menemui kedua malaikat yang sedang berbantahan itu. Maka keduanya meminta keputusan kepada malaikat yang berupa manusia dengan cara yang terbaik. Orang tersebut berkata; 'Ukurlah jarak yang terdekat dengan orang yang meninggal dunia ini dari tempat berangkatnya hingga ke tempat tujuannya. Mana yang terdekat, maka itulah keputusannya.' Ternyata dari hasil pengukuran mereka itu terbukti bahawa orang lelaki tersebut meninggal dunia lebih dekat ke tempat tujuannya. Dengan demikian orang tersebut berada dalam genggaman malaikat Rahmat.' Qatadah berkata; 'Al Hasan berkata; 'Seseorang telah berkata pada kami bahwasanya lelaki itu meninggal dunia dalam keadaan jatuh terlungkup.' (Shahih Muslim : Bab Diterimanya Taubat Orang Yang Membunuh Banyak Manusia)
10:21 AM

Sharing Words...

by , in
Surau Flat gelung bilal 7/11/2011

Soalan: Apakah bersiul itu haram?
Jawapan: Makruh... Jika bertujuan seperti mengganggu orang lain berbuat ibadat, maka haram... Seperti di zaman Rasulullah SAW, Abu Jahal mengupah orang-orang kulit hitam untuk bersiul-siul berhampiran dengan Nabi yang sedang bersyarah, untuk mengganggu baginda...

Soalan: Siapakah yang dapat redha Allah?
Jawapan: Iaitu orang yang takut kepada Allah... Yakni, buat segala yang Allah suruh, dan tinggal apa yang Allah larang...

Soalan: Bolehkah ambil anak angkat dari anak hasil zina... Sebab susah nak jaga aurat bila besar nanti... Ada orang kata tidak molek bela anak zina...
Jawapan:Boleh... caranya ambil anak itu yang belum sampai 2 tahun dan susukan dengan mahram kita seperti adik beradik perempuan, atau ibu kita, atau isteri kita... Tidak betul, anak zina ini tidak ada kaitannya molek atau tidak, ibu anak ini yang derhaka pada Allah...

Soalan: Adakah boleh ambil balik cincin pertunangan seterlah putus tunang?
Jawapan: Tidak boleh ambil, kerana telah beri kepada tunangnya... Melainkan ada dalam lafaz supaya dipulangkan cincin itu sekiranya mahu putus tunang semasa lafaz tunang hari itu...

Soalan: Adakah wajib beri hantaran masa kahwin?
Jawapan: Tidak wajib beri, namun wajib beri jika ada dalam perjanjian...

Soalan: Adakah putus silaturrahim jika salah sorang daripada adik-beradik melafazkan untuk putus silaturrahim...
Jawapan: Tidak putus... Namun yang melafazkan itu berdosa besar...

Soalan: Satu mayat hancur, tidak boleh kena air, dan nak buat tayammum, tapi tidak tahu dimana muka dan tangannya...
Jawapan: Tepuk debu tanah, kemudian kali pertama sentuh(tidak perlu gosok) pada mayat kerana muka, kemudian tepuk debu tanah kembali, dan sentuh kali kedua pada mayat kerana tangan...

Soalan: Apakah sah korban 5 bahagian?
Jawapan: Sah, jangan lebih dari 7 bahagian...

Soalan: Daging korban buat masak, kemudian baru beri makan pada orang ramai...
Jawapan: Sah, tapi haram buat masak, kerana daging korbang wajib beri yang mentah jika ianya hak orang lain...

Soalan: Bolehkah solat dukung anak, kerana anak menangis?
Jawapan: Boleh jika mudharat sahaja...

Soalan: Haramkah letak benda selain dari Al-Quran atas Al-Quran?
Jawapan: Ya, haram... Melainkan letak sesuatu benda untuk memelihara Al-Quran, seperti letak kertas atasnya untuk elak dari habuk terkena Al-Quran...

Soalan: Betulkah barang yang hilang dalam masjid, bila disebut-sebut dalam mencari barang itu, maka tidak akan ketemu semula?
Jawapan: Yang jadi seperti itu ialah ketika menyebut-nyebutnya ketika orang lain sedang beribadat...

Soalan: Adakah istibra' itu wajib? Dan bagaimanakah caranya?
Jawapan: Wajib, jika seseorang itu bergerak-gerak, baki titisan air kencing akan keluar... Sunat, jika tidak keluar walaupun banyak kali bergerak-gerak...

Caranya:
a. Berdehem-dehem...
b. Bangun dan duduk berulang-ulang...
c. Berjalan-jalan ke sana ke sini dalam tandas...
d. Lalukan jari bawah zakar dibahagian alur kencing dari hulu ke hilir...

jkkhik3 sama2 share ilmu...
jkkhik3
3:47 PM

SIR wa HAZAR

by , in

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



pin...pin...neno...neno..


Salam Mahabbah Wa Rahmah

Sahabat dikasihi dan dirahmat Allah.. Semoga setiap gerak laku kita menjadi perhatian pencipta yang Sentiasa Memperhatikan dan Mencatat amalan perbuatan kita.



Hurm..."SIR WA HAZAR"??? tahukah antum?

Bagi antum/na yang masih lagibelum mengerti akan perkataan yang menarik ini, mari kita sama2 mengkaji maksud nya serta bagaimana penting "SIR wa HAZAR" sebagai antara element utama didalam BERUSRAH insyaAllah. SIR bermaksud RAHSIAmanakala HAZARbermaksudBERJAGA @ BERWASPADA.


Walaupun nampak hanya seperti perkara yg simple namun saya kira isu ini agak berat di saat ketika dakwah menjadi satu perkara yang amat phenomenan di era kini. Menyebabkan unsur-unsur penjagaan dan juga kemanisan dalam berusrah ini sedikit dicemari dengan tindakan peribadi mahupun perasaan sendiri.


.::::.SIR wa HAZAR.:::.

Sahabat-sahabatku sayang, Sir ialah kerahsiaan. Hazar pula ialah kewaspadaan. Menurut sahabat saya kerahsiaan wujud kerana takut. Kerahsiaan dan berjaga @ berwaspada adalah penting dalam apa jua perkara sehinggakan ianya juga dititik beratkan oleh Rasulullah SAW sebagai salah satu strategi dalam berdakwah mahupun berperang.


Sir sebenarnya perlu untuk menjaga keselamatan gerakan dan sebagainya. Saya juga bimbang rahsia akan terbongkar dan akan menimbulkan satu ketakutan.


Sebagai contoh: Apabila saya mendengar ceramah-ceramah kadang- kadang dilarang mendedahkan fakta ceramah kepada orang lain. Jika saya mendengar ceramah tentang aqidah dan perjuangan sebagai contoh, atau jihad jalan kami, maka fakta ceramah tersebut adalah satu perkara yang rahsia dan harus dirahsiakan. Malah masih ada ceramah yang mana pendengar dilarang mencatitnya untuk menjaga keselamatan dancukuplah dengan hanya mengingati. Sehinggakan tempat juga dirahsia daripada pandangan umum. Jadi antum jelas bukan tentang sir wa hazar yang melampau.



Kenapa sampai begitu? Saya melihat, sir adalah strategi manakala hazar adalah satu perkara yang lebih penting.

Kesan daripada sir yang biasa diamalkan dalam kebanyakan gerakan ialah:

  • Dakwah tidak tersampai dengan lebih meluas lantaran maklumat ceramah dan program ditutup serapat-rapatnya.
  • Lahirnya ahli yang penakut dan tidak berani, bukannya melahirkan ahli yang bijak dan berani berdepan
  • Kefahaman tentang gerakan Islam tidak meluas sebaliknya bersifat eksklusif kepada ahli yang terpilih sahaja.

Apa yang perlu dirahsiakan sebenarnya? Maklumat atau hanya tanzim? Mengapa kita perlu takut sedangkan Hammas yang berdepan dengan kematian lebih berani menzahirkan gerakan mereka. Kerahsiaan yang terlalu rapat berlaku lantaran ketakutan yang menyelimuti. Kesannya hasil dakwah mahupun hak-hak orang lain yang sepatutnya sampai kepada mereka yang berhak. Hal ini demikian bagi mengelakkan daie mahupun pendakwah yang takut untuk meyampaikan sesuatu kerna taksub dengan konsep kerahsiaan.

Manakala bejaga-jaga @ kewaspadaan diamalkan oleh Nabi SAW namun dalam masa yang sama, banyak kali juga nampaknya nabi ‘menolak’ kewaspadaan. Baginda mencabar Romawi yang terlatih. Baginda menghantarkan surat kepada banyak kerajaan yang besar termasuk Hercules. Hasilnya, nabi dipukul berkali-kali.

Jadi saya pohon agar antum/na dapat memahami konsep kewaspadaan bagaimana sebenarnya yang diamalkan oleh rasul kita yang terjunjung.

KETUK MINDA AHLI SYURA DAN TANYALAH KITA NAK JADI AHLI GERAKAN YANG MACAM MANA....WALLAHUA'ALAM...saya brlindung kepada ALLAH Yg Maha Mencipta, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui segala isi hati..


"Hendaklah engkau memperelokkan budi pekerti dan banyak berdiam diri, demi diriku dalam kekuasaanNya, alangkah semua makhluk mencontohi kedua-duanya"
-(H.R.ABU YA'LA)-
"Siapa yang berlatih kesabaran, nescaya Allah akan menyabarkan (menjadikannya sabar)"
~(H.R.BUKHARI & MUSLIM)~

**perkongsian daripada ukhti hurul mardhiyah..

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram