Kenduri Doa Selamat

Assalamualaikum..

Hai apa khabar semua? Saya teramat gembira sebab baru sahaja sampai dari kampung halaman. Alhamdulillah. Hujung minggu ini saya isi masa dengan keluarga dan sanak saudara. Seronok sangat rasanya. =) Walaupun sekejap, tapi sangat mahal harganya. Lama tak jumpa dengan nenek dengan saudara mara sebab selalu balik kampung, tapi tak balik rumah nenek. Kesian nenek. Sorry nek! =(


Kepulangan kami kali ni disambut meriah. Sebab apa? Sebab ada kenduri doa selamat sket. Hee. Kami sampai awal dari jangkaan mak ayah. Yeah! Berjaya buat surprise yang tidak dirancang. ^_^ Mak dan ayah kelihatan gembira bila nampak kami tiba. Paling menggembirakan saya dapat berjumpa dengan dua buah hati pengarang jantung saya iaitu Aleesya & Irfan.. Malangnya tiada gambar terkini mereka untuk tatapan semua. Huhu. 


Kali ni mak ayah busy sket. Banyak hal yang perlu diselesaikan. Yelah, masih punya pekerjaan. =) Kami pula banyak menghabiskan masa di rumah sambil bantu mengemas rumah. Almaklum, baru lepas kenduri. Kenduri kecik ke besar, penatnya tetap sama. Sebab both side memang ramai saudara mara. Belum kira mertua lagi, jiran tetangga dan lain-lain. Alhamdulillah. Syukur. Semuanya berjalan lancar. Pertemuan dua buah keluarga dapat dieratkan lebih lagi. *bahagia*


moga semuanya selamat dan dipermudahkan dalam urusan melahirkan our caliph tak lama lagi. amiin. inshaAllah..


Kami memohon sekudus doa dan munajat daripada semua jua..


*doakan kami*


terima kasih...

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram