2:34 PM

Hampir Dibakar Sewaktu Nazak

by , in
Suatu hari seorang wanita datang bertemu Rasulullah SAW. "Ya Rasulullah, suamiku dalam sakaratul maut,' ujarnya sedih. Baginda mengenali suami wanita itu. Namanya Alqamah, seorang pemuda yang terkenal dengan kuat beribadah dan banyak bersedekah.

"Pergilah lihat Alqamah. Perhatikan bagaimana keadaannya," suruh Rasulullah SAW kepada Bilal, Abi bin Abu Talib, Salman al Farisi dan Ammar bin Yassir.

Sampai di rumah wanita itu, para sahabat terus membacakan syahadah di cuping telinga Alqamah. Tetapi Alqamah gagal menyebut kalimah tersebut. Ini mencemaskan para sahabat. Mereka bimbang lelaki itu akan berhadapan dengan nasib yang buruk di akhirat kelak jikalau dia gagal mengucapkannya sebelum meninggal dunia.

Bilal segera bertemu Rasulullah SAW. Lantas Baginda bertanya, "Adakah ibu bapanya masih hidup?"

"Bapanya sudah meninggal, tetapi ibunya masih ada. Dia sangat tua." jelas salah seorang tetamu yang hadir di situ.

Rasulullah SAW terus memanggil ibu Alqamah. Baginda bertanya tentang Alqamah. Kata wanita itu, anaknya Alqamah kuat beribadat dan suka menderma. Tetapi dia amat marah dengan Alqamah kerana terlalu mencintai isteri berbanding dirinya sebagai ibu.

Mendengar cerita itu, Rasulullah terus memerintahkan agar disediakan kayu api untuk membakar Alqamah. Tetapi apabila ibunya sedia memaafkan Alqamah, Rasulullah SAW kemudian menegaskan bahawa sekiranya seorang lelaki yang melebihkan isterinya berbanding ibu kandung, maka segala amalan wajib dan sunat yang dikerjakan akan menjadi sia-sia dan tidak berguna.

Alqamah dikhabarkan berjaya mengucap kalimah syahadah hanya selepas dia dimaafkan ibunya. Renungkanlah bagaimana sekiranya dosanya tidak sempat dimaafkan. Ia seharusnya menimbulkan keinsafan di dalam hati setiap mukmin baik lelaki atau wanita.

wallahu'alam.


** sedikit cebisan akhbar yang dijumpai untuk renungan dan amalan bersama. 



Maafkan salah silap saya dan keluarga jika ada terkasar atau tersilap kepada anda semua. Assalamualaikum.









Salam Ramadhan 1434H.
3:31 PM

Cantik di hati.

by , in










Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
4:18 PM

Wanita

by , in
Petikan hadith :

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : 

"Seseorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki."
(Riwayat Abu Na'im)





4:38 PM

Doa mengawal sifat panas baran

by , in
Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan air yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran.
(Riwayat at-Tirmidzi)



Menurut Imam al-Ghazali dalam perbincangan sifat mazmumah, sifat ini biasanya berpunca daripada hati yang kotor sehingga beranggapan dirinya sempurna dan orang lain serba kekurangan.

Antara saranan Nabi SAW agar mengurangkan risiko marah ialah dengan berta'awwuz daripada gangguan syaitan, mengambil wuduk dan mengubah posisi daripada berdiri kepada duduk, daripada duduk kepada baring.

InshaAllah..
4:22 PM

Kuasa Zikrullah

by , in
Zikrullah...

Faedahnya??


  1. mewariskan mahabbah (rasa cinta) kepada Allah.
  2. mengusir syaitan, menghancurkan dan mengalahkannya.
  3. menghilangkan kesusahan dan kesedihan hati.
  4. menjadikan Allah SWT redha kepadanya.
  5. mendatangkan kegembiraan dalam hati.
  6. menguatkan jiwa dan raga pelaku.
  7. mendatangkan cahaya pada wajah dan hati.
  8. mewariskan inabah iaitu kembali kepada Allah SWT.
  9. mendatangkan rezeki.
  10. melunakkan hati.
  11. mengamankan diri menyesal di hari kiamat.
  12. menyamai pahala membebaskan hamba, menginfakkan harta, melengkapi kuda perang dan memukul musuh dengan pedang.
  13. berpaling lidah dari berbuat ghibah, namimah, dusta dan berkata batil.
  14. merupakan futur qulub (santapan hati dan jiwa).
  15. mewariskan hidupnya hati.
  16. mewariskan haibah (takut) kepada Allah dan ijlal (mengagungkannya).
  17. mewariskan dekat dengan Allah.
  18. cahaya bagi pelaku di dunia, kubur dan akhirat.
  19. mendatangkan muraqabah sehingga pelaku akan masuk ke dalam pintu ihsan.
  20. memberikan wibawa, kemanisan dan keceriaan pada wajah pelakunya.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram