10:29 AM

MOM

by , in
Assalamualaikum wbt...

Salam kebahagiaan, salam kemesraan, salam penuh kasih dan sayang kepada semua. Semoga sentiasa dalam redha Allah jua.. amiin.. Hari ini seperti hari yang biasa, hanya duduk di rumah. Menunggu suami pulang dari kerja. hehe. Ya Allah, permudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat.. amiin.. Happy working k, abang! 


Hari ini suami sangatlah baik hati. Dia belanja makan tengah hari yang dibungkus dan makan bersama dengan isteri tersayang di rumah, sebelum bekerja semula selepas waktu rehat. Awesome! Terima kasih, Allah! *iamsohappy*


Usai pulang dari kerja, suami ajak berjalan-jalan. Tetiba, dia mengusulkan untuk buat pemeriksaan di klinik. Saja-saja je katanya.. Ok. *janganmengharapterlalutinggi* Bismillahirrahmannirrahim..........







Di Klinik Medijaya, kami menjejakkan kaki dengan seribu satu perasaan yang ada dalam hati ini..Allahu... Tenanglah wahai hati.. Relakss.... Selesai pendaftaran, saya dipanggil untuk masuk ke bilik doktor. 


"Yes, may I help you?" Doctor said.


"err.. Erm.. I want to do pregnancy test." replied by me.


"Ok. You can blablabla................." Doctor said.


Bermula lah kisah dan perjalanan hidup ini.. Bismillah... *selawatbanyakbanyak*








"Please wait for a while while I'll check it out first." Doctor said.

Ok... Suamiku menggenggam erat tanganku.. tak dingin, tak menggeletar. Hanya sekudus doa dalam hati seorang hamba yang hina lagi banyak kekurangan ini.. Allahu.. Allahu..




1..


2...


3...


minutes later...





"CONGRATULATIONS! IT'S POSITIVE!" cherished by Doctor.



Alhamdulillah.. Syukran Ya Allah.. Alhamdulillah... Terima kasih! Terima kasih atas hadiah ini.. Suamiku tersenyum girang.. senyum sampai ke telinga.. senyum tak pernah berhenti.. Allahu! Indah! Sungguh! 


INDAH & BAHAGIA.

Terima kasih.. 

Saya??



Air mata membasahi pipi.. mula-mula bertakung di kelopak mata.. Tapi, rasa bahagia, rasa syukur yang tidak terhingga membuatkan air mata terus menerjah seluruh pelosok pipi ini.. Allahu... Terima kasih.. 


Tak tahu nak bayangkan rasa ini dengan kata-kata.. Tidak terkata! Hanya Allah yang tahu.. Terima kasih.


**Suamiku sangatlah comel. Dek kerana terlalu gembira dan bahagia itu, dia meminta daripada Doktor akan surat pengesahan kehamilan untuk isterinya ini. Doktor kata, "Jangan risau. I'm a doctor. Qualified Doctor." Kehkehekeh





Senyuman yang tidak mahu henti dan kami berdua tidur sambil tersenyum malam itu.. Eh! Ya! Kami dah bertiga kini.. hee.. Alhamdulillah... Doakan kami ya.. Jzkk..
11:19 AM

Perempuan yang bernama ISTERI

by , in
Assalamualaikum..

Suami dan isteri, berpadu tenaga untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia iaitu sakinah, mawaddah wa rahmah. Seorang suami memperisterikan seorang isteri dengan rasa penuh keikhlasan, kesyukuran dan turut memikul amanah yang berat. Kerana dikau sanggup menerima amanah ini dengan rela.. Sabarlah demi mengecapi anugerah Allah yang tidak terhingga untukmu kelak.. insha Allah.. saksikanlah...


Kisah ini adalah perkongsian daripada seorang sahabat dari KMPP di blognya.. 
"Ukhti, izinkan saya menyalin semula kisah ini ya." =)







Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang kedepan. 

PENCERAMAH : "Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda.” Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, disana ada nama jiran, orangtua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya. 

PENCERAMAH : "Sekarang, silakan pilih 7 diantaranya yang sekiranya anda ingin hidup terus bersamanya." Lelaki itu menghapus 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH : "Hapus 2 nama lagi", sehingga tinggallah 5 nama lagi yang ada di papan tersebut. 

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi.” Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata : “Silakan padam 1 nama lagi!”. Lelaki itu perlahan mulai mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya secara perlahan.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi." Lelaki menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan lambat laun mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis. 

Setelah suasana tenang, PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu. : "Kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi.” 

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut. Lalu lelaki itu menjawab: "Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi dan meninggalkan saya, sedangkan anak jika sudah dewasa akan berkahwin, setelah itu juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.” 


Allahu!











*nanges*



Semoga kita semua boleh mengambil hikmah daripada kisah di atas.


wallahu'alam..



Assalamualaikum..

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram