Lagi-lagi appointment

Assalamualaikum..

Hai semua. Sihat? Lately kawasan rumah saya sering hujan lebat. Boleh kata setiap hari.. Macam ribut pun ada.. Bunyi angin yang hanya Allah je yang tahu.. Rasanya dalam seminggu ni memang saya tidak keluar rumah langsung except untuk buang sampah dan makan sate kajang dengan family in law aritu. Tak pergi mana pun. yelah kan. Musim hujan ni sejuk-sejuk ni jadi 'mandom' plak.. err.. -.- hibernation time.. hehe.. Saya ni pulak jenis tak tahan cuaca sejuk sangat. Harap sihat selalu. Baby sila jaga diri elok-elok k.. (pulak?)


Hari ini saya ada appointment di KK lagi. Terlewat banyak. Musim sejuk kan. So, bermalas-malasan lah kami ke KK. Pulak tu jalan dah bertukar. Kena buat U-turn jauh. huhu. Sampai je barisan M2B dah panjang berjela. Sigh. Masa ambil nombor, saya dapat no 2028. Kehkehkeh. Padan muka. Gerak lambat lagi. Nasib baik encik hubby baik hati hari ini. Teman saya ke KK. Thanks abang! =) Almaklum, bila bulan semakin bertambah, berat pun bertambah, maka tahap larat tu lebih kepada tak larat dah. Nak bawak badan pun kadang-kadang tak larat. Berat benar tu! (huh) Pastu saya buat muka pasrah berdiri tercongok depan pintu KK sementara menunggu nombor giliran dipanggil. Seat dah penuh time tu. huhu.


Sesampainya giliran saya, as usual kena ambil ujian 'shishi' which is You-Know-That dan ambil darah. Eh! Tak ada ujian darah ok kali ni. Wah! amazing! =) Alhamdulillah. *happy* Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami hari ini. Sekejap je rasanya semua urusan di KK dah selesai. Tak sampai sejam (kot). Yelah. Dalam 8.30 pagi dah settle down semua include ambil ubat di farmasi. Well done! Pape pun, thanks to Cik Misi sebab share dengan saya tentang tanda-tanda labour, penyusuan ibu dan lain-lain lagi. hee. 


**sekarang dah start dua minggu sekali appointment. Dah dekat dah. Doakan kami sihat dan selamat melahirkan our 1st caliph ya.. amiin.. inshaAllah.. Thanks semua!





2 comments:

  1. alhamdulillah...semoga dipermudahkan semuanya ain<3

    ReplyDelete
    Replies
    1. nana kimie : amiin.. inshaAllah.. hehe.. xsbr plk rse..

      Delete

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram