9:51 PM

Ku cinta Dia.

by , in
Assalamualaikum...

Astaghfirullahal azim.. catatan arini agak menyedihkan.. mungkin kerana lately ku diuji dengan persahabatan.. baru sebentar tadi ku terjaga dari tidur..tidur lena yang panjang.. kepenatan barangkali...  badanku masih letih lagi.. pabila ku terjaga dari tidurku, ku sedar bahawa ada air mata yang berguguran di wajah ini.. ku ingatkan bahawa ku masih bermimpi.. rupa-rupanya... oh tidak! Benar sekali! Ku menangis dalam tidurku.. mimpiku itu sangatlah mendukacitakan aku.. kerana apa? Kerana ku diuji dalam persahabatanku.. Astaghfirullahal azim... Ya Allah, peliharalah kami daripada azab api nerakaMu dan tetapkanlah hati-hati kami dalam agamaMu.. amin...

Cerita begini.. ku mulakan dengan lafaz basmallah.. tersebutlah kisah di sebuah kawasan sekolah (tapi cerita ini melibatkan segenap lapisan sahabat-sahabatku waima universiti mahupun zaman remaja).. ada sedikit berkaitan dengan realiti.. ku baru sahaja pulang dari langkawi.. nak dijadikan cerita sesampainya aku ke kelas, didapati ramai sekali sahabat-sahabat yang sibuk menghafal itu ini, bergerak kelibut ke sana ke mari, tak tahu mengapa.. rupa-rupanya kami diberikan kerja rumah a.k.a assignment untuk melakonkan apa-apa sahaja berkaitan dengan Chapter 7 dalam mata pelajaran matematik.. sepertinya biometry and experimental design.. (oh, over sudahh... huhu) ku terkaku.. tergamam... tak keruan.. erm.. mengapa ku tak tahu langsung..? dan kenapa aku tidak dimaklumkan apa-apa?? OK.. I can’t blame others.. aku yang bersalah.. mungkin aku tak cakna.. ok, tak mengapa.. relax.. relax... cool dear cool... memang ku tengah menahan air mata... ya..aku perlu tahan.. dalam kelas itu bercampur dengan pelbagai lapisan sahabat-sahabatku... ku mencari ruang.. ku terlihat Q di hujung sana.. oh ya.. dia.. ku tanyakan kepadanya.. apakah mungkin ini silapku? (ok, girl, stop dreaming.. no one will comfort or in your side.. please wake up!) T_T ok.. sedih! Di wajah Q, ada garis-garis bersalah, ku tenung matanya, jelas simpatinya kepadaku.. tetapi dia tetap tegas menyatakan itu salahku kerana mana mungkin salah mereka sedangkan telah tersebar kertas di dalam kelas sebelum itu untuk memilih kumpulan persembahan dan latihan. Ok, ku kalah lagi.. sedih kali kedua.. ku diamkan diri sahaja.. masih menahan air mata.. ku cuba memujuk hati ini... ku mencari lagi di ruang yang lain.. ku lihat sahabat-sahabat yang lain.. di dalam hati ini berkata, tergamaknya mereka?! Huhu T_T ok, hatiku mulai lemah... bagaikan halilintar yang bakal memecah tembok kekuatan mata hati ini.. sabar lagi, sabar.. ku terdengar nama sahabat di TIGS untuk meneruskan persembahan seterusnya.. yes, spotted! El, Alfi dan Daing bangun... ku sedih... tapi ku cuba senyum.. yes! Alhamdulillah.. ku berjaya pujuk hati ini.. ku tersenyum girang sekali... ku yakin mereka tidak tahu..

Setelah itu, nama-nama yang tidak mempunyai kumpulan lagi perlu berkumpul di luar.. masing-masing perlu membuat persembahan solo.. what???!!! SOLO???! Ok, enough! Memang masaklah aku kali ini. Huhu.. ok spotted! Semua yang di luar ini memang telah jelas selalu sibuk dengan aktiviti tapi ternyata yang jenis pandai bergerak sendiri.. ala-ala pandai berdikari.. ok.. relieved jap. Sesi pemilihan tema persembahan pula.. oh no! apakah?! Hmm... Ada obodon, natasha dan lain-lain.. (Apa kaitan entah..adoii... pelik, pelik...) -.- ok, dalam kalut-kalut ku memilih obodon sedangkan aku tak mengetahui apakah itu.. terdengar mereka kata ada action.. ekk??? Huhu... ku memilih untuk mudah mengalirkan air mata kerana ku lebih menjiwai watak itu dek kerana ku in sad mood.. hahahaha.. ok, gotcha! Dapat idea dah.. hehe.. ok, ku perlu melakonkan ari sabtu ini.. 2hb.. oh no! tarikh itu penting bagiku... ku mencari Ainul dan Anati.. tak tertanggung lagi rasa di hati ini.. ya... air mata bakal terhambur keluar.. ku tidaklah sekuat itu.. pasti menangis juga.. kerana ku seorang perempuan biasa.. sama seperti kalian.. tarikh jemput menantu di JB.. Ainul! Alaaa...... ok, Ainul memujukku dan membawaku keluar dari kelas itu.. walaupun dia perlu masuk ke kelasnya tika itu, tetapi kerana daku, dia memilih untuk bersama denganku seketika.. cuba untuk menenangkan hatiku.. terima kasih, sayang.. huhu ku dapat rasakan kehangatan kasih sayangmu itu.. terima kasih.. kemudian, ku terlihat sebuah kereta di hadapan.. tidaklah besar,  tapi nampaknya keluasan dalaman kereta itu seperti tempat duduk avanza.. (apekah episod ini?? Adeihhh) ku berhenti seketika dan terlihat ibu Biha ada di dalam.. ku salam, ku peluk dan ku cium sepuasnya, kerna ku tahu dia seorang ibu... pasti mengerti akan hati anak sepertiku... sebesar mana seorang anak itu, ibu pasti menganggapnya sebagai anak kecil kerana dia tahu apa yang kita mahu kerana dia yang membesarkan kita.. huuu.. ok, air mata dah start nak tersembur keluar.. ku cuba untuk menahan.. Biha menghulurkan tangan tanda simpati kepadaku kerana dimalukan di kelas sebentar tadi.. huhu.. ku lakukan yang sama kepadanya, Daing dan Abil.. ok, Daing berusaha membuatku tergelak... hehe. Dia menunjukkan cincin di jarinya tanda telah menjadi tunangan Adi.. comel sangat mimpi ini.. haha.. di belakang ku lihat ada Aziera, Leha dan tak nampak pula seorang lagi.. terima kasih semua.. ya ku ingat seorang lagi..  Nadiah namanya... dia tidaklah rapat denganku tika di kelas, tapi dia yang paling bersemangat menangis melihatku dimalukan di khalayak.. Oh Sahabat! Ku sayang kamu semua.. =) Tiba-tiba.......

Ku terjaga dari lenaku... Terasa ada linangan air mata di kelopak mata ini.. ku ingatkan ku bermimpi.. rupa-rupanya tidak.. memang benar.. ku menangis dalam mimpi itu.. dan juga realiti, air mata memang keluar.. huhu.. ku teresak-esak bangun dari lena.. setelah ku yakin, ku sudah di alam realiti, ku sapu air mata di wajahku.. mengucap panjang seketika.. astaghfirullahal azim............ alahai... mimpi.. mimpi... apalah... hehe.. ku terfikir kenapa ku bermimpi seperti itu.. kenapa ku menangis dalam mimpi itu.. adakah kerana ujian persahabatan? Erm... mungkin kerana ku rindu, rindu sangat-sangat kepada sahabat-sahabatku di TIGS.. Geng-geng suka duka, jatuh bangun... lama tak jumpa dengan mereka.. mungkin kerana penangan tak dapat pergi majlis ainul kelmarin.. huu.. Maafkan daku, sayang.... Ok, bila tengok wajah di cermin, jelas sekali bengkak di mataku.. hahaha.. lawak pula bila fikirkan balik.. hehe.. teringat kami sakan menyakat anak saudaraku, Iesya semalam.. merah-merah mata dan hidungnya puas menangis semalam.. hehe.. mungkin juga kerana ku join sekali episod semalam.. hahaha.. sorry sayang... =D ok.. tamat sudah... letih.. jum sambung melayan si kecil itu.. Assalamualaikum...






11:59 AM

Episod 3 Langkawi, here we go!

by , in

Assalamualaikum...



Pemandangan sekitar Jeti Kuala Perlis..




Awal pagi lagi sudah bangun... menyiapkan diri dan bersarapan pagi.. instant mushroom soup menjadi alas perutku... ku ajar ayah makan kerana ayah memang payah nak makan benda-benda ‘pelik’ baginya.. hehe.. membeli tiket feri untuk pulang... tiket balik pukul 4 petang.. kami berjalan ke Idaman Suri dan Ismail Group.. ok.. memborong lagi.. tapi, tidak seperti di Ram’s.. Berjalan mencari beg untuk abang sulungku... dan pulang ke rumah.. berehat seketika sebelum bertolak memunggah barang ke jeti selepas zohor nanti.





Gambar di Makam Mahsuri dan Perusahaan Gamat.



Mengusung barang sebanyak dua troli besar itu dan dipunggah masuk ke dalam feri.. sepanjang perjalanan ku rakamkan semua episod dalam ingatan.. ku tersenyum sendirian.. kami tiba dekat jam 6 petang.. oh.. sangat singkat.. bas kami bertolak jam 7 malam.. kami harus cepat dan makan malam sebelum bas bergerak...








Pemandangan sekitar Kuah, Langkawi..


Bahagia seketika.. bas dua tingkat Cepat ekspress itu milik kami sekeluarga.. pakcik tu kata dia hanya singgah untuk mengambil kami sebelum kami bertukar dengan bas yang lain di Shahab Perdana, Aloq Setaq. =) Kami tiba di sana pada waktu maghrib.. sepanjang perjalanan tadi ku amati jalan, Unimap dan Poli Perlis. Di Shahab Perdana, teringat zaman dulu-dulu.. berhenti untuk ke rumah Zamriah, ex-rumetku ketika di KMPP dan kali kedua ke rumah Liza, seblok denganku tika di KMPP juga.. membeli roti untuk alas perut jika lapar dan melayan si kecik main buaian di Marrybrown. 


Bas kami tiba di Alor Setar jam 8 malam.. ku menahan mata supaya tidak tidur sehinggalah ku lihat KMPP dari kejauhan.. hehe rindu sangat! Bilalah dapat datang sana lagi.. huhu.. bahagia.. terakam memori-memori indah pabila melihat bangunan itu dan tempatku dahagakan ilmu dan kasih sayang di situ.. kami bertolak balik, semuanya ketiduran sepanjang perjalanan dek kerana keletihan... ku terjaga tika di Medan Gopeng, Ipoh, Perak... sekali lagi teringat peristiwa bulan 2 tahun lepas.. ku pernah berhenti di sini untuk solat dan balik ke rumah kerana menghadiri majlis kenduri kahwin sahabat baikku, Rizal di Bagan Serai. Thanks to Ema sebab belikan tiket balik ke Johor.. hehe.. tiket 1st class yang dibelikannya.. sesuai dengan harganya.. punya tv siap untuk setiap tempat duduk dan seat yang boleh baring.. alhamdulillah.. bahagia sangat.. relax se-relaxnya.. hahaha... (melalut dah) 


Ayah dan abang berhenti untuk membeli air panas.. sejuk tak tertanggung di dalam bas.. ku seperti biasa ditugaskan untuk menidurkan dan menjaga si kecik itu.. alhamdulillah.. letih betul si kecik itu.. sepanjang perjalanan, dia tidur.. senang kerjaku.. hehe. =) thanks sayang.. ok.. masa untuk tidur.. sampai di Melaka, ku tidak boleh melelapkan mata lagi sampailah ke rumah... ok.. masa untuk beristirehat dan membelai diri sendiri pula.. alhamdulillah..semuanya selamat dan membahagiakan.. terima kasih, Allah... erm..arini majlis Ainul.. moga dipermudahkan semuanya... amin... sekian.. assalamualaikum..




Kakak yang rajin melipat baju.. moga jadi anak yang solehah ye.. amiin.....



P/s : sekian sahaja gambar-gambar percutian kami.. harap percutian kami ini dirahmatiNya jua.. amiin...
11:59 AM

Episod 2 Langkawi, here we go!

by , in

Assalamualaikum... ok perancangan arini adalah marathon tempat-tempat menarik sampai muntah! Hehe.. kami cuba.. =) pagi itu isi perut dengan makan di Pekan Rabu.. (hilang dah plan nak makan roti tawar..haha) amboi... terkezut! Pagi-pagi dah makan nasi.. ok, kami sangat tak biasa.. sama rupanya dengan Kelantan.. awal pagi dah makan nasi... kelihatannya semua tak berselera.. hehe.





Tempat pertama adalah memborong sakan! Kami ke Ram’s pula kali ini.. harganya murah.. biasalah sesetengah barang.. kena pandai tengok harga... berbondong-bondong beg seorang satu... membeli coklat, kain batik, blanket, pinggan mangkuk dan pelbagai lagi.. aku? Hee.. coklat je lah yang termampu.. hehe.. padan muka! Bukan tak mampu, tapi ada perancangan lain, insyaAllah.. =) Puas abang ngah kena melayan si kecik itu.. macam-macam kerenah.. nak itu ini.. lihatlah tapak tangannya, ada tahi lalat.. hehe.. ku menyelamatkan diri dari awal lagi.. kalau tak, bankrup.. heee sorrylah sayang..



Sweet kan parrot ni?? (Actually, mereka sedang berebut jagung yang kusuap tadi..hihi) @WLP



Ok.. destinasi seterusnya adalah Langkawi Wildlife Park (WLP). Seperti yang dijanjikan, berjaya jugak sampai.. actually, nak pergi semalam, tapi tak berkesempatan.. sudah ku janji dari awal lagi dengan sahabatku yang bekerja di situ... Zulhilmi a.k.a Zulek.. Dialah yang menjadi tour guide kami.. layanan 1st class! Thanks tau! Happy sangat! Agak kekok juga pada mulanya... bukan pernah bertegur sapa sangat sebelum ini.. hanya kerana pernah menjadi kenalan sahaja... tapi, alhamdulillah semuanya best dan menarik.. sempat berkongsi pendapat dan cerita dengannya... 





Spotted Zulek as our tour guide.. Thanks a lot! =)




Ku hadam pengalaman dan pengetahuan baru di situ... walaupun ada sedikit lari dari courseku kerana melibatkan hidupan liar, tapi it still animals! Hehe.. teruja! Dapat memegang burung kakak tua.. sangat teruja! Serious.. happy.. semua yang sebelum ini ku idamkan sangat-sangat, dapat juga.. harga tiket pun 1st class.. thanks Zulek! =) mendapat penerangan daripadanya dan kakak-kakak yang sangat baik hati di situ, makin membuatku teruja dan gembira.. part paling best adalah tika Zulek ajak bagi makan burung.. comel, cantik, suka! Thanks! Thanks! Thanks! ^__^ itu yang paling ku tunggu.. dapat jugak bagi makanan pada burung-burung cantik tu.. teruja bila lihat burung-burung itu terbang ke atas tanganku.. hehe.. happy mood! Main dengan rabbit, keldai dan bermacam lagi.. 





Burung-burung berterbangan.. ku suka!!!!




Ada sudut untuk para perempuan memanjakan diri.. ya.. daerah mutiara dan emas! Hahahaha.. abislah sang suami... (mujurlah belum berpunya lagi..ahaha) alhamdulillah, hasil didikan mak ayah, ku bukanlah orang yang mudah putih mata eh! Eh! Rambang mata tengok barang-barang itu.. hehe. Sekali lagi, dengan berkat adanya Zulek, dapat harga special lagi.. thanks Zulek! ^_^ dapat sesi kelas percuma oleh Cikgu Zulek tentang cara-cara mengetahui mutiara yang betul dan palsu... hehe.. best! 



Nak boleh??? ^____^


paling kelakar, tika kami ralik dengan keterujaan masing-masing, si kecik itu hilang dari pandangan.. lari entah ke mana.. mak bagaikan nak pengsan.. puas kami cari.. rupa-rupanya dia lari ikut family arab... bermain dengan anak pak arab itu.. hahahaha.. alahai si kecik ini! Geram! =) dia sangat sukakan kanak-kanak.. ibu kepada kanak-kanak itu puas merekod detik-detik bahagia anaknya bersama si kecik itu.. masakan tidak, si kecik ini menamakan kanak-kanak itu si awan nano! masyaAllah.. sabar jelah... kuat jugak penangan si Hafiz ni ye.. (rambut kanak-kanak itu sama dengan Hafiz). Kami isi masa-masa terakhir di situ bertanyakan itu ini dan mengambil gambar bersama.. percutian yang indah! Thanks!





Inilah si awan nano kesayangan Aleesya... hihi





Usai sudah keluar dari situ, kami bergerak pula ke Galeria Perdana.. Tak dapat lama.. rugi jugak.. si kecik tu dah macam cacing kepanasan... huhu.. macam-macam keletahnya.. adoii.. tak larat nak layan... kadang-kadang bergaduh jugak dengannya.. geram.. hihi.. sabar jelah.. kupunya azam.. insyaAllah... =) 




















Setelah itu, kami terbang menuju ke Tanjung Rhu.. tapi, sedih sekali.. rupa-rupanya private resort.. tak dapatlah nak tengok matahari terbenam.. orang kata tempat itu cantik sekali.. private kan.. mestilah dijaga elok.. huhu.. malam itu kami berkeliaran di Kuah Night Market.. oleh kerana terlalu awal datang, banyak kedai yang masih belum buka... so, kami bergerak mencari tempat makan malam dan pulang ke rumah... mengemas segala barang yang diborong sejak pagi tadi sebelum kalut esok pagi.. minum air dan perlu tidurkan si kecik itu lagi... pagi-pagi gaduh, malam-malam yang ini jugak yang dicarinya.. hehe.. ok.. daaa.. assalamualaikum....




Pemandangan sekitar semasa dalam perjalanan balik dari Tanjung Rhu.



11:58 AM

Episod 1 Langkawi, here we go!

by , in

Assalamualaikum...






Alhamdulillah kami telah selamat sampai di Jeti Kuala Perlis tepat jam 8.30 pagi.. Perjalanan yang panjang, walaupun meletihkan tapi sangat mengujakan.. tak sabar rasanya.. teringat memori dulu ketika menghadiri kem fasilitator anjuran KMPP.. Oh sungguhku rindu! Ku amati setiap detik, setiap inci tempat yang pernah ku pergi dan setiap suka duka kami sepanjang di sini.. ku rindukan kalian.. semuanya... moga Allah melindungi dan merahmati kita semua walau di mana jua kita berada.. amin.. insyaAllah... menunggu di jeti dengan barisan yang panjang untuk membeli tiket menaiki feri ke Pulau Langkawi.. Allah.. Allah.. menguji kesabaran setiap insan... sangat ramai pengunjung.. musim cuti.. Maulud Nabi dan Thaipusam.. berdouble-double pengunjungnya... pelbagai negeri, bangsa dan agama.. kami makan sarapan pagi sementara menunggu feri jam 12 tengah hari.. setelah sarapan pagi, kami berehat di masjid berdekatan.. sangat indah! Subhanallah... sungguh.. =)






Tiba masa untuk menaiki feri, kami berkumpul di depan pintu berlepas.. kelihatan abang sulungku sibuk menerangkan kepada pelancong asing yang bertanyakan kepadanya.. kelakar pun ada.. hehe.. sungguh-sungguh wajahnya nak memahamkan mereka itu.. bagaikan dialah pekerja di pelabuhan itu.. haha.. sorry abang.. =P dengan kerenah si kecik itu, cukup menguji kesabaran setiap seorang daripada kami.. untunglah.. dimanjakan semua orang.. Allahu rabbi.. sabar jelah.. hehe... setelah mendapat tempat duduk di dalam feri, ku amati ruang tengah pula.. teringat beberapa sahabat fasilitator dulu yang mabuk laut.. hehe... sangat comel! Mereka yang sangat ceria tiba-tiba menjadi pendiam seketika sepanjang perjalanan itu.. hehe.. rindu..sungguh rindu nak bertemu kalian... apa khabar agaknya ya... perjalanan yang agak lama itu menyebabkan kami tidur secara bergilir-gilir untuk menjaga si kecik itu.. hehe.. abang sulungku sibuk dengan kamera DSLR nya.. huhu.. (nak jugak boleh? Hehe)

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Pulau Langkawi lebih kurang jam 1.30 petang. Kami disambut oleh Cikgu Rezmi, menantu kepada kawan mak.. kami terus menuju ke rumah koperasi MRSM Langkawi (kerana kami kelewatan membuat tempahan penginapan).. Setelah menyiapkan diri dan segala keperluan, kami bergerak ke Cable Car kerana hari sudah semakin petang... rugi sedikit kerana tak dapat berjalan ke tempat-tempat yang best sebelum pukul 6 petang (mostly tutup time tu). Huhu... kami nekad bergerak mencari Cable Car.. 








alhamdulillah... kami berjaya menerobos masuk ke dalam cable car dengan jayanya.. hahaha... ok, time untuk menyakat mak dan abang ngah.. mereka sedikit gerun dengan ketinggian.. claustrophobia mungkin.. =) ok, tak lupa kepada si kecik yang lebih kurang sama je.. alhamdulillah senyap sikit si kecik itu.. hihi.. ^_^ sungguhku tak nafikan.. sangat tinggi dan menguji... hehehe. Sebelum ini kami pernah naik Eye On Malaysia di Melaka dan Bukit Bendera pun tidaklah segerun ini.. haha.. kami bergelak ketawa di dalam cable car sambil menyakat mereka itu.. ambil gambar dan pemadangan yang cantik... subhanallah! Sangat cantik! Seriously! Kami berhenti di perhentian pertama untuk melihat pemandangan luar dan mengambil detik-detik gembira di sana. Tidak pula berhenti lagi setelah itu kerana takut akan terjadi apa-apa kepada mereka bertiga.. pucat lesi gamaknya.. tak sanggup dan tak sampai hati pula kami nak sambung menyakat mereka.. hehe... mengucap panjang mak sepanjang perjalanan turun dari puncak..hehe.. sayang mak!







Sesampainya kami di bawah, semuanya menarik nafas lega... alhamdulillah, selamat sampai.. hehe. Si kecik itu terus kembali aktif.. ingatannya kuat pada janji kami untuk membawanya bermain buaian sebentar tadi.. hehe.. terus berlari tak ingat kami lagi mencari buaiannya.. hehe.. di pertengahan jalan, saya dan dia ditahan oleh papanya kerana kami ingin meneroka ke tempat lain dahulu.. takut tak sempat.. mulalah rengekan si kecik itu.. hoho... mujur ada tempat permainan di hadapan.. sambil mak ayah berehat, dia pun puas bermain di situ.. terjerit sana-sini.. girang sekali... amboi.. heee. 





Entrance Ticket.. Special price! Thanks!




Ok. Destinasi seterusnya ke Underwater World.. target percutian kali ini adalah ke tempat-tempat yang ku tak pernah pergi lagi.. sebelum ini, sudah berkali juga ke Langkawi, tapi jarang dapat pergi melawat tempat yang dihajati.. so, it’s a must for this time! Haha. Dek kerana malas nak gunakan GPS dan tab yang ada, kami main terjah je sambil tengok signboard tepi jalan.. episod kelakar berlaku pabila abang ngah diarahkan untuk bertanyakan jalan yang betul ke destinasi yang hendak kami tuju.. ku pelik melihat beberapa orang di belakang pakcik itu.. kelihatan semua keluar melihat abang ngah.. dalam hati terdetik juga, mengapa ya.. apakan daya, yang ditanya itu adalah orang kurang siuman.. huhu.. kasihan abang ngah.. masam mencuka mukanya.. puas kami gelak mendengarkan katanya, “Tanya dengan orang gila, dah macam orang gila dibuatnya. Huhu” sorry abang ngah.. =D

Kami selamat tiba di depan Underwater World.. alhamdulillah. Hajatku tercapai jua.. =) ku sungguh teruja! Sangat! Melihat hidupan-hidupan marin dan pelbagai lagi.. menarik! Ku suka! Tapi rugi sedikit kerana kami datang dah lewat petang.. terlepas peluang nak bagi makan penguin dan melihat perkara-perkara menarik yang lain.. huhuhu... 




Antara hidupan di Underwater World.. =)




singkat sungguh masa ketika itu.. perut yang dah mengamuk meminta disuap makanan membuatkan kami terputus hajat nak ke tempat lain... kami menjamu selera di tepian pekan Kuah.. makanan yang masuk ke perut tak terasa apa... kerana perut sudah sedia ada kosong dan merajuk tika itu.. hehe.. kami berjalan ke Eagle bay... bergambar dengan replika helang.. hehe.. terlepas peluang nak join island hopping, eagle feeding dan lain-lain..huhu.. next time, insyaAllah... kami surrender... letih yang teramat.. pulang lewat ke rumah... beli roti tawar untuk sarapan esok pagi.. hehe.. ok.. tiba masa untuk menidurkan si kecik itu.. si kecik yang manja dan mengada (perlukan perhatian), tidurnya juga pelik.. perlu diraba dulu tanganku sampailah tertidur.. itulah habitnya... dari kecik sampailah sekarang... dan sangat memilih.. bukan semua tangan hendak disapunya.. hanya yang tertentu sahaja.. alangkan papanya jua tak mahu akannya.. haha. Sekian untuk hari ini.. assalamualaikum....





Antara aksi dan keletah Aleesya sepanjang percutian ini..

11:34 AM

Terima kasih, sayang....

by , in

Alhamdulillah.. ku gembira.. ingin kulepaskan semua rasa ini.. ya! Ku ingin lupakan dan memaafkan semuanya... insyaAllah... moga Allah permudahkan... amiin.. =) Terima kasih, sayang kerana telah memujuk hatiku dan pandai menghiburkan hati ini... terima kasih kerana memahami akan isi hati ini.. terima kasih kerana sudi menjadi telinga dan mata untuk diri ini... terima kasih untuk segalanya.. ku sangat bahagia bersamamu... Terima kasih, Ya Allah untuk semua rasa ini... insyaAllah, ku yakini tiada apa yang Kau takdirkan sesuatu itu sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya.. Allahumma amiin... thumma amiin..........







Buka episod baru.. episod gembira dan teruja bercuti bersama keluarga.. Doakan moga perjalanan kami dirahmati dan diberkati olehNya jua... amiin... insyaAllah malam ini kami akan bertolak ke Kuala Perlis dengan menaiki bas untuk ke Langkawi.. masa untuk keluarga... ingin ku isi dengan sebaiknya.. insyaAllah... Assalamualaikum....


11:30 AM

My Special One!

by , in
Assalamualaikum..

Arini merupakan hari yang meletihkan.. letih setelah puas menitiskan air mata.. dek kerana hajatku yang tak kesampaian.. ku hanya mampu merancang.. tapi Allah jualah sebaik-baik perancang... sedih. Tipu kalau aku kata tak sedih.. tapi, apakan daya.. kuturutkan jua, ku kuatkan jua hati ini... teruskan.. dan bersabarlah... hati yang ditusuk ini kugagahkan jua... air mata pun sudah tidak mampu mengalir lagi.. tanda mataku sudah matang.. (pula?) =P

Apa yang kulakukan arini bagaikan ada yang tidak kena.. semua serba tak jadi.. makin malas dibuatnya.. kerna semangat yang telah hilang... ku gapai juga rasa bahagia itu.. ku pujuk dan terus pujuk.. alhamdulillah... ku redha dengan semua yang berlaku.. ya, mungkin ada hikmahNya.. tunggu dan terus berdoa..

Tengah hari itu, mak dan ayah pulang untuk makan tengah hari.. suasana jadi suram sekali.. maafkan daku.. ku tak betah menyorokkan rasa hati ini.. huhu T_T ayah berusaha memujukku.. dia mengizinkanku untuk berjumpa dengan teman jua sahabat baikku itu.. Huu.. Terima kasih, ayah! yahooo... Ku cuba untuk menghubungi sahabatku itu, mengharapkan sedikit cubaan ini berjaya.. alhamdulillah.. Allah mendengar rintihan hati seorang pendosa ini... Terima kasih, Ya Rahman.. =)



Guestbook Wed A&Q - handmade ok!


Sesampainya aku di rumahnya, terimbas memori-memori lama.. tika zaman sekolah dulu.. sama-sama berjalan kaki dari sekolah ke rumahnya.. makan tengah hari di rumahnya.. berkongsi cerita di kamarnya.. banyak.. sungguh banyak.. bagaikan itu sudah kukira menjadi keluarga keduaku.. familyku.. semuanya ku kenal.. waima abang-abang ipar mahupun anak saudaranya.. seronok! Hatiku menjadi pilu tatkala wajahnya menjelma di sebalik pintu coklat itu.. sedih, hatiku berbaur pilu.. tertikam, tertusuk... ku tak mampu menyatakan hasrat dan tujuan kedatanganku itu.. bersama hadiah yang tidak ‘bermakna’ apa-apa barangkali...



Tolong jagakan dia untukku... =)



Ya! Dia sudah berjaya menebak perkiraanku.. huhu.. sungguh.. dia memang masih sama.. tetap sama.. tetap mengenali diriku.. dialah sahabat sejatiku.. dialah yang ku sangat sayang.. dialah yang kukenal dulu.. dan kini. insyaAllah selamanya.. Ya Allah, redhailah dan berkatilah hubungan persahabatan ini.. amin... ku sayang dia, Ya Allah.. air mata yang ku cuba untuk tahan akhirnya mengalir jua.. hmmm... maafkan daku, sayang.. ku tak mampu bersamamu di hari bahagiamu itu.. terdapat sedikit kesilapan hanya kerana perkiraan untuk membahagiakanku.. huh.. ku terhimpit di antara dua.. sahabat dan keluarga.. ku mesti memilih keluarga.. maafkan daku sekali lagi.. ku ceritakan hal sebenar kepadanya bukan mohon simpati, dan alhamdulillah dia sangat memahami.. jauh sangat memahami akan rasa hatiku ini.. ya.. rasa hati ini masih bersatu dengan hatinya.. sampai jauh ke dalam hatinya.. dia seperti biasa.. tetap tenang dan cuba menenangkan.. walaupun ku tahu.. jauh di sudut hatinya ada secubit rasa sedih dan terkilan...








Masakan tidak! Di hari bahagianya, ku tiada di sisinya.. mahu tak sedih?! Jika aku di tempatnya, sudah pasti aku tak henti-henti mengalirkan air mata.. sahabat baik tiada di sisiku.. huuu.. T_T ku menangis lagi.. berkali-kali ku memohon maaf darinya.. dia tetap sama. Tenang.. makin matang.. tapi.. dia tetap dia.. =) dia gagahkan jua dirinya untuk meluahkan apa yang dia rasa.. terima kasih, sayang.. ku tahu apa yang kamu rasakan.. huhu.. maafkan daku, sayang.. pernyataan tulus darinya membuatku kian rasa bersalah, simpati dan sedih yang teramat..



“Kau tahu tak. Aku buat majlis ni, aku tak fikir langsung kawan-kawan aku kat UTM. Aku fikirkan korang je sebab tu aku tau korang tengah cuti dan ada kat sini. Dengan harapan korang semua ada dan dapat berkumpul. Rugi tau kau tak de. Semua ada masa majlis tu.”




Huhu.. air mataku tersembur lagi.. sedih... tak terkata.. ku tahu rasa di hatinya... sayang... maafkan aku.. T_T Dia memaafkanku.. maafkan ketiadaanku di sisinya.. dipujuk hatinya dan hatiku... kami beralih ke kamarnya.. melihat persiapan perkahwinannya.. ku jadi sebak.. tapi, ku cuba tahan.. bercerita kisah kasih kami yang lama disimpan dek kerana masing-masing sibuk menguruskan diri sendiri.. berjumpa payah sekali.. melihat dress ketika dia bertunang.. hatiku jadi sebal.. kerana ku sudah berjanji padanya, “ Weh.. insyaAllah masa kau nikah nanti aku mesti ada. Aku nak tengok. Yelah, masa tunang tak dapat datang sebab ada di Kelantan. Huhu.” Sekali lagi.. Allahu akbar... Ya Allah, kuatkanlah daku...dan dia... Kau permudahkanlah urusannya dan urusanku walau di mana kami berada dan berkatilah urusan kami itu.. amin.. Allahumma amiin...... melihat hantarannya.. subhanallah.. indah sekali.. =) kami punya minat yang sama.. dari dulu lagi.. sekarang, dia turut menggubah sendiri hantarannya dan bakal suami.. “Alah.. biasa-biasa je.. nak tempah mahal. Aku buat sendiri je.” Hehe.. lagi elok.. bersederhana, pandai berjimat dan bijak merancang.. tu yang sebaik-baiknya.. Allah lagi suka.. =) Dewasa dah dia.. matang, jauh lebih matang dariku.. mungkin.. hehe.. sampai sudah jodohnya... kepada sang suami kepada sayangku itu, tolong 3x jaga dia elok-elok, pimpinlah hatinya dan hatimu dan carilah redha Allah bersama untuk ke syurgaNya.. amin.. insyaAllah...



Air tangan bakal pengantin dan goodies for guests.. I got it! ^_^




Ku mengucapkan terima kasih pada ayah dan mak.. jelas sekali tanda mohon maaf dari mereka.. tak tergamak rasanya nak menambah beban mereka.. alhamdulillah.. semuanya dipermudahkan dan ku OK.. tu yang penting.. hehe.. ok.. boleh packing barang..  Off to Langkawi! Yahooooo... Ya Allah, berkatilah perjalanan kami ini.. amin... Happy! Assalamualaikum...






11:38 PM

Double-face in the making.

by , in

Assalamualaikum...

Perjalanan semalam agak memenatkan.. seharian suntuk di luar.. menemani sahabat tersayang bersama si dia dan dia.. heheh.. sepanjang perjalanan dalam bas ke johor membuatku ketiduran akibat keletihan yang terlampau.. haha.. plus nak save battery hp. Baru usai menitiskan air mata, ku diuji sekali lagi awal pagi ini.. driver bas buat hal! Menguji kesabaranku.. tak ketahuan niatnya... tapi, ku sangat sakit... hati ini.. Ya Allah! Sabar jela... ditipunya aku bulat-bulat.. huhu.. tulah.. lain kali belajar geografi tu betul-betul.. jangan untuk exam je. Huuu.. =( kesian ayah dan mak yang dah sekian lama menunggu di Yong Peng. Hmm.. terpaksa berhenti di R&R Machap.. terima kasih pakcik bas.. hu.

Setibanya di rumah, ku dikejutkan sekali lagi dengan khabar yang mendukacitakan. Mereka telah membuat perancangan untuk bercuti sama pada tarikh Ainul nikah! Oh tidak! Sungguhku tak dapat menerima kenyataan ini. T_T sampainya hati... huhu.. air mata bercucuran lagi.. Ya Allah, tabahkanlah hatiku... sungguhku tak mampu menerima khabar ini.. sudahku membuat persiapan bersama untuk menghadiri majlis itu.. huhu.. apa yang harus ku lakukan.. =( usai mengemas semua barang-barang dan keperluan, ku lenakan diri di dalam kamar tersayangku.. melelapkan mata seketika dengan doa agar kulupakan semua ujian yang mendatang dan dengan harapan bila bangun nanti ku mampu terima dengan hati yang lapang.. amin...

Malam itu ku dapat mesej daripadanya.. tanda ingin bertanyakan khabarku.. ada bau-bau ingin memujukku.. Ya, dia kenal akan diriku.. dia tahu dan dapat rasakan aku telah menangis.. dia turut memohon kemaafan daripadaku atas keputusan yang telah dia buat dan pilih.. mohon maaf kerana telah sekali lagi membuatku rasa sebegini.. mulanya ingin kukeraskan hati ini.. mendiamkan diri dan tidak ingin memberitahu hal yang sebenar... tapi, apakan daya.. kami sangat rapat.. ku luahkan juga isi hati ini yang telah kupendam sekian lama... kenapa dan sebab apa aku menangis kerna apa yang dia telah lakukan kepadaku.. bukanku tidak memberikan ‘amaran’ sebelum ini.. telah ku maklumkan dari awal lagi.. dengan harapan agar dia tidak menyakiti hatiku sebagaimana yang telah dilakukan oleh sahabatnya.. alhamdulillah.. semuanya selesai malam itu jugak.. ku dan dia menerima segala kekhilafan kami dengan tabah dan meredhai setiap keputusan masing-masing... alhamdulillah... ku kian mampu untuk menerima semua ini dengan relanya.... Ya Allah.. pimpinlah hatiku dan berilah petunjukMu untuk ke syurgaMu.... amiin... Rabbi yassir wala tu’assir, Rabbi thammin bil hairi.. amiin.......Allahumma amiin...... insyaAllah....









11:36 PM

Rasa Kehilangan.

by , in

Detik itu telah tiba..
Ku tidak menunggu tapi ia telah terjadi..
Kini di hadapanku..
Terbukti segala kemungkinan..
Terjawab segala persoalan..

Ya.. benar!
Dialah yang dipilih..
Dialah yang terpilih..
Alhamdulillah..
Barakallahufikum..

Rasa itu datang lagi..
Kehilangan?? Mungkin..
Kerana ku sudah memberi amaran..
Kerana ku sudah mengetahui..
Dari awal lagi..

Ku tidaklah segagah itu..
Ku hanyalah insan biasa..
Seorang perempuan..
Yang punya hati lembut dan mudah menangis..
Dan aku telah menangis..

Rasa itu hadir lagi..
Untuk kedua kalinya..
Rasa yang sama..
Cuma situasinya berbeza..

Ku kekok...
Ku terasing dan cuba mengasingkan diri..
Agar tiada yang tersakiti olehku..
Ku tak sanggup..
Ku belum bersedia..
Untuk rasa kehilangan buat kedua kalinya..
Maafkan daku...













10:03 PM

Rasa Bahagia

by , in
Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Telah tamat kembara menelusuri detik-detik akhir peperiksaan untuk sem ini. Syukur, syukur Ya Allah.. paper terakhir hari ini berkisarkan tajuk khas dalam sains penternakan.. Special topic? Ya! betul, betul, betul.. teringat kembali pesan mak.. jangan fikir yang bukan-bukan.. doa banyak-banyak..  insyaAllah semuanya dipermudahkan nanti... Terima kasih mak.. Kian hari, kian ku jatuh cinta kepadanya.. ehik! ^__^ Semalam semasa proses menghafal nota-nota ringkas di dalam bilik, tetiba teringat kat mak ayah.. huwu.. T_T jadinya, ku pun dengan penuh kegatalan di tangan tertekanlah lagu Maher Zain, Number One For Me.. Oh! Sangat berjurai-jurailah air mata menyimbah wajah pinjaman Ilahi ini.. Allah..Allah..Allah.. Rindunye! 







Ok. Let's not start it.. hehe.. =) Chill! It's time for jimba-jimba.. adakah?? Bhahahaa.. Alhamdulillah.. arini rasa bahagia sangat.. Syukur.. Syukran Ya Allah.. Tak tahu kenapa.. (perlu ada sebabkah untuk bahagia??)  Lepas tamat paper terakhir, laju-laju melangkah ke cafe.. Oh! Tersangatlah lapar.. ok.. makanan sangat banyak.. ok.. fevret-fevret saya ada jugak.. ok.. saya makan banyak arini.. haha.. makcik bubuh penuh even saya mintak nasi separuh.. ok.. saya dah mula banyak cakap.. #eh! taip.. hehe. :P bersuka-ria bersama teman-teman di cafe.. meluangkan masa bersama sebab semuanya sibuk study di bilik, wakaf, library dan di ceruk-ceruk dunia universiti ini. hehe. well done! Kepada yang belum habis lagi, jangan gelabah.. relax.. tak ke mana rumah itu..tak ke mana cuti itu.. habiskan.. tamatkan paper itu dengan sebaik-baik usaha dan doa supaya dapat mengecapi kejayaan bersama-sama.. amin.. insyaAllah.. =) 








Bahagia.. Rasa bahagia.. Ada yang bertanya, kenapa awak bahagia? Perlukah ada sebab atau perkara yang menyebabkan kita rasa bahagia.. saya rasa musykil. Ok. Semua orang berhak untuk merasa bahagia.. malah lagi berhak untuk mentafsirkan sendiri maksud bahagia itu dari perspektif masing-masing.. punyai ruang kotak aqli untuk memikirkannya.. Ya! Ku sungguh bahagia.. Bahagia kerana telah berjaya menamatkan perjuangan pena di titisan-titisan terakhir sem ini.. Alhamdulillah.. Bahagia kerana kawan-kawan ramai yang dah kahwin, nak kahwin, menjadi tunangan dan bakal bertunang.. Alhamdulillah.. Bahagia sebab dapat makan banyak pagi tadi.. Ok. Sangat penuh perut ini.. Ada faham? Haha.. =D Alhamdulillah.. Bahagia kerana nak balik dah.. hahahahahahah.. (lagi jahat kan..hehe) InsyaAllah... Bahagia kerana boleh rehat, marathon movie, bersiar-siar, berblogwalking dan segala ber-ber-. hehe.. Alhamdulillah... hamboi-hamboi.. agak-agak ok.. ^__~ bahagia sebab nak hilangkan mata panda ini.. @__@ errrr.... -.- Ok.. Paling bahagia.. kerana.. punya family.. punya dia.. punya kawan-kawan.. punya semuanya.. Alhamdulillah................. Terima kasih Allah.. terima kasih semua... Ku sungguh bahagia.. =)




"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh."



Ya, benar sekali.. Kalau kita tak mampu lukis senyuman di wajah seseorang, cukuplah sekadar kita meminimakan kesedihan yang melanda dirinya. Jangan jadi beban. Jadilah teman.. Teman yang bukan sekadar teman tapi mesra, tapi teman jatuh bangun, teman yang mahu sama-sama berjaya.. sama-sama mencari redhaNya.. sama-sama menuju Jannah.. insyaAllah.. Wahai teman-temanku, bawalah daku bersamamu... Seorang pendengar yang baik sudah mencukupi untuk meredakan hati yang pilu.. Mungkin tidak semua, tapi sekurang-kurangnya sangat membantu.. hulurkanlah bahumu walaupun tanpa diminta.. Paling tidak, jagalah kata-katamu kerana kita takkan pernah tahu apa-apa yang bisa menikam kalbu sahabat kita sendiri.. mungkin dalam sedar dan tidak sedar, kita telah melukakan hatinya... Astaghfirullahal azim...








Ya.. dulu aku juga pernah merasa sebegitu.. "Iman tak dapat diwarisi" Ada tinggi dan rendahnya.. Kadang-kadang kita lalai.. kita alpa.. kita lupa... tapi, bila sampai suatu saat, kita akan rasa letih.. puas.. puas mengikut kehendak diri.. Kenyang agaknya bila dah makan.. begitulah ritmanya.. tapi, bila sampai saat hidayah itu hadir, janganlah sekali-kali kita menoleh ke belakang lagi.. elakkan.. elakkan.. dan elakkan! paling habis tidak pun cuba cuba dan cuba untuk cari kembali apa asbab yang menyebabkan kita jadi begitu.. ke mana hala kita tuju sekalipun, kita tetap akan kembali pada Allah.. pada Dia yang menciptakan.. pada yang Maha Penyayang.. tak pernah rasanya walau sekali, walau sesaat untuk Dia merajuk ataupun bermuram durja tatkala kita datang, nangis-nangis merintih belas kasihan dariNya.. tak pernah bukan??? Kalaulah Dia begitu, wa nauzubillah minzalik.... Dia berhak TETAPI Dia bersifat Ar-Rahman (Maha Pemurah), Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki), Ar-Ghaffar (Maha Pengampun) dan As-Sabur (Maha Penyabar). Subhanallah! Allah-lah sebaik-baik pencipta dan sebaik-baik perancang kehidupan.. Terima kasih Allah.. pernah ditanyakan oleh seorang sahabat bagaimanakah caranya ingin melembutkan hati?? Bagaimana ya?? Bacalah Al-Quran, dengar lagu dan kalam-kalam yang baik, perbanyakkan amalan sunat dan blablabla.. terlalu klise.. ya, itulah yang sebaik-baik cara.. hati perlu dijaga.. hati perlu di didik seelok-eloknya.. hatilah cerminan akhlak bunga diri.. (penulis cukup terkesan dengan lagu Jagalah Hati dendangan Snada. Dengarkanlah.... ) ^__^



IMAN MUTIARA


Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah





"Ketika Allah menjawab doamu, Allah mengajarimu untuk bersyukur. Ketika Allah menunda menjawab doamu, Allah mengajarimu untuk bersabar."









"Siapa yang ada Allah di hatinya, nescaya dia akan jumpa dengan orang yang dihatinya ada Allah juga" اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ !"





Akhir kalam, ku bersyukur dengan rasa ini.. Ya Allah, telah Engkau sampaikan hajat ini.. Terima kasih untuk segalanya... insyaAllah semuanya dipermudahkan dan diperelokkan lagi olehMu dan untukMu.. amin.... menghitung detik-detik akhir sebelum balik ke kampung.. hehe.. doakan moga daku selamat sampai ke destinasi.. amin... Ok.. start to plan.. 23,24,25,26hb Jan & 8,9,10hb Feb, fully-booked! Sayonara.. Jaga diri elok-elok ye semua.. Keep in touch! Ku sayang kalian kerana Allah.. =) Assalamualaikum...












Sharing Love

Blog's Award

My Instagram