Hari ini demamnya masih belum sembuh. Sejak semalam panasnya makin meninggi. Siapa yang tidak risau. Sampaikan dia tidak mampu bekerja pada hari ini. huhu. Ya Allah, Ya Rahman. Sembuhkanlah sakitnya, Ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosanya, kuatkanlah semangatnya dan sejukkanlah demamnya.. amiin..
Semalam panasnya masih boleh dikawal. Saya tuam dengan air sejuk. Nampak elok. Tak boleh tidur semalaman. Risau, bimbang, susah hati. Semuanyalah. Mujur saya dah cukup rehat pagi itu. Alhamdulillah baby pun elok je. Faham dan sama-sama menjaga dia. Terima kasih sayang. =)
Subuh tadi kubawanya ke klinik 24jam berdekatan. Klinik Mediviron katanya sesuai dengannya. Bismillah. Usai sesi rawatan, bayaran dan ambil surat MC, ku bergegas ke dapur untuk masakkan bubur kegemarannya sebelum masa makan ubat. Kasihan melihatnya. Makan pun tak lalu dek kerana sakit tekak. Allahu. Sedih melihatnya. Saya sendiri tak tertelan nak makan melihatnya begitu. Tapi, ku harus kuatkan semangat. Anak dalam kandungan harus makan dan bertenaga. *tangis dalam hati*
Alhamdulillah, demamnya kebah sedikit dengan izinNya selepas makan ubat dan dituam badannya. Syukur Ya Allah. Dia menyuruhku berehat kerana telah menjaganya semalaman. Penat katanya, tetapi kurasakan tidak sama sekali. Ia telah menjadi tanggungjawabku serta kasih sayang dan cintaku padanya. Ku lelapkan mata untuk seketika.
Tiba-tiba, dia mengerang kesakitan. Badannya jadi bisa kembali. Suhu badannya kian panas. Allahu Allah. Hilang rasa mengantuk. Lantas kumohon padanya untuk mandi sampai menggigil. Teringat pesan doktorku saatku kena sakit yang sama ketika kecil dulu. Bismillah. Harap cepat sembuh.
Ku risau. Kian risau. Dia kelihatan lemah sekali. Menggigil kesejukan. Walhal badannya sangat panas. Allah. Sembuhkanlah.. Sahabat-sahabat sekalian, kupohon doa kalian untuknya. Untuk kami. Untuk kita semua. Kupohon dan kurayu belas kasihan daripada kalian.
Terima kasih semua.
Info tambahan :
Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan reda, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.”
Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan:
Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”
Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)
Menurut riwayat sebuah athar iaitu, “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”
Sumber : Kaedah Merawat Demam Menurut Islam






Allah...moga cepat sembuh en.adha....minum 100plus pun ok ain,bagi ada tenaga sikit..
ReplyDeletep/s:patutla mama baby senyapje...upe papanya demam,baby duk elok2 ye...mama baby pun banyakkan rehat jugak^^
nana kimie : amiin.. huhu.. doakan eh..yup..mmg xmenang tgn gak td..risau sgt..huhu sory tau..
Delete