Jemputan.

Assalamualaikum.



Hari ini dapat satu lagi jemputan walimah sahabat baikku yang dulunya memang dah awal-awal lagi menjemputku dan suami. Tetapi apakan daya. Moga Allah permudahkan segala urusan jua.. amiin.. inshaAllah.. jika ada kelapangan dan sihat tubuh badan, inshaAllah sampai jualah diri ini ke sana. Memang jauh di sudut hati teramat mahu dan ada bersama di hari bahagianya. Kalau boleh, memang nak sangat ada masa dia menikahi isterinya. Allahu.. T_T Kuatkanlah daku. Maafkan daku sahabat jika keadaan tidak mengizinkanku untuk hadir pada hari tersebut. Semoga hadiah yang tidak seberapa dariku itu diterima sebagai pengganti diri andai kata tiada pada hari tersebut. (lap air mata lagi) Maafkan daku.


Lately, memang dapat banyak jemputan kahwin. Tetapi dengan keadaanku yang kini kian sarat mengandung juga suami yang sibuk mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga, jarang dapat kami hadiri terutamanya jemputan yang jauh dari kediaman kami. Maafkan kami sekeluarga. Bukan tidak mahu pergi, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Maafkan kami sangat-sangat. (sedih sangat)


Alhamdulillah, berita paling menggembirakanku sejak awal tahun ini, boleh kata kebanyakan dari sahabat baikku tak kira lelaki mahupun perempuan, semuanya sudah bertunang, bakal berkahwin dan ada yang sudah melangsungkan perkahwinan. Tak ketinggalan juga sahabat di pihak sebelah suamiku. Hmm.. Macam mana ni? Serius. Memang nak pergi sangat-sangat ke semua jemputan walimah sahabat-sahabat. sob..sob..


Walau apa pun, hadir atau tidak akan diri ini, inshaAllah hadiah sebagai pengganti diri. Doa kami sentiasa mengiringi kalian juga mohon sekudus doa dari kalian untuk kami sekeluarga juga. inshaAllah. Moga Allah redha dengan ukhuwah ini dan mempermudahkan segala urusan dunia akhirat kita serta memberi nikmat sihat dan bahagia hingga ke Jannah.. amiin amiin Ya Rabbal alamin.. 


Info tambahan untuk pasangan pengantin :


Bagi pasangan yang baru berkahwin, adalah sunnah suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :
" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya"
(Riwayat Abu Daud) 

Adalah juga disunnahkan juga suami berbuat demikian sebelum meniduri isteri.. semoga amalan yang dikerjakan dirahmati dan diberkati Allah s.w.t.

Kitab Hadis : Sunan Abi Daud
Bab : Nikah (Fi Jami' an-Nikah)
Nombor Hadis : 1849/2160

Perawi Hadis :
1) Usman bin Abi Syaibah
2) Abdullah bin Sa'id
3) Abu Khalid [Sulaiman bin Hayyan]
4) Ibn. 'Ajlan [Muhammad bin 'Ajlan]
5) 'Amru bin Syu'aib
6) Syu'aib bin Muhammad bin 'Abdullah
7) 'Abdullah bin 'Amru bin Al-'Ash bin Wail - terus kepada Nabi s.a.w

Jenis Hadis : Marfuk
Kedudukan Hadis : Shoheh. Boleh beramal dengannya kerana para perawi kebanyakkan bertaraf kedudukan pertama dan kedua dalam senarai Jarh wa Ta'dil dan mereka diterima baik oleh para ulama' muhaddithin.. Insya-Allah..[1]

Juga doa ini boleh digunakan apabila membeli unta (haiwan untuk kenderaan). Hendaklah memegang bonggolnya dan membaca doa seperti di atas.[2]

wallahu a'la wa a'lam...

4 comments:

  1. takpa mesti diorang faham keadaan ain...dun worry dear:)

    ReplyDelete
  2. nana kimie : huhu.. inshaAllah.. tp sdeyh xdpt gi..nak sgt gi.. =(

    ReplyDelete
  3. ..emm no kompromi for my wedding lalala>_<

    ReplyDelete
  4. nurul : huhuk! i'll try my best syg..tp sy xberani nk janji lg..wuwu

    ReplyDelete

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram