Cara Nabi menegur seorang isteri Baginda :-
Pada suatu hari, Saidatina Aisyah memasak sup untuk baginda
Rasulullah s.a.w. Setelah siap memasak, beliau pun memanggil Rasulullah s.a.w
untuk makan.
Kemudian apabila Rasulullah s.a.w menghirup sup itu, baginda
mendapati bahawa sup yang isterinya buat itu terlebih masin.
Maka baginda tersenyum kepada isterinya, kemudian baginda berkata :
Maka baginda tersenyum kepada isterinya, kemudian baginda berkata :
"Wahai Aisyah, ingatkah kau semasa kita baru berkahwin
dahulu? Pada waktu itu kita saling suap-menyuap semasa makan."
Maka Aisyah mengangguk tanda beliau masih ingat. Kemudian
baginda berkata lagi :
"Mahukah kau jika kita mengulangi peristiwa itu?"
Lalu Aisyah mengagguk tanda bersetuju. Maka baginda berkata
:
"Dahulu kau yang menyuap aku dahulu. kali ini, biar aku
pula yang menyuapmu terlebih dahulu."
Aisyah bersetuju dan beliau pun duduk di sisi suaminya.
Setelah baginda menyuapkan sup itu di mulutnya, barulah Aisyah menyedari bahawa
sup yang dimasaknya itu terlebih masin.
Beliau meminta maaf daripada Rasulullah
s.a.w. Baginda hanya tersenyum.
*so sweet!*
*doakan kami sekeluarga bahagia hingga ke Jannah & diredhai Allah jua..amiin*







so sweet!nak suap2 macam Nabi jugak....=')
ReplyDeletenana kimie : kan3?? hehe.. moga kt mnjdi isteri yg solehah dan diredhai suami selalu.. amiin.. inshaAllah.. ^_^ *doakan eh*
ReplyDelete