8:14 PM

NAMA-NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH~

by , in
Nama-Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah


Assalamualaikum! Semoga boleh dimanfaatkan bersama.



Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.



Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.




Nama-nama syaitan tersebut:-



1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)
sepatutnya DULILLAH,



2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya HI ROB,



3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KI YAU,



4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAK,



5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAS,



6 Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya
Iyya. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan!!!!"



7) SIROTHOLLAZI.......... sehingga habis
hendaklah dibaca tanpa henti.



8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah
dengan betul iaitu AA... 2 harakat, MIN... 3 harakat.



Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat,Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya.




Perhatian!

Sebarkanlah hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.
wallahu'alam...syukran~
12:41 PM

MALAM PERTAMA..yahoo!!

by , in
Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk
membacanya terus hingga ke akhir.



Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah. ..
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke

''Malam Pertama Kita''
M.K.H= SEBARKAN KEPADA RAKAN ANDA YANG BERAGAMA ISLAM

~~SEKADAR RENUNGAN DAN SHARING DARIPADA SAHABAT (BUNGA KASIH)... HARAP DISEBARKAN DAN DIJADIKAN INGATAN BERSAMA.. INSYAALLAH...WALLAHU'ALAM....
10:46 AM

Cinta Kerana Allah~

by , in
Salamun'alaik.... alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk terus menikmati keindahan alam ini dan juga untuk teruskan secebis perjuangan di bumi ini insyaAllah... aha...bercakap ttg cinta kerana Allah... leh kata setiap hari ada sahaja yg bercakap ttg cinta... ramai juga yang post di status FB msg2... saya pula??ehem...takut n gerun pula... bukan apa... makin lama makin hampir pula masanya... huhu... arituh dikejutkan dengan abg seniorku, abg hafiz yang sudah bergelar bapa walaupun dia belum menamatkan ijazah di sini... teringat pula akan sahabatku yang sebaya denganku merangkap ketua pengawas di sekolahku dahulu sudah bergelar mama... alhamdulillah... masa kalian telah tiba.. begitu juga dengan sahabat abg hafiz iaitu kak fai'qa yang sudah bergelar isteri... tahniah kalian! syukurlah... masa kalian telah tiba dan jalanilah kehidupan dan tanggungjawab kalian sebaiknya.. =) sebenarnya,memang gerun juga... memang tidak dinafikan kita tidak perlu takut pada cinta kerana itu fitrah manusia... memang kita sudah diciptakan berpasang-pasangan.. telah tercatat di luh mahfuz siapakah gerangan jodoh yang bergelar suami mahupun isteri kita... ingat pula pada kata-kata atuk angkatku iaitu kita semua dah ada jodoh masing-masing.. tapi tak tahu lagi siapakah dia... tunggu masanya tiba... (baik,atuk! ^^) izinkan daku meminjam kata-kata yang di'share' oleh sahabatku rizal di FBnya iaitu "Cinta yang terjalin kerana Allah dan mengharapkan redha Illahi tidak akan berakhir dengan kematian..akan tetapi terus mnyala dan hidup kekal di dalam syurga abadi.." ~dipetik dari kisah Ummu al-Darda'.. Subhanallah! insyaAllah... =) syukran jazillan,ikhwan.... bercakap mengenai cinta juga bagaimana cinta kerana Allah itu yang sebenarnya??? insyaAllah...saya yakin shbt2 sekalian sudah pasti tahu apa jawapannya.. insyaAllah..sama2 kita usahakan dan ikhlaskan hati n betulkan nawaitu (spt yg dipesan slu oleh mak, ayah dan incik asrar qalbi pabila memulakan sesuatu tugasan..insyaAllah) syukran jazillan atas ingatan dan kasih sayang kalian... suka untuk menggunakan ayat daripada post incik asrar qalbi kerana ianya juga terbit dari hatiku ini... huhu.... mohon keizinan untuk share di sini ya... "Terlalu kuat gelora ombak iman di jiwa ini..janganlah karam.. " amin, insyaAllah... jadi,sempena nk final exam ni... jum sama2 kita teruskan perjuangan dan tetapkan iman di hati serta sentiasa menjaga hablum minallah dan hablum minannas.. insyaAllah.. Rabbi Yassir wala tu'assir... Allahu Akbar! arju ilaikunna sohabati...bittaufiq wannajah fil imtihan....insyaallah...biizni rabbih...amin... wallahu'alam...
1:09 PM

BUAT INGATAN DRI SNDRI & SHBT2 DI LUAR SANA...

by , in
Hal ini berlaku di KL baru2 ni..cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri.
12:39 PM

Simbol PEACE..MILIK SIAPA???

by , in


Salam hormat kepada seluruh ummat Islam,

Sila perhatikan isyarat jari seperti gambar diatas.Mungkin anda pernah melihatnya dan ikut melakukannya terutama ketika bergambar.Ya,itu adalah simbol 'PEACE/KEAMANAN' seperti yang digembar gemburkan diseluruh dunia.Kita biasa melakukannya sebagai isyarat spontan terutama ketika bergambar.Tetapi berhati-hatilah,kerana ada sesuatu maksud terhadap 'simbolik' pada perbuatan tersebut ('V').Sekiranya anda belum mengetahui,sila ambil tahu sekarang.




Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)

Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.







Oleh itu berhati-hatilah,berpesan-pesanlah pada mereka yang belum mengetahui..krn jgnla kita membiarkan walau perkara yg sekecil ini,menjadi amalan dan budaya ummat Islam tanpa kita sedari.

WALLAHUALAM

Sumber : IbnuYaacob
Prepared By : PermataDunia
6:00 PM

tlg...tlg...tlg...

by , in
salam....wanna ask u'll bout sumtg regarding on my research.. could u pls list out all my strength and weaknesses that u see inside myself or wanna me to make any changes?? pls help me ya.. tQ! =) thanx a lot!
7:50 PM

Alhamdulillah....

by , in
Salamun 'alaik... syukur... syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan kasih sayang dan barakahNya ke atas kita semua.. alhamdulillah... bercakap mengenai syukur ini.. alhamdulillah... beberapa minggu yang lalu saya digembar-gemburkan dengan khabar gembira iaitu ummi..ummi..ummi... juga mak ku telah mendapat anugerah cemerlang atas perkhidmatannya bersama syarikat yang dia masih bekerja kini.. tahniah mak! adik berbangga adanya mak dan ayah bersama adik.. hehe... luv both of u.. =) arini saya tidak sempat untuk makan dari pagi tadi... ku tunggu juga ajakan sahabat untuk lunch ke.. tapi semuanya sudah kenyang.. tidak mengapalah.. makan sahaja apa yang ada. bersyukur dan hargai apa yang ada di depan mata..^^ then, petang tadi saya perlu menghadiri meeting untuk sekretariat MPP.. insyaAllah kami akan menganjurkan dan menjadi tuan rumah bagi satu program yang besar melibatkan sekolah-sekolah menengah area KB.. insyaAllah Tok Pa akan datang untuk merasmikan majlis.. juga insyaAllah pertengahan cuti sem kali ini kami akan mengadakan Baktisiswa Pendidikan Siri 2 di Sg Rual, Jeli.. cumanya masa masih belum muktamad.. alhamdulillah.. baru tadi saya mendapat satu lagi khabar gembira.. ketua merangkap bos syarikatku telah meneruskan pengajiannya di Mesir.. tahniah,abg alif!! huhu.. akanku ikut jejak langkahmu dan sahabat2 yang lain satu hari nanti, insyaAllah.. amin... abg alif further study untuk medik.. huhu.. medik?? cukuplah... itu cerita lama.. namun begitu, harapan dan impianku tak pernah terkubur begitu sahaja.. insyaAllah.. erm.. selepas miting, kami ke PT pula untuk membeli barang dapur.. kasihan sahabatku, fatin kerana terpaksa menemaniku.. hehe.. tq syg... erm..sudah lama rasanya tidak menjenguk ke PT dan makan cendawan goreng. jadinya,saya belanja fatin lah kerana penat lelah berjalan jauh.. hehe.. then baru sahaja ingin makan makanan yang kami beli tadi, dapat pula satu panggilan.. iaitu panggilan daripada ayah adik angkatku, fahim.. adoiiiii.. gi mana? huhu.. =( hurm.. as usual, dia sudah ada berdekatan dengan u saya... huhu.. tq atas ziarah daku... cumanya,tidak perlulah bersusah payah sebegini.. daku segan.. huhu.. rasa bersalah pula.. alhamdulillah rezeki daku murahdan berlimpah ruah arini.. pak cik man belanja makanan untuk seminggu..adehhh.. malunya... sangat banyak.. biskut,air,aiskrim dll.. huhu.. malu..sayunya hati.. rindu pula pada ayah di rumah.. huhu.. tq pak cik man for everything.. =) moga Allah merahmati dan memberkati kita semua.. amin.. insyaAllah.. aha!! mak gtau bahawa ayah saya baru sahaja mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang juga.. alhamdulillah.. tahniah ayah!! miss u'll... =) wallahu'alam...
7:43 PM

.::PETUA IMAM SYAFIE::.

by , in

  • Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI-Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH-Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA-Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITAN-Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.wallahu a'lam... insyaAllah...

12:59 PM

i'M so touched!

by , in

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut." "Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang." "Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah." "Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu." "Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami." "Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu." "Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.""Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang." "Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti." "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Puaskah Siti sayangku..?""Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

~MasyaAllah..mmg benarlah.. lelaki yg baik hnya untuk perempuan yg baik juga... syahdunya hati ini tatkala membaca rangkap demi rangkap cerita tersebut.. terima kasih kpd shbtku,Beverly Hiew ats perkongsian cerita ini.. moga2 ianya menjadi iktibar kepada kita semua dan mendidik kita untuk terus ikhlas dan redha terhadap segala ketentuan dari-Nya jua..amin..insyaAllah....
9:02 AM

MALAM SIMFONI KASIH...

by , in

Salam..last call untuk tmpahan tiket ke MALAM SIMFONI KASIH bersama UNIC>UNIQ pkul 8.30mlm arini!! ♥ Sila hubungi saya a.s.a.p untuk tiket berhrga RM2 dan dptkn pluang2 menarik spt cabutan bertuah dll. tq! ^^

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram