Daftar Bersalin

Assalamualaikum..

Alhamdulillah seperti yang dirancang, Allah perkenan serta permudahkan urusan kami. Kami sudah pun mendaftar bersalin di Hospital Putrajaya pagi tadi. Syukur alhamdulillah. Lebam di lengan masih belum elok. Malah makin membiru. huhu. Sabar jela. -.-

Suami kata jalan jem pagi-pagi. Jadi, sebelum ke hospital, kami singgah di kedai makan terlebih dahulu untuk bersarapan pagi. Hehe. 'Rajin' sangat kan saya ni.. weee ^_^ Bukan apa. Sekali sekala nak makan makanan lain. hee.. Terima kasih abang kerana memahami..

Kami sampai di Hospital Putrajaya kira-kira jam 8.30 pagi. Tepat seperti yang kami bincangkan semalam. hehe. Orang agak ramai. Tu pertama kali saya sampai di sana. Kagum jugak. Besar. Banyak kaunter. Misi-misi pun sangatlah mesra dan baik hati. Alhamdulillah.

Mula-mula ambil nombor giliran. Nombor saya 2043. Nampak tak besar nombor tu. Hehe. Tapi, serius sekejap je. Tak perlu menunggu lama. Seperti yang dijangka dan daripada pembacaan saya daripada rakan-rakan blogger yang pernah bersalin di hospital ini, memang ternyata servis di sini tip top. Terima kasih Allah! =)

Dalam 10 minit kemudian, nomborku sudah dipanggil. Aha! Sesiapa yang nak mendaftar bersalin di sini, perlu sediakan IC, surat rujukan daripada KK dan buku merah ye. Untuk pendaftaran memang tidak dikenakan apa-apa bayaran. Syukur alhamdulillah. Di kaunter tersebut, saya berpeluang untuk bertanyakan apa yang saya kurang faham especially tentang caj terhadap segala servis di sini. Alhamdulillah kakak di kaunter tu sangat baik hati dan menerangkan kepada saya sampai faham.

Kemudian, saya diarahkan untuk ke kaunter O&G untuk urusan pemeriksaan dan lain-lain. Misi di kaunter bertanyakan keadaan kesihatanku sepanjang tempoh kehamilan ini. Alhamdulillah cepat sangat urusan di sini. Jika tiada sebarang masalah kesihatan, tiada pemeriksaan dilakukan. So, boleh teruskan dengan check up di KK seperti biasa. Alhamdulillah. Terima kasih.

Doakan saya dan baby selamat ye. Moga dapat bersalin di sini. amiin.. terima kasih kesayangan.

2 comments:

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram