Tangan Allah

Caturan Allah itu memang yang terbaik.. selalunya baik.. memang baik.. Subhanallah! Tergamam dibuatnya.. Alhamdulillah.. tenang rasanya.. Begitulah indahnya bila berkasih sayang dan berbaik sangka dengan Allah. Al-Khaliq. Sungguh terharu. Amat. 








Pelbagai dan bermacam perkara yang berlaku.. Berkisahkan kehidupan.. Ya Rahman.. Tak terucap sebenarnya.. terlalu tinggi.. terlalu bahagia.. ku tersenyum kembali.. =) Liuk lentuk dedaunan itu pun mampu membuatku tertawa.. Subhanallah.. Pandai sungguh Allah memujuk hatiku.. Lembut dan penuh hemah.. 


Bukan aku seorang merasainya.. Ramai.. terlalu ramai.. hambaNya.. semua turut mengecapinya.. Indah bukan? Kita saling berkasih sayang walau kita tak kenal atau pernah berjumpa pun. Tu semua kuasa Allah.. Kun fayakun.. Apa yang Dia kehendaki untuk terjadi, pasti akan terjadi. 


Besar mana rahsia kita simpan sekalipun, takkan ada sekelumit pun yang terlepas daripada pengetahuan Allah. Allah tahu semuanya.. Semua. Tanpa selindung. Jadi, apa yang kita lakukan, berdoalah agar Allah memberikan yang terbaik untuk kita semua walaupun kita tahu Allah memang pasti akan memberikan yang terbaik untuk kita. Kerana... walau seriknya kita diuji, takkan henti pinta di hati.. Ya bukan?


Dulu.. aku turut diuji.. sekarang pun.. tetapi masih segar lagi dalam ingatan.. bagaiman sungguhnya aku ingin 'berjuang' mendapatkan hak diriku.. sedangkan ku lupa.. ku alpa.. ku bukanlah siapa-siapa.. ku milikNya jua. Nothing. Semuanya pinjaman.. semuanya sementara cuma. Siapalah aku untuk menidakkannya. 


Kadang-kadang Allah sengaja beri kita rasa sunyi dan keseorangan walaupun di kiri dan kanan kita dikelilingi oleh insan tersayang. Allah rindu nak dengar rintihan, rengekan dan sujud kita kepadaNya. Hanya Dia. Terima kasih Allah. Terima kasih untuk rasa ini. 


Tangan Allah. Lembut mencuit hati, hikmah mendamaikan jiwa. Allah. Lunak sungguh cintaNya. Air mata yang menangisi turut menenangkan jiwa. Besar pahala. 

Jika dulu, aku bukanlah diriku yang kini.. Jika kini, aku bukanlah diriku yang dulu.. Apa jua sekalipun, aku.. hanyalah seorang hamba.. yang mendambakan kasihNya.. yang memerlukan cintaNya. yang sama seperti kamu, kamu dan dia. Tidak terkecuali. Aku turut merasai apa yang kamu rasa. Sakit. Nangis. Ketawa. Sama sahaja. 

Aku bukanlah manusia sempurna. Tapi, tak salah bukan jika aku cuba untuk mencari kesempurnaan? Aku juga manusia biasa, yang punya khilaf dan dosa. Ampunkanlah segala kesilapan dan keterlanjuranku kepada kalian selama ini. Mungkin tika sedar mahupun alpa.. Maafkanlah daku. Sesungguhnya aku sedang mencuba.. cuba untuk tidak menyakiti supaya aku tidak disakiti. Sama-sama ya? =) Aku masih belajar. Masih baru. Ingin berjinak-jinak dan insyaAllah tetap kekal di sini. Doakan untukku ya. Ku mohon tunjuk ajar dan teguran daripada kalian untuk menjadi yang lebih baik. Ku sayang kalian kerana Allah. 



Ku terharu mendengar luahan seorang sahabat. Alhamdulillah. Perubahannya kini memberikan impak yang besar.. buat dirinya.. keluarganya.. dan ummah.. insyaAllah.. sedikit demi sedikit sinarnya menerangi dan menyimbah sekeliling.. biarpun sedikit mungkin, tapi hikmahnya?? Hanya Allah yang tahu.. Syukurlah.. sekarang dia ada masa untuk dirinya sendiri.. masa untuk Allah.. dan masa untuk keluarga.. tahniah sahabat! Allah sedang menunggumu.. bawalah kami bersamamu.. insyaAllah.. ku mendoakan yang terbaik untuk kamu, diriku dan semua, insyaAllah.. amin..



Tangan Allah itu lembut lagi mendamaikan, bukan?? =)



Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram