Rasa Kehilangan.


Detik itu telah tiba..
Ku tidak menunggu tapi ia telah terjadi..
Kini di hadapanku..
Terbukti segala kemungkinan..
Terjawab segala persoalan..

Ya.. benar!
Dialah yang dipilih..
Dialah yang terpilih..
Alhamdulillah..
Barakallahufikum..

Rasa itu datang lagi..
Kehilangan?? Mungkin..
Kerana ku sudah memberi amaran..
Kerana ku sudah mengetahui..
Dari awal lagi..

Ku tidaklah segagah itu..
Ku hanyalah insan biasa..
Seorang perempuan..
Yang punya hati lembut dan mudah menangis..
Dan aku telah menangis..

Rasa itu hadir lagi..
Untuk kedua kalinya..
Rasa yang sama..
Cuma situasinya berbeza..

Ku kekok...
Ku terasing dan cuba mengasingkan diri..
Agar tiada yang tersakiti olehku..
Ku tak sanggup..
Ku belum bersedia..
Untuk rasa kehilangan buat kedua kalinya..
Maafkan daku...













No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram