Dia Yang Ku Sayang...

Assalamualaikum... 

Apa khabar semua? Selamat maju jaya sahabat-sahabat.. Doakan untukku jua.. Maaf atas khliaf diri ini... Di saat sedang berjuang di medan ilmu, aku teringat kepadanya.. kepada dia dan dia.. kepada mereka, pendek kata.. Ya.. aku sungguh rindu.. Siapakah dia?


Dia adalah arwah nenek yang telah lama kembali dijemputNya.. Allahu Allah.. Di saat tangan menaip kekunci laptop, di saat itu jugalah hati ini sayu.. menderu-deru rasanya tujahan angin taufan disambut kilar memancar serta hujan lebat jauh... jauhhhh di sudut hati yang kecil ini.. Oh ya Allah.. Moga dia, dia dan dia ditempatkan bersama dengan golongan yang beriman dan diredhaiNya jua.. amin... Nenek, kalaulah kamu masih ada di dunia ini........



Dia yang kedua adalah kakak seniorku.. Kakak-kah dia?? Ahhh..ya.. dia kakak bagiku... Cantik orangnya.. indah budi bahasanya.. Baik hati dan sangat peramah... Masih segar lagi dalam ingatan amanat terakhir arwah kepadaku.. Allahu Rabbi... ku rindu padanya.... T_T menggigil rasanya dan semakin kuat getaran itu tika mencari kekunci yang sesuai untuk ditekan.. huhu.. Kak Wani panggilannya.. tinggi lampai... ku sangat sayang kepadanya.. dia sentiasa cuba untuk mengambil berat tentangku walaupun ku tahu dia sangat sibuk dengan tahun-tahun terakhir di sini.. ya... sebetulnya di dunia ini.. huhu.. =(  



Maafkan saya, kak... saya tidak dapat bersama denganmu tatkala kamu sedang berjuang dengan kesakitan yang diuji terhadapmu.. Allah.. Allah.. Allah... Akak.. Biarpun kamu tiada lagi di dunia ini, ketahuilah bahawa ku sangat merindui dan menyayangimu... ingin sekali rasanya menatap wajahmu untuk yang terakhir kali.. insyaAllah... Kak, tenanglah kamu di sana... 



Ku masih ingat lagi hajat terakhirmu beberapa hari sebelum kamu menghembuskan nafas yang terakhir.. Kak.. insyaAllah.. doakanlah ya... insyaAllah ain cuba tunaikan selagi ada hayat ini.. untuk ain.. untuk akak.. dan keranaNya.. amin............... (tak tahan...Ya Allah kuatkanlah daku.... )














Pergi Tak Kembali 

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram