My Special One!

Assalamualaikum..

Arini merupakan hari yang meletihkan.. letih setelah puas menitiskan air mata.. dek kerana hajatku yang tak kesampaian.. ku hanya mampu merancang.. tapi Allah jualah sebaik-baik perancang... sedih. Tipu kalau aku kata tak sedih.. tapi, apakan daya.. kuturutkan jua, ku kuatkan jua hati ini... teruskan.. dan bersabarlah... hati yang ditusuk ini kugagahkan jua... air mata pun sudah tidak mampu mengalir lagi.. tanda mataku sudah matang.. (pula?) =P

Apa yang kulakukan arini bagaikan ada yang tidak kena.. semua serba tak jadi.. makin malas dibuatnya.. kerna semangat yang telah hilang... ku gapai juga rasa bahagia itu.. ku pujuk dan terus pujuk.. alhamdulillah... ku redha dengan semua yang berlaku.. ya, mungkin ada hikmahNya.. tunggu dan terus berdoa..

Tengah hari itu, mak dan ayah pulang untuk makan tengah hari.. suasana jadi suram sekali.. maafkan daku.. ku tak betah menyorokkan rasa hati ini.. huhu T_T ayah berusaha memujukku.. dia mengizinkanku untuk berjumpa dengan teman jua sahabat baikku itu.. Huu.. Terima kasih, ayah! yahooo... Ku cuba untuk menghubungi sahabatku itu, mengharapkan sedikit cubaan ini berjaya.. alhamdulillah.. Allah mendengar rintihan hati seorang pendosa ini... Terima kasih, Ya Rahman.. =)



Guestbook Wed A&Q - handmade ok!


Sesampainya aku di rumahnya, terimbas memori-memori lama.. tika zaman sekolah dulu.. sama-sama berjalan kaki dari sekolah ke rumahnya.. makan tengah hari di rumahnya.. berkongsi cerita di kamarnya.. banyak.. sungguh banyak.. bagaikan itu sudah kukira menjadi keluarga keduaku.. familyku.. semuanya ku kenal.. waima abang-abang ipar mahupun anak saudaranya.. seronok! Hatiku menjadi pilu tatkala wajahnya menjelma di sebalik pintu coklat itu.. sedih, hatiku berbaur pilu.. tertikam, tertusuk... ku tak mampu menyatakan hasrat dan tujuan kedatanganku itu.. bersama hadiah yang tidak ‘bermakna’ apa-apa barangkali...



Tolong jagakan dia untukku... =)



Ya! Dia sudah berjaya menebak perkiraanku.. huhu.. sungguh.. dia memang masih sama.. tetap sama.. tetap mengenali diriku.. dialah sahabat sejatiku.. dialah yang ku sangat sayang.. dialah yang kukenal dulu.. dan kini. insyaAllah selamanya.. Ya Allah, redhailah dan berkatilah hubungan persahabatan ini.. amin... ku sayang dia, Ya Allah.. air mata yang ku cuba untuk tahan akhirnya mengalir jua.. hmmm... maafkan daku, sayang.. ku tak mampu bersamamu di hari bahagiamu itu.. terdapat sedikit kesilapan hanya kerana perkiraan untuk membahagiakanku.. huh.. ku terhimpit di antara dua.. sahabat dan keluarga.. ku mesti memilih keluarga.. maafkan daku sekali lagi.. ku ceritakan hal sebenar kepadanya bukan mohon simpati, dan alhamdulillah dia sangat memahami.. jauh sangat memahami akan rasa hatiku ini.. ya.. rasa hati ini masih bersatu dengan hatinya.. sampai jauh ke dalam hatinya.. dia seperti biasa.. tetap tenang dan cuba menenangkan.. walaupun ku tahu.. jauh di sudut hatinya ada secubit rasa sedih dan terkilan...








Masakan tidak! Di hari bahagianya, ku tiada di sisinya.. mahu tak sedih?! Jika aku di tempatnya, sudah pasti aku tak henti-henti mengalirkan air mata.. sahabat baik tiada di sisiku.. huuu.. T_T ku menangis lagi.. berkali-kali ku memohon maaf darinya.. dia tetap sama. Tenang.. makin matang.. tapi.. dia tetap dia.. =) dia gagahkan jua dirinya untuk meluahkan apa yang dia rasa.. terima kasih, sayang.. ku tahu apa yang kamu rasakan.. huhu.. maafkan daku, sayang.. pernyataan tulus darinya membuatku kian rasa bersalah, simpati dan sedih yang teramat..



“Kau tahu tak. Aku buat majlis ni, aku tak fikir langsung kawan-kawan aku kat UTM. Aku fikirkan korang je sebab tu aku tau korang tengah cuti dan ada kat sini. Dengan harapan korang semua ada dan dapat berkumpul. Rugi tau kau tak de. Semua ada masa majlis tu.”




Huhu.. air mataku tersembur lagi.. sedih... tak terkata.. ku tahu rasa di hatinya... sayang... maafkan aku.. T_T Dia memaafkanku.. maafkan ketiadaanku di sisinya.. dipujuk hatinya dan hatiku... kami beralih ke kamarnya.. melihat persiapan perkahwinannya.. ku jadi sebak.. tapi, ku cuba tahan.. bercerita kisah kasih kami yang lama disimpan dek kerana masing-masing sibuk menguruskan diri sendiri.. berjumpa payah sekali.. melihat dress ketika dia bertunang.. hatiku jadi sebal.. kerana ku sudah berjanji padanya, “ Weh.. insyaAllah masa kau nikah nanti aku mesti ada. Aku nak tengok. Yelah, masa tunang tak dapat datang sebab ada di Kelantan. Huhu.” Sekali lagi.. Allahu akbar... Ya Allah, kuatkanlah daku...dan dia... Kau permudahkanlah urusannya dan urusanku walau di mana kami berada dan berkatilah urusan kami itu.. amin.. Allahumma amiin...... melihat hantarannya.. subhanallah.. indah sekali.. =) kami punya minat yang sama.. dari dulu lagi.. sekarang, dia turut menggubah sendiri hantarannya dan bakal suami.. “Alah.. biasa-biasa je.. nak tempah mahal. Aku buat sendiri je.” Hehe.. lagi elok.. bersederhana, pandai berjimat dan bijak merancang.. tu yang sebaik-baiknya.. Allah lagi suka.. =) Dewasa dah dia.. matang, jauh lebih matang dariku.. mungkin.. hehe.. sampai sudah jodohnya... kepada sang suami kepada sayangku itu, tolong 3x jaga dia elok-elok, pimpinlah hatinya dan hatimu dan carilah redha Allah bersama untuk ke syurgaNya.. amin.. insyaAllah...



Air tangan bakal pengantin dan goodies for guests.. I got it! ^_^




Ku mengucapkan terima kasih pada ayah dan mak.. jelas sekali tanda mohon maaf dari mereka.. tak tergamak rasanya nak menambah beban mereka.. alhamdulillah.. semuanya dipermudahkan dan ku OK.. tu yang penting.. hehe.. ok.. boleh packing barang..  Off to Langkawi! Yahooooo... Ya Allah, berkatilah perjalanan kami ini.. amin... Happy! Assalamualaikum...






No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram