Assalamualaikum...
Awal pagi
lagi sudah bangun... menyiapkan diri dan bersarapan pagi.. instant mushroom soup
menjadi alas perutku... ku ajar ayah makan kerana ayah memang payah nak makan
benda-benda ‘pelik’ baginya.. hehe.. membeli tiket feri untuk pulang... tiket
balik pukul 4 petang.. kami berjalan ke Idaman Suri dan Ismail Group.. ok..
memborong lagi.. tapi, tidak seperti di Ram’s.. Berjalan mencari beg untuk
abang sulungku... dan pulang ke rumah.. berehat seketika sebelum bertolak
memunggah barang ke jeti selepas zohor nanti.
![]() |
| Gambar di Makam Mahsuri dan Perusahaan Gamat. |
Mengusung
barang sebanyak dua troli besar itu dan dipunggah masuk ke dalam feri.. sepanjang
perjalanan ku rakamkan semua episod dalam ingatan.. ku tersenyum sendirian..
kami tiba dekat jam 6 petang.. oh.. sangat singkat.. bas kami bertolak jam 7
malam.. kami harus cepat dan makan malam sebelum bas bergerak...
Bahagia
seketika.. bas dua tingkat Cepat ekspress itu milik kami sekeluarga.. pakcik tu
kata dia hanya singgah untuk mengambil kami sebelum kami bertukar dengan bas
yang lain di Shahab Perdana, Aloq Setaq. =) Kami tiba di sana pada waktu
maghrib.. sepanjang perjalanan tadi ku amati jalan, Unimap dan Poli Perlis. Di
Shahab Perdana, teringat zaman dulu-dulu.. berhenti untuk ke rumah Zamriah,
ex-rumetku ketika di KMPP dan kali kedua ke rumah Liza, seblok denganku tika di
KMPP juga.. membeli roti untuk alas perut jika lapar dan melayan si kecik main
buaian di Marrybrown.
Bas kami tiba di Alor Setar jam 8 malam.. ku menahan mata supaya tidak tidur sehinggalah ku lihat KMPP dari kejauhan.. hehe rindu sangat! Bilalah dapat datang sana lagi.. huhu.. bahagia.. terakam memori-memori indah pabila melihat bangunan itu dan tempatku dahagakan ilmu dan kasih sayang di situ.. kami bertolak balik, semuanya ketiduran sepanjang perjalanan dek kerana keletihan... ku terjaga tika di Medan Gopeng, Ipoh, Perak... sekali lagi teringat peristiwa bulan 2 tahun lepas.. ku pernah berhenti di sini untuk solat dan balik ke rumah kerana menghadiri majlis kenduri kahwin sahabat baikku, Rizal di Bagan Serai. Thanks to Ema sebab belikan tiket balik ke Johor.. hehe.. tiket 1st class yang dibelikannya.. sesuai dengan harganya.. punya tv siap untuk setiap tempat duduk dan seat yang boleh baring.. alhamdulillah.. bahagia sangat.. relax se-relaxnya.. hahaha... (melalut dah)
Ayah dan abang berhenti untuk membeli air panas.. sejuk tak tertanggung di dalam bas.. ku seperti biasa ditugaskan untuk menidurkan dan menjaga si kecik itu.. alhamdulillah.. letih betul si kecik itu.. sepanjang perjalanan, dia tidur.. senang kerjaku.. hehe. =) thanks sayang.. ok.. masa untuk tidur.. sampai di Melaka, ku tidak boleh melelapkan mata lagi sampailah ke rumah... ok.. masa untuk beristirehat dan membelai diri sendiri pula.. alhamdulillah..semuanya selamat dan membahagiakan.. terima kasih, Allah... erm..arini majlis Ainul.. moga dipermudahkan semuanya... amin... sekian.. assalamualaikum..
P/s : sekian sahaja gambar-gambar percutian kami.. harap percutian kami ini dirahmatiNya jua.. amiin...

| Kakak yang rajin melipat baju.. moga jadi anak yang solehah ye.. amiin..... |
P/s : sekian sahaja gambar-gambar percutian kami.. harap percutian kami ini dirahmatiNya jua.. amiin...

No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.