Double-face in the making.


Assalamualaikum...

Perjalanan semalam agak memenatkan.. seharian suntuk di luar.. menemani sahabat tersayang bersama si dia dan dia.. heheh.. sepanjang perjalanan dalam bas ke johor membuatku ketiduran akibat keletihan yang terlampau.. haha.. plus nak save battery hp. Baru usai menitiskan air mata, ku diuji sekali lagi awal pagi ini.. driver bas buat hal! Menguji kesabaranku.. tak ketahuan niatnya... tapi, ku sangat sakit... hati ini.. Ya Allah! Sabar jela... ditipunya aku bulat-bulat.. huhu.. tulah.. lain kali belajar geografi tu betul-betul.. jangan untuk exam je. Huuu.. =( kesian ayah dan mak yang dah sekian lama menunggu di Yong Peng. Hmm.. terpaksa berhenti di R&R Machap.. terima kasih pakcik bas.. hu.

Setibanya di rumah, ku dikejutkan sekali lagi dengan khabar yang mendukacitakan. Mereka telah membuat perancangan untuk bercuti sama pada tarikh Ainul nikah! Oh tidak! Sungguhku tak dapat menerima kenyataan ini. T_T sampainya hati... huhu.. air mata bercucuran lagi.. Ya Allah, tabahkanlah hatiku... sungguhku tak mampu menerima khabar ini.. sudahku membuat persiapan bersama untuk menghadiri majlis itu.. huhu.. apa yang harus ku lakukan.. =( usai mengemas semua barang-barang dan keperluan, ku lenakan diri di dalam kamar tersayangku.. melelapkan mata seketika dengan doa agar kulupakan semua ujian yang mendatang dan dengan harapan bila bangun nanti ku mampu terima dengan hati yang lapang.. amin...

Malam itu ku dapat mesej daripadanya.. tanda ingin bertanyakan khabarku.. ada bau-bau ingin memujukku.. Ya, dia kenal akan diriku.. dia tahu dan dapat rasakan aku telah menangis.. dia turut memohon kemaafan daripadaku atas keputusan yang telah dia buat dan pilih.. mohon maaf kerana telah sekali lagi membuatku rasa sebegini.. mulanya ingin kukeraskan hati ini.. mendiamkan diri dan tidak ingin memberitahu hal yang sebenar... tapi, apakan daya.. kami sangat rapat.. ku luahkan juga isi hati ini yang telah kupendam sekian lama... kenapa dan sebab apa aku menangis kerna apa yang dia telah lakukan kepadaku.. bukanku tidak memberikan ‘amaran’ sebelum ini.. telah ku maklumkan dari awal lagi.. dengan harapan agar dia tidak menyakiti hatiku sebagaimana yang telah dilakukan oleh sahabatnya.. alhamdulillah.. semuanya selesai malam itu jugak.. ku dan dia menerima segala kekhilafan kami dengan tabah dan meredhai setiap keputusan masing-masing... alhamdulillah... ku kian mampu untuk menerima semua ini dengan relanya.... Ya Allah.. pimpinlah hatiku dan berilah petunjukMu untuk ke syurgaMu.... amiin... Rabbi yassir wala tu’assir, Rabbi thammin bil hairi.. amiin.......Allahumma amiin...... insyaAllah....









No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram