Assalamualaikum..
Alhamdulillah usai sudah tiga kertas peperiksaan kuhadam untuk tiga hari peperiksaan yang telah berlalu. Kertas ketiga baru sahaja tamat pagi tadi. Moga mumtaz semuanya! Amin.. =) Doakan ye sahabat-sahabat. Tangan Allah menyambutku lagi. KasihNya tidak terbelah bahagi. Ku gementar dan sedikit gerun memikirkan persoalan bakal kuhadapi sebentar tadi. Semua silapku. Kerana tidak bersedia dari awal lagi. Benarlah kata mak. Huhu. Alhamdulillah. Dia membantuku. Dia memudahkan urusanku. Dia memujukku tika fikiranku menerawang jauh memikirkan apa yang tidak perlu. Mak pesan, " Jangan fikir bukan-bukan. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkanNya jua. Jawab elok-elok." Terima kasih, Ya Allah. Kaulah sebaik-baik pembantu tika susah dan senangku.
Perempuan dan penciptaNya. Ku pun masih memikirkan kenapa ia menjadi tajuk kali ini. Kebetulan mungkin. Perempuan. Manusia. Takkan lari dari soal berhubung, hubungan dan perhubungan. Jangan disalah tafsir. Ini bacaan santai sahaja. Tidak memerlukan keringat yang besar untuk memahaminya. Ku cuma mengolah sedikit sebanyak daripada pembacaanku. Mohon teguran dan perkongsian jika ada. Mungkin juga Perempuan vs Lelaki lebih tepat untuk kali ini. Tak mengapalah. Itu sekadar tajuk. Yang penting isi dan kekuatannya.
Semakin hari, semakin menginjak ke usia yang lebih dewasa. Moga dengan kedewasaan usia ini menjadikan diriku lebih berguna dan banyak memberi. amin. Lelaki mungkin kurang menjadi persoalan dalam hal ini. Bila anak gadis, remaja perempuan ataupun anak dara mencecah usia 20-an, dia bakal diziarahi dengan soalan-soalan klise iaitu hubungan yang lebih serius dalam erti kata lain ikatan perkahwinan. Allah. Menggigil juga tangan ini nak menaip tatkala menyebut soal perkahwinan. Ku bukanlah orang yang mahir atau berpengalaman untuk membicarakan hal ini. Apatah pula masih belajar lagi. Kecil lagi rasanya. Masih belum puas bermanja dengan mak ayah. Masih belum lagi mencapai apa yang dicitakan. Kata orang, "Sampai bila nak tunggu untuk kita betul-betul bersedia. Kita bukannya makin muda. Sampai masanya, sampai saatnya, insyaAllah semuanya akan menjadi SEDIA." Alahai. Penuh pengalaman gitu. Berdebar lagi. Makin kuat getaran itu. Fuh! Penangan kahwin.
Orang di sekelilingku.. ramai yang sudah berumah tangga. sahabat-sahabat sepermainan pun tak kurang juga yang dah beranak-pinak.. Bakal menjadi suri pun ada. Alhamdulillah. Tahniah. ^_^ InsyaAllah, aku pun turut bakal menjadi seorang isteri.. isteri kepada..erm.. si suami.. ehee.. (malu) Boleh kata saban hari ada sahaja yang mengusikku, menyoal tentang bila dan siapa. Kalaulah aku tahu bilakah tarikh itu..siapakah dia.. Hmm. Tak kurang juga ada yang sudi menjadi orang tengah.. BM mungkin. Pengaudit bertauliah. Alahai.. Terima kasih sahabat. Ku belum mampu. Masih belum. Kepada sahabatku, maafkan daku kerana masih tidak mampu menyempurnakan permintaanmu.. hajatmu.. harapanmu.. maaf.. maaf.. maaf.. Ku tak punya daya apa-apa.. untuk mengiyakan mahupun menidakkan.. maaf kerana terpaksa mengecewakanmu kali ini.. insyaAllah tidak di lain kali.. (in hope) =D
Cahyadi Takaryawan. Seorang penulis. Seorang pendakwah. Seorang yang penuh hikmah. Catatannya sangat indah. Antaranya, Di Jalan Dakwah Aku Menikah. Agar Cinta Menghiasi Rumah Tangga Kita. Pernik-pernik Rumah Tangga Islami. Di Jalan Dakwah Kugapai Sakinah. Izinkan Aku Meminangmu. Alangkah bahagianya dan sukanya diri ini jika dapat semua buku-buku ini.. Aku akan pastikan ianya dalam genggamanku.. (Harapan. Exam belum pun tamat lagi. Kena jimat) Teringin sangat menjiwai dan merasai apa yang dihebohkan oleh penulis-penulis tersohor yang lain akan catatan beliau ini. Tak kurang juga dengan Bahagiakan Diri Dengan Satu Isteri. Hadiah paling bermakna dalam hidup seorang isteri. Indahnya. Bahagianya. Punya suami yang sangat menyayangi dan sudi menghargai. Cukup hanya dengan satu. Kerana Allah itu satu.. Esa. Tidakkah begitu, wahai kaum Hawa sekalian?? Bolehkah begini, wahai Adamku yang perkasa?? Hihi.. (still hoping) Sebelum Aku Bernikah karya Hilal Asyraf turut banyak membantu. Sedikit pengisian yang dapat ku kongsikan bersama insyaAllah. Benar. Ini bukan suatu permainan!
" Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterimu sekalipun kamu bersungguh-sungguh; oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung dan jika kamu memperbaiki dan memelihara diri, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (An-Nisa' 4:129)
Monogami adalah sunnah Nabi. Jika kita lihat dalam kehidupan Nabi SAW, maka baginda melakukan monogami selama hampir 25 tahun dengan Khadijah dan melakukan poligami selama hampir 10 tahun sampai wafatnya baginda.
Saidatina Aisyah r.a., " Nabi SAW tidak pernah memadu Khadijah sehingga dia meninggal dunia." (Hadis riwayat Muslim)
Isu poligami bagaikan isu sensitif alaf ini. Terutamanya jika diutarakan soal itu kepada kaum Hawa. Ya! Siapa pun susah untuk berkongsi. Bukan tamak?! Tapi.. hak.. Hak untuk dilindungi.. Hak untuk dipercayai.. Hak untuk diberikan kasih sayang.. Hak untuk sendiri.. Paling penting, hak untuk MEMILIH. Kerana cemburu itu milik lelaki.. (Oh! Tidak akan kukupaskan di sini akan soal ini. Panjang lebar nanti. Huu) Ya.. Siapa yang tak mahukan payung emas? Siapa yang berani menidakkan takdir Ilahi? Tapi, kita mampu menjaga.. kita mampu merancang.. kita ada kuasa doa.. Doa kan senjata bagi orang mukmin. Tak salah jika kita mohon perlindunganNya. Tidaklah diriku memprotes akan isu ini.. Jika benar si suami mampu, benar-benar dalam keadaan MAMPU dari segala sudut, nah! silakan.. Hati-hati.. jangan sampai bahu anda senget di medan pertimbangan kelak.. wa nauzubillah! Poligami bukanlah satu isu permainan, isu cuba-cuba, isu remeh. Allah tidak melarang poligami HANYA bagi yang betul-betul mampu. Tidak menggalakkan, tetapi memberi amaran awal. Sesiapa yang berasa tidak yakin untuk melaksanakannya, jangan sekali-kali berani mendekatinya. Kelak binasa diri sendiri! Beringatlah wahai insan!
"Saya memang nak tegakkan sunnah. Sunnah lebih besar yang ditunjukkan Nabi ialah berkahwin satu selagi isteri mampu beri zuriat. Ada Nabi madukan Khadijah? Lagipun syarat adil yang Allah sebut dalam Al-Quran itu satu ancaman, bukan galakan. Saya takut nanti dibangkitkan dengan bahu senget." ujarnya.
Ujarnya lagi, "Perasaan ingin memiliki isteri yang lain bagiku tidak adil untuk kesetiaan isteriku. Islam hanya membenarkan poligami bukan untuk diambil mudah, bukan juga untuk dipermainkan. Bukan untuk dijadikan bahan lawak untuk menghiris hati dan perasaan perempuan." Allahu Rabbi. Di mana mungkinkan ku cari dan gapai imam muslih sepertinya? Allah.. Allah.. Allah.. Beruntung sungguh isterinya dan berbahagialah dikau mempunyai seorang zaujy yang sangat penyayang dan membahagiakanmu. Barakallahu fikum...
Ujarnya lagi, "Perasaan ingin memiliki isteri yang lain bagiku tidak adil untuk kesetiaan isteriku. Islam hanya membenarkan poligami bukan untuk diambil mudah, bukan juga untuk dipermainkan. Bukan untuk dijadikan bahan lawak untuk menghiris hati dan perasaan perempuan." Allahu Rabbi. Di mana mungkinkan ku cari dan gapai imam muslih sepertinya? Allah.. Allah.. Allah.. Beruntung sungguh isterinya dan berbahagialah dikau mempunyai seorang zaujy yang sangat penyayang dan membahagiakanmu. Barakallahu fikum...
Asal yang mendominasi dalam perkahwinan Muslim ialah BERKAHWIN SATU, yang mana isterinya itu menjadi penenang dirinya, pelembut hati, pengurus rumah tangga, tempat menyimpan rahsia. Dengan itu, terbinalah atas keduanya ketenangan, kasih sayang dan kerahmatan yang menjadi teras kehidupan perkahwinan dalam pandangan Al-Quran.
Sabda Rasulullah SAW, " Apakah kalian redha, hai golongan wanita, bahawa seorang wanita yang sedang hamil daripada suaminya yang dinikahi dengan halal (menurut syariat Islam), Allah SWT akan memberikan pahala kepadanya sebagai pahala orang yang berjihad fisabilillah. Apabila dia merasa sakit untuk melahirkan anaknya maka dia mendapat pahala yang banyak sekali sehingga manusia tidak mengerti berapa banyaknya pahala itu. Apabila lahir lalu disusui, bagi ibu setiap tegukan susunya Allah akan memberikan satu pahala kebajikan. Apabila si ibu semalaman tidak tidur dan menjaga anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan tujuh puluh hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah." (Riwayat Al Hassan Bin Safwan, Thabrani dan Salamah yang menyusukan Saidina Ibrahim, putera Rasulullah SAW)
Allah! Allah! Allah! Maha Pemurah.. Maha Penyayang.. Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan Dia tahu kita mampu menghadapi dan menyelesaikannya. Allah kan ada. Dia pasti akan bantu malah memudahkan. insyaAllah.. =) Berlapang dadalah dengan setiap cubitan manis dari Allah. Dia lebih mengetahuinya. Ku yakin, aku mampu.. kamu mampu.. kalian mampu.. insyaAllah biiznillah.. Ok. cukup sudah ceritera Perempuan dan PenciptaNya yang telah ditukar tajuk kini. hehe. Maafkan daku kerna tidak dapat berceloteh panjang kali ini (walaupun sudah berjela. Ku tahu). Maafkan jika ada yang tersilap kata, terlanjur perkataan selama ini. Mohon teguran dan doa daripada sahabat-sahabat jua. Ku masih belajar.. dan Ku mahu belajar. insyaAllah.. Ayuh! Fokus pada next paper. insyaAllah ada dua lagi paper yang perlu ku harungi untuk sem ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dunia akhirat.. amin.. wallahu'alam.. sekian...
Assalamualaikum...
Assalamualaikum...



.jpg)





No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.