Rasa Bahagia

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Telah tamat kembara menelusuri detik-detik akhir peperiksaan untuk sem ini. Syukur, syukur Ya Allah.. paper terakhir hari ini berkisarkan tajuk khas dalam sains penternakan.. Special topic? Ya! betul, betul, betul.. teringat kembali pesan mak.. jangan fikir yang bukan-bukan.. doa banyak-banyak..  insyaAllah semuanya dipermudahkan nanti... Terima kasih mak.. Kian hari, kian ku jatuh cinta kepadanya.. ehik! ^__^ Semalam semasa proses menghafal nota-nota ringkas di dalam bilik, tetiba teringat kat mak ayah.. huwu.. T_T jadinya, ku pun dengan penuh kegatalan di tangan tertekanlah lagu Maher Zain, Number One For Me.. Oh! Sangat berjurai-jurailah air mata menyimbah wajah pinjaman Ilahi ini.. Allah..Allah..Allah.. Rindunye! 







Ok. Let's not start it.. hehe.. =) Chill! It's time for jimba-jimba.. adakah?? Bhahahaa.. Alhamdulillah.. arini rasa bahagia sangat.. Syukur.. Syukran Ya Allah.. Tak tahu kenapa.. (perlu ada sebabkah untuk bahagia??)  Lepas tamat paper terakhir, laju-laju melangkah ke cafe.. Oh! Tersangatlah lapar.. ok.. makanan sangat banyak.. ok.. fevret-fevret saya ada jugak.. ok.. saya makan banyak arini.. haha.. makcik bubuh penuh even saya mintak nasi separuh.. ok.. saya dah mula banyak cakap.. #eh! taip.. hehe. :P bersuka-ria bersama teman-teman di cafe.. meluangkan masa bersama sebab semuanya sibuk study di bilik, wakaf, library dan di ceruk-ceruk dunia universiti ini. hehe. well done! Kepada yang belum habis lagi, jangan gelabah.. relax.. tak ke mana rumah itu..tak ke mana cuti itu.. habiskan.. tamatkan paper itu dengan sebaik-baik usaha dan doa supaya dapat mengecapi kejayaan bersama-sama.. amin.. insyaAllah.. =) 








Bahagia.. Rasa bahagia.. Ada yang bertanya, kenapa awak bahagia? Perlukah ada sebab atau perkara yang menyebabkan kita rasa bahagia.. saya rasa musykil. Ok. Semua orang berhak untuk merasa bahagia.. malah lagi berhak untuk mentafsirkan sendiri maksud bahagia itu dari perspektif masing-masing.. punyai ruang kotak aqli untuk memikirkannya.. Ya! Ku sungguh bahagia.. Bahagia kerana telah berjaya menamatkan perjuangan pena di titisan-titisan terakhir sem ini.. Alhamdulillah.. Bahagia kerana kawan-kawan ramai yang dah kahwin, nak kahwin, menjadi tunangan dan bakal bertunang.. Alhamdulillah.. Bahagia sebab dapat makan banyak pagi tadi.. Ok. Sangat penuh perut ini.. Ada faham? Haha.. =D Alhamdulillah.. Bahagia kerana nak balik dah.. hahahahahahah.. (lagi jahat kan..hehe) InsyaAllah... Bahagia kerana boleh rehat, marathon movie, bersiar-siar, berblogwalking dan segala ber-ber-. hehe.. Alhamdulillah... hamboi-hamboi.. agak-agak ok.. ^__~ bahagia sebab nak hilangkan mata panda ini.. @__@ errrr.... -.- Ok.. Paling bahagia.. kerana.. punya family.. punya dia.. punya kawan-kawan.. punya semuanya.. Alhamdulillah................. Terima kasih Allah.. terima kasih semua... Ku sungguh bahagia.. =)




"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh."



Ya, benar sekali.. Kalau kita tak mampu lukis senyuman di wajah seseorang, cukuplah sekadar kita meminimakan kesedihan yang melanda dirinya. Jangan jadi beban. Jadilah teman.. Teman yang bukan sekadar teman tapi mesra, tapi teman jatuh bangun, teman yang mahu sama-sama berjaya.. sama-sama mencari redhaNya.. sama-sama menuju Jannah.. insyaAllah.. Wahai teman-temanku, bawalah daku bersamamu... Seorang pendengar yang baik sudah mencukupi untuk meredakan hati yang pilu.. Mungkin tidak semua, tapi sekurang-kurangnya sangat membantu.. hulurkanlah bahumu walaupun tanpa diminta.. Paling tidak, jagalah kata-katamu kerana kita takkan pernah tahu apa-apa yang bisa menikam kalbu sahabat kita sendiri.. mungkin dalam sedar dan tidak sedar, kita telah melukakan hatinya... Astaghfirullahal azim...








Ya.. dulu aku juga pernah merasa sebegitu.. "Iman tak dapat diwarisi" Ada tinggi dan rendahnya.. Kadang-kadang kita lalai.. kita alpa.. kita lupa... tapi, bila sampai suatu saat, kita akan rasa letih.. puas.. puas mengikut kehendak diri.. Kenyang agaknya bila dah makan.. begitulah ritmanya.. tapi, bila sampai saat hidayah itu hadir, janganlah sekali-kali kita menoleh ke belakang lagi.. elakkan.. elakkan.. dan elakkan! paling habis tidak pun cuba cuba dan cuba untuk cari kembali apa asbab yang menyebabkan kita jadi begitu.. ke mana hala kita tuju sekalipun, kita tetap akan kembali pada Allah.. pada Dia yang menciptakan.. pada yang Maha Penyayang.. tak pernah rasanya walau sekali, walau sesaat untuk Dia merajuk ataupun bermuram durja tatkala kita datang, nangis-nangis merintih belas kasihan dariNya.. tak pernah bukan??? Kalaulah Dia begitu, wa nauzubillah minzalik.... Dia berhak TETAPI Dia bersifat Ar-Rahman (Maha Pemurah), Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki), Ar-Ghaffar (Maha Pengampun) dan As-Sabur (Maha Penyabar). Subhanallah! Allah-lah sebaik-baik pencipta dan sebaik-baik perancang kehidupan.. Terima kasih Allah.. pernah ditanyakan oleh seorang sahabat bagaimanakah caranya ingin melembutkan hati?? Bagaimana ya?? Bacalah Al-Quran, dengar lagu dan kalam-kalam yang baik, perbanyakkan amalan sunat dan blablabla.. terlalu klise.. ya, itulah yang sebaik-baik cara.. hati perlu dijaga.. hati perlu di didik seelok-eloknya.. hatilah cerminan akhlak bunga diri.. (penulis cukup terkesan dengan lagu Jagalah Hati dendangan Snada. Dengarkanlah.... ) ^__^



IMAN MUTIARA


Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah





"Ketika Allah menjawab doamu, Allah mengajarimu untuk bersyukur. Ketika Allah menunda menjawab doamu, Allah mengajarimu untuk bersabar."









"Siapa yang ada Allah di hatinya, nescaya dia akan jumpa dengan orang yang dihatinya ada Allah juga" اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ !"





Akhir kalam, ku bersyukur dengan rasa ini.. Ya Allah, telah Engkau sampaikan hajat ini.. Terima kasih untuk segalanya... insyaAllah semuanya dipermudahkan dan diperelokkan lagi olehMu dan untukMu.. amin.... menghitung detik-detik akhir sebelum balik ke kampung.. hehe.. doakan moga daku selamat sampai ke destinasi.. amin... Ok.. start to plan.. 23,24,25,26hb Jan & 8,9,10hb Feb, fully-booked! Sayonara.. Jaga diri elok-elok ye semua.. Keep in touch! Ku sayang kalian kerana Allah.. =) Assalamualaikum...












No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram