Assalamualaikum...
Hai semua kesayanganku.. Sihat? Moga semuanya dalam redha Allah jua.. amiin.. Allahu Allah.. Allah.. sungguh hati ini sayu.. tetapi, kuatkanlah.. tabahkanlah...
Bangun di pagi hari.. Alhamdulillah masih dapat menikmati nikmat hidup di dunia ini.. Allah... Dalam keadaan yang tidak berapa sihat, ku melangkahkan kaki yang dipinjamkan ini ke bilik air untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya.
Bismillah...
Kupanjatkan kesyukuran dan kupohon seribu satu belas kasih daripada yang Maha Esa untuk meneruskan hidup ini dengan segala kekuatan dan redha hanya dariNya. Allahu.. *lapairmata*
Mendapat panggilan daripada bapak di siang hari ternyata amat menghibakan.. tak tahu nak cakap perasaan ni macam mana.. hanya mohon secebis kekuatan dariNya untuk menjawab panggilan dari yang tercinta..
Di corong telefon itu, kedengaran suara adik yang masih kurang sihat.. Lama sudah.. Ya. Memang agak lama.. Ku kuatkan hati untuk menjawab segala pertanyaan dan percakapan adikku itu.. Allah.. jauh di benak hati ini memamg sayu.. sedih? mungkin juga.. kugagahkan hati ini untuk menghiburkan hatinya juga hatiku..
Beberapa minit kemudian, ganggang telefon beralih pula kepada bapak.. Allah.. sungguh, aku tidak kuat! Lelaki yang kupanggil bapak itu sudah ku anggap sebagai ayahku sendiri. Ya! Saya anak ayah.. saya juga anak mak.. tetapi, sudah menjadi kebiasaan, anak perempuan lebih rapat dengan ayah.. huu..
Menyebut nama ayah pun sudah bisa menggetarkan segala rasa dalam hati ini, apatah pula ingin bercakap dengannya.. walau melalui telefon sekalipun.. Sudah memang terbiasa dari dulu lagi.. Ku tidak berdaya dan sangat-sangat jarang mampu bercakap dengan ayah.. lagi-lagi bila kami berjauhan.. Allah...
Mendengar suara bapak yang tampak keletihan dan kurang sihat itu membuatku lebih hiba dan susah hati.. Allah.. kuatkanlah kami, Ya Allah.. T_T Hanya Allah yang tahu apa yang kami lalui sekarang. Ya! Hanya Allah.. Walaupun bapak cuba untuk bergelak ketawa dan mencipta suasana agar menjadi lucu, tapi kutahu apa yang dirasakan oleh bapak kini. Allah.. bantulah kami yang kerdil ini, Ya Tuhan.. Dia cuba untuk mengukir senyuman.. tapi, sesungguhnya itu lebih menyakitkan bagiku..
Tapi, alhamdulillah.. pabila suamiku mengutuskan salam daripadanya beberapa hari lepas, ku sudah dapat merasakan perasaan itu.. tapi, ku berusaha untuk menjadi kuat juga dan jauh dalam hati, kupanjatkan doa untuknya.. untuk semua.. masih belum berkesempatan untuk menambah top up telefon ni.
Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Rahman.. kerana masih memberi kekuatan kepada kami.. dapat dengar suaranya di telefon sudah membuatku hilang sedikit rasa rindu dan risau padanya. Walaupun kucuba untuk mengelak dari bercakap lama dengannya. huhu.. *masihtakkuat*
Cukuplah rasanya coretan kali ini.. sebagai melepaskan sedikit rasa di hati ini.. hanya untukku.. maafkan daku.. maafkan kami.. moga Allah permudahkan, moga Allah sembuhkan, moga Allah kuatkan hati-hati kami.. amiin... inshaAllah..
Wallahu'alam.. Assalamualaikum..






No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.