Rezeki Dari Allah

Assalamualaikum.

Apa khabar kesayanganku? Moga semua sihat selalu hendakNya. amiin. InshaAllah. Hari ini genap hari ke empat saya masih sakit tekak dan selesema, kadang-kadang sahaja batuk. hihi. Alhamdulillah, ujian dari Allah, tanda kita ingat padaNya ke tak kan. InshaAllah. Syukran ya Allah. Atas nikmat sihatMu dan ujianMu. Alhamdulillah. Sakit kan kafarah bagi dosa-dosa kita. InshaAllah. Tak lama lagi bakal sihat dan selamat semuanya.

Apa kisah #MH370 hari ini ya? Allahu. Permudahkanlah pencarian ini, Ya Rahman. Sudah-sudahlah kisah bomoh dan sewaktu dengannya. Zaman moden kini pun masih wujud benda macam ni.. Allahu Akbar! #peringatanbersama Dhaifnya rasa.. huhu





Jerebu di kawasan Lembah Klang mencatatkan bacaan IPU yang semakin teruk. Allahu Allah.. Sihatkanlah tubuh badan kami, permudahkanlah segala urusan dunia akhirat kami dan redhailah hidup kami ini, ya Allah.. amiin. Semua sila jaga kesihatan elok-elok ye! ^_^ #pesananbuatdirisendiri


Ya Khaliq, turunkanlah hujan rahmat ke atas bumiMu ini. Moga dengan barakah dan rahmatMu pada hari Jumaat ini bisa memberikan seribu satu nikmat yang tidak terhingga buat kami semua, hambaMu yang kerdil lagi alpa ini.. Allahu.. jum doa sama-sama..



Alhamdulillah usai sudah segala kerja untukku hari ini. Segala target untuk mengemas dan mencantikkan rumah ini berjaya dilaksanakan dengan izin Allah jua, semestinya. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk membuat kerja-kerja ini sendirian sambil menunggu encik suami tersayang pulang ke rumah. Isteri yang solehah kena pastikan rumah sentiasa bersih dan kemas selain dari kekemasan dan kecantikan pada diri kan? hehe.. amiin.. #tipsusratijannati


Rasa lega. Bersyukur. Gembira. Bahagia. Tersenyum. 


Alhamdulillah.. rezeki hari ini.. hari penuh barakah.. encik suami belanja something untuk rumah kami. Alhamdulillah.. inshaAllah, usrati jannati.. rumahku syurgaku.. amiin... doakan ya. =) Puas, bersyukur dan gembira dengan kejayaan dan kesungguhan penat lelah encik suami tersayang mencari sesuap nasi dan secangkir rezeki buat kami sekeluarga. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas nikmat ini. Terima kasih. Moga Allah permudahkan segala urusan kami, dimurahkan rezeki dengan kebaikan, kesihatan yang berpanjangan dan kebahagiaan rumah tangga hingga ke Jannah jua.. amiin Allahumma amiin.. inshaAllah..



Tak sabar nak menyambut mak, ayah dan abang yang akan menziarahi kami sekeluarga ini esok. Hehe. Yeah! Happy sangat. Ada idea nak masak apa ye, esok? hehe.. Nak masak sedap-sedap lah untuk tetamu kami esok.. inshaAllah.. Moga Allah redha jua.. amiin.. 






Cerita tambahan untuk hari ini. Mendapat mesej daripada seorang sahabat yang tak jauh mana dari rumahku ini. hehe. Moga Allah permudahkan urusanmu, sayang. Terus kuat ya! =) inshaAllah, ada rezeki tu nanti. 



Sekian. Wallahu'alam. Assalamualaikum.

2 comments:

  1. alhamdulillah....:) wah...en.adha beli apa tu?hihi......sampaikan salam pada parents ain ye....

    ReplyDelete
  2. hihi.. alhamdulillah.. nak tau kena la dtg umh ni.. ^^

    ReplyDelete

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram