Kerna tanggungjawab dan amanah, diharungi jua dengan kekuatan dan ketabahan yang ada. Tahniah buat kalian!
Tiada berita yang
paling menyedihkan apabila mengetahui pesawat MH370 telah berakhir di Lautan
Hindi. Tidak dapat digambarkan perasaan ahli keluarga penumpang dan krew
pesawat yang terlibat.
Namun, tanpa kita
sedari tiga insan kerdil yang sungguh berani berhadapan dengan media pada
setiap hari juga tidak dapat menahan kesedihan terhadap pengumuman itu.
Datuk Seri Hishamuddin
tidak dapat menahan perasaan sedih meratapi nasib MH370.
Datuk Azharuddin turut
merasa hiba ketika keluar dari dewan PWTC.
CEO MAS, Ahmad Jauhari
ditenangkan Timbalan Menteri Pendidikan di Dewan PWTC semalam.
Tiga insan ini berdiri
teguh bersama-sama menjawab segala soalan dan kritikan. Siapakah kita yang mahu
mempersoalkan kredibiliti mereka bertiga? mampukah kita memegang tanggungjawab
yang amat berat itu?
Terima kasih atas jasa,
pengorbanan dan amanah yang diberikan:
• Datuk Seri
Hishamuddin Hussein (Menteri Pertahanan, Pemangku Menteri Pengangkutan)
• Datuk Azharuddin
Abdul Rahman (Ketua Pengarah DCA)
• En Ahmad Jauhari
Yahya (CEO MAS)
Anda adalah kebanggaan
Malaysia!
cp : http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/03/3-gambar-sayu-tiga-insan-kerdil-yang.html

.jpg)






No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.