Anak yang soleh

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Salam Jumaat penuh barakah. InshaAllah..



Teruskan berdoa untuk #MH370 dapat dijumpai dengan selamat, jerebu yang digantikan dengan hujan rahmat dan cuaca yang redup, nikmat sihat dan rezeki yang berpanjangan serta doa untuk kedua ibu bapa kita jua. inshaAllah.



Ketika membelek ruang muka buku pagi tadi, terlihat satu video yang sangat meruntun hati. Allahu. Moga Allah meredhaimu, nak. Moga anak-anakku juga bakal menjadi anak yang soleh dan solehah sepertimu jua.. amiin Allahumma amiin.. inshaAllah..



Bacaan yang jelas dan terang, suara yang merdu. Ternyata lahir dari keluarga yang terdidik dengan akhlak Islamiyah yang unggul.. Allahu.. Bantu kami juga menjadi seperti ini, Ya Rahim.. amiin.. Semoga anak yang bakal lahir ke dunia ini menyaksikan dan mengamalkan semua akhlak yang mulia dan taat kepadaMu jua.. amiin Ya Rabbal 'alamin..



Jum sama-sama hayati dan mendoakan permintaan terakhir adik Luqmanul Hakim ini selain mendoakan untuk kedua ibu bapa kita juga. inshaAllah.. Al-Fatihah.














No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram