Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk terus beribadah di bumiNya. Alhamdulillah dua minggu berturut-turut rumahku dipenuhi dengan sanak saudara dan keluarga tersayang. Kalau minggu yang sebelumnya kehadiran keluargaku menghiasi segenap rumah, minggu ini pula dipenuhi oleh keluarga mertua bersama mak busu sekeluarga. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah atas nikmat bahagia dan kegembiraan ini.
Tipulah jika saya katakan tidak penat. Masakan tidak. Dengan kandungan yang makin meningkat usia ini, sudah pasti agak keletihan. Tetapi demi menghormati dan melayani tetamu sebaik mungkin, kucuba gagahkan juga diri ini. Alhamdulillah suami pun banyak membantu.
Jadual minggu ini padat dengan acara merapatkan ukhuwah dan silaturrahim antara sanak saudara yang berdekatan. Pada mulanya, kami hanya berjalan di sekitar kawasan rumah. Keesokan harinya memenuhi undangan perkahwinan di Tanjung Karang. haha. Baru kini ku ketahui Tanjung Karang itu memang jauh daripada rumahku. MasyaAllah, serius memang jauh.
Di majlis kenduri tersebut, sempat juga ku kenali saudara sebelah suamiku dan mertuaku yang tidak pernah kutemui sebelum ini. Sesi suai kenal bermula. hehe. Alhamdulillah, memang 'luas' salasilah keluarga ini. Pahang-Perak-Johor. Itulah yang dapat kusimpulkan untuk kedua-dua keluargaku ini. Pertemuan tiga negeri. Belum cerita lagi tentang asal usul dengan lebih mendalam. Alamatnya harulah kami anak-anak ni. Memang pening nak faham satu-satu. ^^ Usai majlis tersebut, bapak (panggilan bagi bapa mertua) mengajak kami ke pantai untuk mengutip kijeng (kalau tak silap la). Bentuknya seakan-akan lala tetapi besar lagi. Tak tahu apa orang sini panggil. Seronok juga. Yelah, saya dibesarkan di kawasan yang jauh daripada pantai dan sawah padi. Alamatnya memang kempunan lah kalau tak dibawa ke tempat-tempat sebegini. Hehe. Terima kasih kepada incik suami yang sangat memahamiku dan melayani kerenahku. ^_^ Malangnya, kami yang berpakaian cantik untuk ke kenduri, tidak pula membawa sepersalinan untuk mengutip kijeng itu. Jadinya, puaslah adik-adik ipar dan sepupu yang merengek bagai anak kecil meminta dibawa ke kedai bundle berdekatan. Ku turut menjadi mangsa mereka pabila dipohon membawa mereka ke sana untuk mendapatkan sehelai dua baju dan seluar. Kasihan pula. Tapi, apakan daya. Ku tak mampu. Kena minta izin incik suami dulu. huhu Kesudahannya, atuk saudara kami yang tolong kutip bagi pihak kami. Kami hanya membantu dari tepi pantai (daratan) untuk dimasukkan ke dalam baldi yang disediakan. Alhamdulillah, murah rezeki kami hari itu.
Setibanya di rumah, bapak dengan penuh semangat memasak kijeng dengan resepinya yang tersendiri. Mak pula masak kijeng dengan merebusnya seperti biasa yang kita masak kerang dan lala. Jadinya, semua kekenyangan yang terlampau dek kerana banyak sungguh makanan pada malam itu. Sesudah itu, kami membawa adik-adik dan sepupu berjalan di Putrajaya. Melayan angin malam dan perut yang terlampau kenyang. Semuanya balik kepenatan dan tidur awal.
Pagi isnin lalu (semalam), ku tidak dapat menghadirkan diri ke klinik kesihatan untuk membuat check-up dek kerana keluarga mertua masih ada di rumah. Macam tak sedap pula meninggalkan tetamu di rumah kerana suami pula bekerja pada hari tersebut. So, saya dan suami mengambil keputusan untuk skip appointment tersebut kepada hari berikutnya (hari ini). Pada mulanya, niatku hanya untuk membuat appointment, tetapi alhamdulillah, Allah permudahkan dengan terus membuat check-up seperti biasa. Kali ini lain pula rasanya kerana ku bersendirian tanpa ditemani suami kerana dia masih bekerja. Ku menjadi fobia gara-gara disuruh mengambil berat badan sendiri. Aduh! Berat semakin bertambah! T_T Berat kini bertambah agak melampau. Lebih 2 kg. Huhu. Makkkkkkkkk!!! Scary rasa. Pasrahkan hati untuk berjumpa dengan nurse yang bertugas. Tatkala kumaklumkan berat badan yang sudah bertambah itu, dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Sedih, takut, risau, nak nangis, semualah. Redha je dengan arahan nurse selepas itu. SAH! Untuk appointment seterusnya, ku diarahkan untuk minum air gula.. alahai.. =( Perkara yang paling saya risau dan cuba untuk elak. Mungkin sebab terlalu penat dan gaya hidup yang tak terkawal dua minggu ini. Bahagia makan bersama keluarga sehingga terlupa mengawal berat badan. huhu. Sabar je la. Ya Allah, permudahkanlah dan jauhilah segala yang tidak baik daripada kami sekeluarga. Peliharalah daku dan kandunganku ini daripada marabahaya dan penyakit yang tidak diingini. Sihatkanlah tubuh badan ini agar dapat terus beribadah kepadaMu jua. Amiin Allahumma amiin.. Doakan kami ya.. =) Terima kasih kesayangan sekalian.
"KASIH SAYANG ITU DAKWAH"
Assalamualaikum...





kijeng?1st time dengar ain,hihi..kalo kupang tu slalu jugak dengar:) ololo...sian kna mnum air gula...sabo ye..^^
ReplyDeletenana kimie : yup..ain pun! hee.. xtau nak describe cmne.. tp memang sedap.. plus ain mmg sgt2 suka mkn seafood+fresh.. ^_^ try la.. yup..wuwu..sob..sob..xtau rsenye cmne..kwn ckp xsedap.. =(
ReplyDelete