Assalamualaikum...
Hai, apa khabar semua? Asif jiddan.. lama sudah tidak meng'update' blog ini.. Kesuntukan masa dan kekurangan tenaga kerja untuk melunaskan kerja-kerja seharian.. Selepas tamat episod perkahwinan seorang sahabat kesayanganku itu, beralih pula ke majlis pernikahan sepupuku dan lain-lain yang berlaku sepanjang cuti pertengahan semester tempoh hari.. insyaAllah akan di'update' khas di kemudian hari.. hari ini.. hari-hari yang ku lalui seperti biasa... di awal minggu yang penuh dengan berehat.. hehe.. almaklum, masih belum tetap lagi jadual belajar.. macam-macam yang berlaku sepanjang minggu lalu.. ada yang membosankan dan ada yang menggembirakan... =) Terima kasih, Ya Rahman atas semua nikmat rasa ini..
Bermula dengan sesi pengkuliahan di sini (insyaAllah untuk semester terakhirku di sini), macam-macam yang kuhadam.. bukan sekadar dwirasa malah pelbagai rasa yang kugapai.. tapi, titik tolak dari itu, kusedar.. sedikit sebanyak yang berlaku adalah atas apa yang aku doakan dan aku mohon dari yang Maha Esa.. Alhamdulillah... sedikit sinar baru yang kurasai dalam diri ini sejak dua menjak ini.. ada rasa yang sangat berlainan..berbeza dengan semester lepas... mungkin ada yang sama, mungkin jua banyak yang berbeza.. dianjak kepada yang lebih baik, insyaAllah...Ya Allah, permudahkanlah........... amiin...
Azamku yang lalu ku perbaharui dengan episod yang baru... ada sedikit pertambahan dalam kudus cintaku... adakah mungkin aku kian matang? Ataupun perubahan hormon biasa dalam diriku ini? Semuanya hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui... Dia yang Maha Melihat dan Dia jualah yang Maha Mendengar.. Ku sungguh terharu, Ya Allah... hatiku merintih dan menangis...Kaulah saksinya...........
Wahai kekasih hatiku...
Terima kasih untuk semua rasa ini..
Terima kasih kerana mendengar semua keluhan di hati ini..
Terima kasih untuk segalanya...
Sesungguhnya...aku masih mampu...
Ya, aku juga mampu!
Aku akan terus cuba.. mencuba dan mencuba lagi...
Kabulkan permintaanku itu... amiin Allahumma amin.....





No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.