Coklat itu manis!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hari ini.. hilang sudah semua rasa.. rasa yang tidak menyedapkan.. rasa-rasa yang membuatku gelisah..gemuruh...takut...sedih dan macam-macam lagi.. alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah.. kerana telah memberiku erti kebahagiaan, erti berteman, erti bersabar dan erti hidup... subhanallah! tiada tolok bandingnya... bahagia yang tak terhingga... Syukran Ya Rahim... =)







Kisah semalam, pahitnya bagaikan hempedu... tapi, itulah makna sabar dalam perjuangan.. dalam bermujahadah... nikmatnya....Allah!! lebih manis lagi daripada coklat! Seriously! Cubalah rasa... cubalah nikmatinya... sangat enak! tak keruan bagi jiwa-jiwa yang dahagakannya... ^_^ 


Sayangku..
Dalam berteman, kita bercerita..
Dalam suka, ada derita..
Dalam kepahitan, terpalit sebuah senyuman...



Episod semalam sudah kuhadam dan kutelan sekenyang-kenyangnya.. malas nak ingat semula.. malas nak gores lagi.. hatiku sendiri tak tentu arah dibuatnya.. Sabar jelah yang mampu.. hanya Allah sahaja yang tahu.. Ujian persahabatan, bagiku sangatlah menyakitkan.. mungkin bagi sesetengah orang ianya hanya perkara remeh dan boleh dipandang enteng..tetapi tidak bagiku..tidak bagi insan sepertiku... kerana apa yang kualami adalah apa yang ku ketahui sakitnya... ku tak mahu lagi! tapi masakan bisa! kerana itulah yang mencorakkan kita.. ujianlah yang mematangkan jiwa dan tanda kasih sayang Allah kepada diri kita...




Sayangku...
Tika kau gembira..
Tika kau berduka..
Kuharapkan senyuman tetap jua terukir di wajahmu...
Kerna kutahu, kau tetap mampu!





Kepada diriku, dia dan semua, berbahagialah tika masih ada hayatnya.. semailah benih-benih cinta seadilnya.. lindungilah diri kita seadanya dan gapailah rahmat Ilahi secukupnya... Kerna mungkin esok telah tiada untuk kita... wallahu'alam...








Assalamualaikum....


P/s : Sayang awak, awak dan awak fillah lillah!!! sangat2! <3 font="">

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram