Kuserah hanya padaMU..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... usai sudah sesi menghantar pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki di Skudai.. huu.. =) everything's gone well.. syukur... terima kasih kepada mak dan ayah yang mengizinkanku untuk menghantar sahabat baikku ini juga akhirnya.. happy! Teruja.. bahagia.. Tahniah sayang... ^__^

Bertolak sesudah solat Jumaat (semalam), kami berkonvoi ke Skudai dan menginap di Scholar's Inn, UTM Skudai, Johor.. Ini pertama kali tinggal di Scholar's Inn.. Ok, nak tolong promote.. best! Nice place to stay.. and affordable! hehe..Petang tu Qayyum (pengantin lelaki a.k.a incik suami) menghidangkan perut kami yang agak kelaparan dengan pulut kuning + kuah kari kaw2! fuhhh.... mengancam! sila terliur... hehe.. sedap hingga menjilat jari ok.. hehe.. Thanks Qayyum coz memahami diriku yang telah sekian lama 'mengidam' pulut kuning.. yahooo... alhamdulillah... best! (padahal otw ke Skudai kami dah 'membaham' putu bambu free - mak pengantin perempuan a.k.a puan isteri iaitu Ainul.. hehe.. Best kan Yart? hehee... =P

Ok.. Oleh kerana kepenatan, kami tidak ke mana-mana pada mulanya.. tetapi apakan daya puan isteri terlupa nak mengambil tempahan selendangnya untuk kegunaan esok hari di butik.. so, kami pun terpaksa berjimba (ehik!) ke Giant Skudai.. hehe.. menemani puan isteri membeli-belah, ku tersenyum sendirian.. dah besar dah kawan baikku ini.. (sebak jap..huhuk! T_T) Moga kamu menjadi isteri yang solehah dan ibu yang penyayang kepada anak-anak dan keluargamu ye sayang.... amiin.... ku sayang kamu sangat-sangat! 

Malam itu, sesudah Isya', kami bergendang (sesi menumbuk inai).. dahan inai yang dibawakan khas oleh mak buyung iaitu Mira (sorry dear.. Ainul yang ajar..haha) sure orang bawah pelik apelah yang nak dimasak oleh orang atas ni.. pukul 9 malam baru nak start masak.. Apakah?! haha.. hatiku kian sebak semasa menyiapkan inai untuk memerahkan lagi inai di jari-jemari puan isteri.. sayang... ketahuilah akan kamu bahawa berat sungguh rasa di hati ini.. huhu... ku tahan jua perasaan ini.. I need to be strong! tak leh nangis-nangis depan dia. tu janjiku dalam hati.. tak lama kemudian datanglah seorang lagi sahabat baikku, Anati.. yeah... havoc! Kecohla rumah kami seketika melayan dan bergurau-senda sesama kami.. happy.. =) Thanks semua.. Usai menginaikan jari-jemari puan isteri, saya bertemu dengan seorang lagi sahabat baik saya iaitu Azyma.. hehe.. Alhamdulillah... memori yang menggembirakan... hari bersama 'girlfriends'... terimbau kembali zaman dulu-dulu tika kami di sekolah perempuan kami.. hehe.. kamilah raja, kami jualah permaisurinya..haha. malam itu ku gagal tidur bersama puan isteri kerana telah di'kidnap' oleh si anak dara cilik, Batrisya... huhu.. Kejam ok!


Keesokan harinya.. bangun awal kerana tidak mampu tidur.. berubah tempat mungkin.. hee.. makan sarapan pagi di Pak Lah's cafe.. best! rindu sangat! kemudian, menyiapkan inai di jari-jemari kaki puan isteri pula.. ok.. puan isteri tak mahu dengar nasihatku semalam supaya pakai di kaki juga... adoii.. geram! Awak comel sangat ok! =P Kami menghitung waktu untuk majlis persandingan.. melihat puan isteri disolekkan, ku makin yakin.. ya, dia sudah dimiliki! Sayang.... maafkan daku kerana terlalu menyayangimu... mungkin sebab kita dah lama tak jumpa... jumpa semula bila kamu dah nak kahwin.. huhu.. ku tetap merasa bahagia melihatmu di persandingan itu.. melihat semua tersenyum dan bergelak-ketawa, terubat sedikit hati ini... moga dikau bahagia bersama incik suami ya.. jaga diri elok-elok.. incik suami....please..please..please jaga dia untuk saya... =) 

Kupesan kat Yart supaya mengingatkanku JANGAN MENANGIS! Apakan daya.. ku tak mampu sorok lagi.. ku kalah dengan emosiku... maafkan daku sayang... kerana telah menitiskan air mata di hari bahagiamu... ku telah berjanji, tapi ku gagal... pada mulanya, ku tak mahu bersalaman dengannya..kerna ku tahu, ku pasti menangis lagi.. tapi, kejamlah kan kalau tak salam dengan dia.. so, terbukti! Ku kalah... T_T air mata yang ku tahan sejak semalam akhirnya tumpah jua.......... semua yang ada di situ terdiam dan suasana tetiba jadi pilu... huuu.. malu... tapi, ku memang tak mampu tahan.. ku luahkan segala rasa hatiku padanya tika memeluknya untuk kali terakhir sebelum berangkat pulang ke rumah... ku tahu kamu memahami akan isi hati ini... sayang... jaga diri ya... Ok... aku menangis lagi... walaupun tengah menaip sekarang... huuuu... Una a.k.a adik puan isteri sangatlah nakal sebab merekod sesi air mataku itu.. Oh tidakkkk!! malu! =( hahahaha.. so, sila padan muka saya.... nak nangis, nak touching depan orang ramai lagi.. hahaha.. padanlah sangat muka itu.. heheheheheh...ku menerima pelukan kasih sayang daripada mak dan kakak-kakak puan isteri.. semuanya berusaha memujukku untuk tidak bersedih dan jangan menangis lagi.. Puan isteri pula tidak ketinggalan mengingatkanku untuk tidak menangis lagi dan meyakinkanku untuk bertemu denganku lagi selepas ini.. walaupun dia telah dimiliki oleh incik suami.. Kepada incik suami, sila izinkan dia untuk bertemu dengan saya, boleh???? =) BOLEH, yeah!! terima kasih... 


Ok.. harap maaf.. tiada gambar kami tika di Skudai untuk di'upload' di post kali ini kerana terlebih menangis dan semua gambar di hp Yart... Terima kasih kepada semua girlfriends yang sangat loving dan terbaik!!!! sayang korang sangat-sangat... Yart cakap, 'Bila la kita pulak nak kahwin ek?' hehehe... Amiin.. insyaAllah... Yart...aku tunggu berita daripada kamu pula ye... hehehehe... sebarkan bahagia.... assalamualaikum....




incik suami & puan isteri





beautiful bridesmaid...  ^__^






Credit to Daing sebab upload gambar ini kat blog dulu..so boleh la saya pinjam untuk di'paste' di sini pula. =)

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram