Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ini masih diberi
keizinan untuk terus menghirup udara segar dari pepohon nan menghijau secara
terus dari birai tingkap di hadapan meja ini.. Subhanallah! Alangkah indahnya
nikmat melihat keindahan ciptaan Ilahi.. Terima kasih Ya Allah! Hari ini agak
rehat sedikit.. oleh kerana tiada kelas, minat dan semangat untuk membuat
sesuatu yang mendatangkan faedah membuak-buak dalam hati ini.. Ya Allah,
permudahkanlah.. =) bangun seperti biasa, solat subuh dan mandi, terus duduk
depan birai tingkap.. meneroka alam dengan sepasang mata kurniaanNya.. Maafkan
daku, Ya Rahman kerana tidak menjaga dan menggunakan sebaiknya nikmat ini...
akan kucuba usahakan untuk berkurangan 'power' seperti sebelum ini.. insyaAllah..
tersenyum gembira melihat tupai-tupai bertebaran melompat ke sana ke sini..
girangnya! bahagia sungguh.. hehe.. jeles pula.. hoho.. =P tiba-tiba, hatiku
menjadi sayu.. terkenangkan keluarga di rumah.. ops! STOP IT! Kusemat azam yang
tinggi untuk sem terakhir di sini insyaAllah.. Ayuh! Majukan langkah kita.. =)
Usai mencuci kain, masuk bilik,
kuterima satu mesej daripada sahabatku, Aida.. "Ain buat ape? Aida nak
buat SIEP dekat kampus, jum!" Hehe.. ini satu perkara yang menarik..
walaupun pada asalnya lain perancangan yang inginku laksanakan.. tidak mengapa,
demi Aidaku yang comel ini, kusanggup! ^_^ tiga hari sudah aku masih tidak
dapat menggunakan perkhidmatan online di sini.. broadband yang ada seperti
tiada fungsinya.. hmm.. Tolonglah, Ya Allah.. ku mohon... T_T kami berjalan
kaki ke kampus. Aida nak selesaikan SIEP di perpustakaan.. Ini sudah baik!
hehe.. jum! Setibanya di perpustakaan, aku dengan penuh keterujaannya membuka
laptop.. alangkah sedihnya gagal lagi.. semangatku hampir mati.. kuberjalan
mencari buku yang berkaitan.. kulihat Mus, 'classmate'ku di ruang tengah
perpustakaan.. Alhamdulillah.. Allah bantuku... =) Mus mencadangkan cara
terbaik untuk menarik satu wayar dari pc.. Oh NO! takutttt... >.<
alhamdulillah...dapat online dah.. hehe.. tapi hanyalah sementara bak kata Kak
Erra... setelah ku restart,tiada sudah kedamaian itu.. hmm.. senyaplah sampai
ke sudah..





No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.