Short Vacation

Assalamualaikum...


Alhamdulillah.. arini sangat mengujakan.. YES! Short vacation.. =) alhamdulillah... kami tak plan pun.. pagi tadi selepas kelas Arab, bergegas ke kereta.. Maaflah kawan-kawan... kena tunggu lama.. dek kerana saya yang reti berjanji, tapi terlewat.. aduhai..

Back to our plan.. Bertiga.. jadi berempat.. pujuk-pujuk jadi berlima.. wah.. meriah! sangat meriah! hehe.. Thanks semua! Korang best! heee  ^___^ daripada kancil jadi iswara.. wah.. dengan penuh semangat ke Tanah Merah untuk menemaniku menguruskan kad yang tak pernah settle..


Ajam, E dan Syuk - Classmate




Setibanya di Maybank.. Allahu akbar! Sangat mengujiku.. payah benar nak berurusan dengan Maybank Tanah Merah ini.. Dah la jauh nun sana.. duit tambang sewa kereta lagi, duit minyak.. macam-macam nak kena bayar untuk sampai ke sana.. (membebel sudah.. T_T) Tapi, cukuplah.. lima kali sudah ke sana.. cukuplah.. letih.. tak mahu dah berurusan dengan mereka.. Kesian kawan-kawan saya.. mujurlah mereka ni sangat comel dan sporting.. terpujuk jugak hati ini.. 


Thanks you'll! Credit to Ajam as photographer.




Dengan secara tak sengaja.. kami pun terbang ke Thailand.. Ops!! (mesti kena kutuk laju-laju bila cakap Thai in public) adeyh... =.= erm.. Ya.. Saya dan kawan memenuhi hari-hari yang lapang dengan bercuti ke Thailand.. Pergi balik je.. hehe.. seronok! Sangat! Terima kasih semua! Korang sangat happening.. =) Nikmatnya berukhuwah keranaNya.. alhamdulillah....


Bot yang kami naiki untuk ke seberang.. yabedabeduuu...... ^__^




Kami berjimba ke Mundok, Thailand.. orang sana sebut Munok.. sama macam Rantau Panjang, Kelantan ni.. Tapi, seriously, sangat MURAH!!!! (cepatlah serbu please........ hihihi) Saya sangat teruja.. semalam saya sanggup lagi online nak tau sangat Mundok tu macam mana.. yes! sesampainya di sana.. ya!! Sangat sama dengan apa yang saya tengok dalam internet semalam.. wah! Teruja! hahaha.. dan tak ketinggalan untuk bergambar macam dalam internet tu.. hahaha. cuma sedih tak dapat bergambar atas bot.. ehem! malu.. lagipun sekejap sangat.. memang tak sempat.. Sob.. Sob.. =( 




Jauh beza sangat harga sana dengan Rantau Panjang.. Sangat betul ok! Percayalah.. ok.. lepas ni saya dah ada tempat best dan baru untuk bawa family bercuti di Jeli.. haha.. ^_~ Mak... save budget ok! Teheee... =P Excited sangat! haha.. Selepas berpanas terik, berpeluh-peluh semasa membelitakbolehbelah.... kami balik semula ke Malaysia.. acah-acah gi oversea la kan.. hihihi... 



Zuupppp! terbang pula ke Rantau Panjang.. hehe.. Sorry.. Kami memang sangat nak buat 'gila' hari ini.. Ya! Kami berjaya.. shopping sakan sehari suntuk! Bercuti ke Rantau Panjang pulak.. ayuh!! =D Tapi, semua macam dah lari budget.. cuma tetap berdegil nak membeli jugak.. tak satu, dua.. ahaha.. Best kan kami? ^_^    


Nasi goreng biasa Mundok = Nasi goreng seafood Kelantan.. Slurpp!


Usai sudah berhabisan duit, kami bergerak pulang ke Jeli.. Sebelum itu... kami berhenti solat di Masjid Beijing.. hehe.. sorry, tak tahu nama sebenar masjid tu.. hehe.. sangat cantik! tu kali kedua saya solat di situ.. selalunya lalu-lalu je sebab rushing nak ke KB.. Rumet saya pula tak pernah jejak kaki ke situ.. so, bagilah peluang untuk dia sakan bergambar di situ pulak.. hehe.. tapi, dia sangat comel.. malu-malu.. ahhaha.. Sorry dear.. =P



Best sangat.. setiap masa kami tak kering gusi bergelak ketawa.. bahan-membahan.. macam tu lah sepanjang masa.. pantang ada peluang.. walaupun lahiriahnya kami ni tidak sama dan tak serapat mana, tapi berukhuwah kerana Allah, kami sangat-sangat sekepala.. enjoy bersama sahabat-sahabat yang memahami dan easy going.. Thank you, Allah.. =) Hilang segala penat dan masalah seketika bersama mereka yang sangat baik hati ini.. Memori ini pasti takkan kulupakan.. lain kali kita bercuti bersama lagi ye.. lagi ramai lagi seronok! Terima kasih semua.. 




No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram