![]() |
| Big surprise from little sweet girl named Sofie. Thanks dear! |
Alhamdulillah... arini ku masih diberi keizinan untuk terus bermujahadah dan beribadat kepadaNYA jua.. Terima kasih, Ya Allah! Moga dengan pertambahan umur ini seiring dengan pertambahan iman dan amalanku untuk kusemai di akhirat kelak.. amin, insyaAllah..
Terima kasih sahabat-sahabat yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan dan kesejahteraan bersama.. yang selalu bersamaku tika suka dan dukaku.. Alhamdulillah.. ku bersyukur punya sahabat seperti kalian.. kalian lah yang banyak mengajarku erti hidup ini.. Syukran jazillan.. =)
Kebersamaan seorang sahabat tika suka dan duka tiada galang gantinya.. Ya Allah, terima kasih kuucapkan.. tanpa kalian,ku tiadalah apa.. rasa rindu pula.. pada semua.. biar yang jauh di mata apatah pula yang hanya seinci cuma.. Ku sayang kalian! Ku rindu kalian! Ku pasti rindukan kalian semua.. jaga diri elok2 ye.. Kenanglah daku dalam setiap lafaz kudusmu dan rintihanmu kepada Allahu Rabbi.. sehingga kini masih tidak putus-putus lagi sahabat-sahabat mahupun sanak saudara yang mengucapkan Selamat Hari Lahir juga mendoakanku.. Ya Allah, berikanlah kebaikan sebaik-baik kebaikan kepada mereka ini.. kerna ku amat menyayangi kalian.. Tetiba in the moment nak bersajak.. adehh. =.= nanti-nantilah nak dedikasi sajak pula ye.. hehe..
Pagi-pagi diiringi dengan lafaz syukur dan doa daripada mak dan ayah yang tersayang.. Ya Allah, sungguh aku tahu bahawa aku sangat merindui dan menyayangi mereka! Peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku sejak kecil lagi.. Mak..Ayah.. rindu! Mak sangat comel arini.. haha..
"Maaflah tiada hadiah, cuma iringan doa dan restu daripada mak dan ayah untuk adik supaya beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat, menjadi anak yang solehah dan mencapai apa yang dihajati dalam hidup ini."
amin.. amin, Ya Rabb... Terima kasih mak, ayah!
wallahu'alam...





No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.