Best Moment in Trip..

" Assalamualaikum.. Hi, sayang.. Awak free weekend ni? "

" Waalaikumussalam.. Hai, dear! Lama tak jumpa.. Yup, free la jugak.."

" Sayang sihat? Ingat nak jumpa.. Saya turun KL this weekend."

" Seriously?? Yeah!! Happy2! Tak ada pape pun minggu ni.. Just nak celebrate 4th year anniversary. Hik3! "

" Yeke?? Alhamdulillah... tahniah2! "


Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. penat balik dari bercuti bersama classmate tak habis lagi.. Bercuti in terms of educational trip.. ehem! Hope so.. =) Untuk pertama kalinya sepanjang bergelar mahasiswi, ku menjejakkan kaki ke MAHA 2012 di MAEPS, Serdang, Selangor.. Tak terkejar rasanya nak menghabiskan semua tempat. Berkunjung dari satu tempat ke satu tempat tak boleh nak ambil masa lama.. Cukuplah sekadar melihat dan mengakses secepat mungkin info yang ada..

Cuaca yang panas terik tidak menenggelamkan beribu umat untuk beramai-ramai ke tapak ekspo ini. Ya Allah! Sungguh ramai! Menarik! Boleh kata semuanya sun burn.. Banyak, terlalu banyak program dan tempat-tempat yang menarik. Nak dengan Tak Nak je.. Larat atau tak.. Itu je jawapannya.. 

Berjalan-jalan bersama sahabatku Fadhilah dan Kak Imah.. Dari satu dewan ke satu tempat yang lain tema dan gayanya hingga kami sesat! ahaha.. ^_^ sesat entah ke mana.. Almaklum, kami budak baru belajar... Map di tangan sekadar hiasan.. Berlagak persis heroin yang hebat.. tahu hala tuju.. Nah! rasakan.. Berdezup-dezup kehujanan peluh di tubuh kami.. Allahu Rabbi! Sihat badan, Sihat minda katanya.. hehe.. 

Untuk kesekian kalinya, kami berehat sambil bergambar.. Saya berjumpa dengan ibu rumetku, Yan.. Seronok sangat sebab Aiman pun turut serta.. hehe.. sedap main pipi tembam dia.. sangat comel! =) Aiman baik orangnya.. sopan dan santun.. Alhamdulillah.. Senyuman yang diberikan kepadaku membuatku hilang segala letih dan jerih untuk sampai ke Pavilion itu.. haha..

Banyak info yang ku jana daripada trip kali ini.. Biar tidak sebanyak orang lain, biar tidak seluas MAHA 2012, tapi cukuplah daripada tiada apa-apa faedah yang dapat ku ambil.. =) Terima kasih, Ya Rahman kerana mengizinkanku menjejakkan kaki ke MAHA jua.. Secara tak sengaja, dapat juga untukku mendapatkan apa yang daku idamkan selama ini.. (adakah?) haha.. Alhamdulillah...


Cantik kan?? hehe 


Bukan sekadar itu.. ku dapat bertemu dengan penyelia-penyelia sepanjang LI di IVM dulu.. Allah! Sungguh aku rindu! ^_^ Alangkah beruntungnya bila mereka masih mengenali diri ini.. Bahagia melihat wajah-wajah yang mendidik dan mengajarku erti realiti dalam hidup ini.. Terima kasih,cikgu! Tidak dilupakan juga buat rakan taulan dari segenap umur sepanjang saya hidup turut dapat ku ketemu.. Alhamdulillah.. Terima kasih kalian yang sudi datang dari jauh mahupun dekat, yang sengaja atau tidak sengaja datang untuk bertemu denganku.. hehe.. Ku sungguh terharu! =)

Pengalaman dan pengajaran yang ku kutip dari program ini pasti takkan kulupakan.. Terima kasih, semua! Ku sayang kalian kerana Allah.. insyaAllah... Moga Allah merahmati dan memberkati hidup kita semua.. amin.... 



wallahu'alam.. 



" Jannah, sesuailah Jannah dengan dia. Hee.. "

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram