Awak.. Saya nak bertunang!

" Awak... saya nak bertunang! " (dengan pipi merah-merah dan nak sorok bawah katil)

" Seriously?? Alhamdulillah... Bila tu?? "

" InsyaAllah.. nanti saya bagitahu semula."

" Jangan lupa tau! Saya WAJIB tahu.. hihi " (over-react a.k.a exciting stage)

" Sure, insyaAllah.. Awak doakan ye.. ^_^ "

" Mestilah sayang... kan saya sayang awak.. "



Dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim... Segala puji bagi Allah yang menciptakan seluruh langit dan bumi serta melimpahkan selautan kasih dan sayangNya kepada kita semua.. Syukur alhamdulillah atas nikmat kurniaanMu, Ya Rahman... Apa khabar sahabat-sahabat yang kukasihi sekalian? Moga sentiasa sihat dan beroleh ketenangan hidup yang berpanjangan dengan kebaikan dariNya jua.. amin... Dah sampai akhir tahun jugak kita akhirnya.. Alhamdulillah.. Ya Rahim, panjangkanlah umur kami dengan kebajikan dan kebaikan.. amin Allahumma amin... insyaAllah... Hujung tahun-tahun begini.. Kelantan atau negeri-negeri di Pantai Timur sibuk dengan isu banjir.. Sahabat-sahabat di PC tidak ketinggalan untuk meng'update' keadaan dan situasi banjir di sana.. Semoga kalian tabah dan berhati-hati ye.. Jangan terlalu suka sangat nak 'diving'.. Hik3! ^_^ 


Sahabat-sahabat yang kusayangi sekalian..

Akhir-akhir tahun sebegini masih ramai yang tidak ketinggalan untuk mengisi kalendar masing-masing dengan agenda tersendiri.. termasuklah... NIKAH KAHWIN! =) Kepada yang telah berkahwin, akan berkahwin atau sedang menjadi tunangan orang, alhamdulillah... barakallahufikum... Semoga Allah memberkati hidup kita semua.. amin.. Selamat berbahagia kepada semua di dunia dan akhirat... tidak dilupakan untuk sama-sama menyemai bunga pahala tika di dunia ini... insyaAllah.. Akhir-akhir ini, banyak berita-berita yang menarik, membahagiakan, mengujakan dan menyeronokkan hadir dalam kamus hidupku... Terima kasih, Ya Allah... Ku sungguh terharu dan gembira! ^_____^ (ehem! mukadimah panjang lebar.. maaf2!)





Sahabat...
Kaulah teman, kaulah penghibur dan kau jualah penerima..

Teman tika jatuh dan bangunku..
Penghibur tika duka dan laraku...
Penerima kepada segala tingkah lakuku....


Terima kasih, sahabat...


Episod kali ini ingin kuutarakan tentang ceritera-ceritera manis di penghujung tahun... Ramai sahabat-sahabat seperjuangan dan senior-senior yang sudah melangkah ke lembaran yang baru iaitu jinjang pelamin.. Suka, bahagia melihat kalian.. moga kalian turut mendoakan daku jua.. terima kasih.. =) Mengikut adat, sebelum berkahwin, mestilah bertunang.. sebelum bertunang, perlulah merisik... dan sebelum merisik, perlulah berkenalan.. (adakah??) OK. Isu itu akan dikupas oleh yang lebih arif lagi bertauliah.. Episod perkenalan tidak semestinya akan menjanjikan sebuah perkahwinan.. Dan sebuah perkahwinan tidaklah bererti memberi jaminan kebahagiaan. Semua itu perlu dicorak dan diwarnai oleh kita sendiri.. si pelaku cinta.. Sentuh bab-bab cinta, alahai.. ramai tak senang duduk.. kan? hehe.. normal.. lumrah seorang manusia dan juga makhluk.. ingin rasa disayangi, dicintai, menyayangi dan mencintai.. 

Dari mata turun ke hati.. 

Sebanyak manakah relevannya pernyataan ini?? Tanyalah fatwa hati.. Hati yang bersih disinari dengan nawaitu yang benar dan dilontarkan dengan lidah yang sering mengucap zikrullah serta perlakuan yang 'abid' dalam menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah.. insyaAllah.. ayuh kita istighfar banyak-banyak... Astaghfirullahal azim... 


" Sayang... Save the date! "

" What?? Nak kahwin ke?? "

" Hehe.. insyaAllah.. doakanlah... "

" Amin.. Alhamdulillah... InsyaAllah.. When is your BIG day? "

" InsyaAllah, 26 Januari  next year.. heee"

" Amin.. mudah-mudahan... insyaAllah.. sure, I'll come!  Tema2?? "

" err... (bisik jap) Shhh.. keep it secret! "

" Haha.. I knew it! Saya nak kahwin.. heee.. " tetiba... =_=



Yeah! Sahabat karibku akhirnya bakal menjadi suri kepada si suami.. Tahniah sayang! Kubangga! Kubahagia! =) Save the date! In with the theme.. heeee... Sayang.. saya tak tahu nak cakap macam mana.. Kami dah bincang.. insyaAllah tak lama lagi.. ^_^ inilah antara ayat-ayat sahabat-sahabatku semasa berkongsi rasa  denganku.. Ya Allah.. luruh bulu mataku... hiba berbaur gembira sangat-sangat! Sungguh... Jika bukan aku yang mendahului, biarlah sahabat-sahabatku terlebih dahulu merasainya... Itu sudah cukup membahagiakan hati ini.. Rintih hatiku setiap kali menyebut lafaz sekudus doa.. Sabarlah wahai hati-hati yang sedang mencari dan menunggu.. insyaAllah akan tiba saat itu buatmu.. dan buatku jua.. =) Bukan terlewat atau dah terlambat.. tapi yakinlah... Allah sedang menyusun dan sudah menyediakn yang terbaik untukmu kelak dan akan datang... senyum sayang... =)) 


Sayang.. saya nak kahwin awal.. nak meramaikan umat Muhammad s.a.w. (sambil berselawat)... nak beroleh pahala dalam setiap pandangan, setiap sentuhan dan setiap ibadah.. Subhanallah! Indahnya sebuah perkahwinan.. Halal lagi.. Best kan? Nanti nak didik qader-qader yang soleh dan solehah.. Bina jemaah usrati jannati... Moga beroleh keredhaan Allah... amin... Jom kahwin! 



Cepat atau lambat, semuanya dalam pengetahuan yang Maha Esa.. Berlapang dadalah wahai hati dan persiapkanlah dirimu setiap masa dengan ilmu-ilmu berumahtangga dan berkeluarga.. moga tidak kecundang di hari esok.. Berkahwin dan berumahtangga adalah dua perkara yang berbeza.. berkahwin mungkin sekali seumur hidup.. (insyaAllah..) tapi... berumahtangga adalah kebersamaan dalam mengharungi hari-hari dengan corak dan warna yang kita mahu.. continuously... Penuhilah dada-dada dengan ilmu Allah dan aplikasikanlah dalam kehidupan seharian.. didiklah anak-anak dengan apa yang Allah suka.. bukan apa yang kita suka mahupun mulut-mulut yang ingin mereka cipta.. INGAT! Hidup di dunia ini sekali cuma.. Apa yang kita lakukan pada hari ini mungkin akan memberi efek kepada anak cucu nanti.. wa nauzubillah.. Ya Allah, ampunkanlah segala khilaf kami dan pimpinlah kami ke jalan yang Engkau redhai... amin...... 


Kepada Empunya hati ini... bersabarlah.. 
akan sampai juga saat itu untukmu.. ^_~

I'm not single, I'm not taken, I'm simply on reserve for the one who deserves my heart.







Anakku..Ketika kita berencana maka biarkanlah Tuhan yang menjadi penghapusnya dan menggantinya dengan yang lebih baik..




insyaAllah... Wallahu'alam... Assalamualaikum... 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram