
Wahai Ali, ada tiga perkara jangan ditunda-tunda; solat apabila telah tiba waktunya, jenazah apabila telah siap penguburannya, dan perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya. - Hadis riwayat Ahmad.
Assalamualaikum...
apa khabar sahabat2 sekalian? moga sihat sejahtera hendakNya...amin.. usai dua hari daku melampiaskan tekanan dan stress dengan berehat sahaja.. hehe.. berehat tidak bererti meninggalkan amanahku sebegitu sahaja... ada tugasan lain yang baru diadaptasikan dalam kehidupan ini.. sebagai penambah baik dan penyeri hidup ini.. insyaAllah...
dalam pada gembira meniti hari-hari dengan senyuman, macam-macam yang berlaku.. macam-macam yang bermain di kotak fikiran ini... sama ada ya atau tidak, ku pasti dan perlu tempuhinya jua kelak... =) bercakap mengenai hal ini, membuatkanku tersenyum.. sesungguhnya, senyuman itu menenangkan jiwa... insyaAllah
minggu lepas baru sahaja mendapat jemputan walimah dua orang sahabatku... satu di puchong, satu di batu pahat.. alhamdulillah... masih berkira-kira lagi bagaimana caranya untuk ke puchong.. moga Allah permudahkan..insyaAllah.. teringin sangat untuk ke puchong..apakan daya.,jika tiada kelapangan insyaAllah akan pergi ke Terengganu kelak...
alhamdulillah...arini mendapat satu lagi panggilan walimah.. seruan baitul muslim.. doa kami termakbul...syukur alhamdulillah... memang ini saat-saat yang kami tunggu.. mabruk!! berita kusambut dengan kesyukuran dan sujud syukur pada Ilahi atas kurniaan ini pada sahabat dan sahabiahku... alhamdulillah... Allah mendengar rintihan doa kalian dan kami jua.. mohon doa dari kalian jua ye.amin..heee ^_^
pesanan buat sahabat karibku:
1) hiasilah keluargamu dengan bimbingan ilmu agama dan mentauhidkan Allah yang Esa
2) pagarilah keluargamu dengan alunan zikrullah dan Qalam Allah..
3) cantikkanlah zaujahmu dengan keimanan dan kasih sayang hanya kerana Kekasihmu..
4) cintailah keluargamu kerana dahagakan kasih sayangNya dan mengharapkan mardhatillah (redha Allah jua)
5) sabarlah dalam menempuh segala mehnah dalam alam perkahwinan..
6) kukuhkanlah keimananmu padaNya dan tetapkanlah matlamat hidupmu dalam memimpin dirimu dan keluargamu itu..
7) berhemahlah dalam melaksanakan tugasan dan bermusyawarahlah dalam membuat keputusan..
8) bijaklah menangani ujian dariNya dan senyumlah tika susah dan senangmu..
9) taatilah abi wa ummi dan jangan lupa untuk membahagiakan mereka jua..
10) kahwinilah zaujahmu serta keluarganya agar beroleh ketenangan dan kesejahteraan yang berpanjangan
11) doakanlah daku agar bertemu zauj yang soleh, imam yang taat pada Allah dan murabbi dalam membina usrati jannati ini.. amin.. insyaAllah..
pesanan buat sahabiahku :
1) taatilah zaujmu selagimana dia taat pada Allah yang Satu
2) gembirakan dan bahagiakanlah dia jua keluargamu dengan limpahan kasih sayang dan senyuman dari hatimu yang tulus dan ikhlas
3) tetapkanlah imanmu untuk terus sama-sama berjuang dengan zaujmu dalam mempertahankan maruah dan agama Islam
4) didiklah qadir-qadirmu dengan syari'atullah..
5) kenyangkanlah zaujmu jua keluargamu dengan keunikan dan kekreatifan hasil air tanganmu itu agar beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat; mampu mengikat dan menawan hatinya jua.. insyaAllah
6) sabarlah dan bijaklah dalam menangani masalah rumahtangga dan bermusyawarahlah selalu bersama ahli keluargamu
7) bantulah dan ringankanlah beban zaujmu dan bertindaklah sebagai pelengkap rusuk kirinya dalam melalui liku-liku kehidupan ini
8) jagalah tingkah laku dan kehormatanmu demi nama dan maruah zaujmu jua agama yang dianuti olehmu..
9) doakanlah daku agar beroleh zauj yang soleh dan mampu memimpinku menuju Al-Jannah..amin..insyaAllah
Tahniah dan berseronoklah kalian kerana keseronokan yang hakiki adalah yang dapat meraih keredhaan Allah S.W.T. dan yang mendatangkan ganjaran pahala kepada kita. Keseronokan yang sebenarnya juga adalah apabila semua yang kita lakukan itu dikira sebagai ibadat kepada Allah jua.. amin..insyaAllah...
Barangsiapa yang menikah maka dia telah menguasai separuh agamanya, kerana itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuh lagi. - Hadis riwayat Al-Hakim.
Pesanan buat diri sendiri & semua :
1) Iman perlu dimantapkan setiap hari, ilmu perlu ditimba setiap waktu, hikmah perlu dikutip dalam setiap kejadian yang berlaku dan hukum serta syariat perlu sentiasa dipatuhi setiap hela masa itu.
2) Rumah tangga dan kehidupan seharian perlulah bertunjangkan iman kepada Allah. Apabila agama tidak dijadikan tunjang dalam rumah tangga mahupun kehidupan kita, maka jauhlah ia daripada rahmat Allah. Wa nauzubillah..
3) Jika daun pintu yang berfungsi untuk melengkapkan sebuah rumah dicabut dan digunakan untuk menggantikan atap yang bocor, sudah tentu fungsi pintu tersebut akan hilang dan jadilah rumah tersebut tidak berpintu.Setiap cubaan dan dugaan itu tetap akan ada dan perlu kita lalui walau di mana dan siapa pun diri kita. Semua orang perlu memainkan peranan masing-masing dengan jayanya barulah mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Saling bertolak-ansur dan memahami akan tugas masing-masing menjadi kunci kejayaan hidup.
4) Tiada siapa yang sempurna, tetapi cubalah untuk menjadi seorang yang sempurna pada pasangan masing-masing.Berusahalah untuk membuang sikap mazmumah dan menanam sifat mahmudah dalam diri agar beroleh keharmonian dalam rumah tangga yang kekal hingga ke syurga..amin.insyaAllah
5) Penuhilah ilmu dan iman di dada serta redhalah pada kekurangan pasangan kita, barulah semua masalah dapat ditangani bersama dengan berhemah. insyaAllah
- SELAMAT MENUJU KE GERBANG PERKAHWINAN..
- AHLAN WA SAHLAN YA BAITUL MUSLIM..
****** ~SELAMAT BERCINTA HINGGA KE SYURGA~ **********
>> Asif jika ada khilafku.. ayuh belajar dan mengaji.. fight for the last paper, but it musn't end till the last breathe.. ma'attaufiq wannajah fil imtihan.. insyaAllah..
Assalamualaikum....




No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.