memandangkan sekarang dah musim sahabat-sahabat mendirikan rumah tangga.. berbaitul Muslim... nak share juga bait-bait cinta daripada seorang sahabat, Akhi Abu Hanifah dalam melampiaskan rasa kasih dan cintanya kepada sang zaujah, Ukhti Ana Najwa tanpa mengenepikan cintanya yang lebih pada Allah dan RasulNya... jua coretan kasih daripada ustaz-ustaz yg sudah awal merasai nikmat cinta dalam berumahtangga.. sekadar renungan, fahaman, amalan bersama jua kelak.. insyaAllah...
kepada yang bakal berkahwin, bakal bernikah... saksikanlah.. amalkanlah.. hayatilah... dan nikmatilah... cinta dari Dia.. yang Sejati... yang Hakiki...
insyaAllah..
KEBAIKANNYA DISYUKURI, KEKURANGANNYA DIREDHAI... insyaAllah bahagia dunia akhirat..
·٠•● ♥ Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu
si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa. Jikalau Allah berkehendak, gunung pun boleh hancur lebur, kalaupun gunung boleh hancur lebur, bagaimana tidak dengan hati manusia yang lembut dan rapuh? ♥ ●•٠·
·٠•● ♥ Hidup ini adalah perjalanan. Dan di tengah perjalanan itu, kita akan melalui satu kawasan berkabus yang mempunyai selekoh tajam. Kabus itu bernama Cinta. Yang tidak menyusun langkahannya dengan baik, akan melanggar penghadang selekoh, dan jatuh ke dalam gaung yang mencelakakan. Engkau wahai Sahabat, engkau sedang melalui Kabus Cinta itu. Kalau engkau tidak menjaga langkahan engkau, dan ingat kembali tujuan asal engkau bercinta, engkau akan terbabas di selekoh tajam itu, dan jauh ke gaung celaka.. ♥ ●•٠·
·٠• ● Dalam kehidupan berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai. ● •٠·
·٠•● ♥ Asalnya "CINTA" milik ALLAH
Perginya "CINTA" dengan izin ALLAH
Hilangnya "CINTA" kehendak ALLAH
DICINTAI & MENCINTAI adalah 'ANUGERAH' ALLAH ♥ ●•٠·
Isteri yang 'mahal' lagi 'bernilai' pada pandangan Islam ialah isteri yang tidak meletakkan darjat & kemuliaannya kepada wang & harta, tetapi kepada iman & kasih dalam jiwa dan hatinya. Kalau diletakkan nilai dirinya kepada wang, wang akan hilang serta habis. Kalau diletakkan kepada iman & kasih suci dlm hatinya ia akan berkekalan sehingga hari kiamat dan seterusnya membawanya ke syurga. InshaAllah. Zaharuddin.net
·٠•● ♥ Cinta sejati tidak akan berakhir dengan penamat yang menggembirakan kerana cinta yang tulus dan suci itu sesungguhnya tidak akan pernah berakhir...Sesungguhnya pengakhiran cinta yang sedih mungkin ada tercalit hikmah yang kita sendiri tidak tahu apa yang Allah berikan pada kita nanti.... ♥ ●•٠·
·٠•● ♥ Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan.
Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak- jejak harapan.
Allah SWT sedang berbisik kepadamu...
Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau
menghadap. Allah SWT Maha Mengetahui… ♥ ●•٠·
Awak...
Hari ini...kat sini...
saya janji...semua ini untuk awak..
sebab memiliki awak adalah anugerah terindah pernah saya miliki...Terima kasih awak....
·٠•● ♥ Kerana cinta Illahi...aku masih bernyawa...
Kerana cinta Illahi...aku dilahirkan sebagai manusia yang cukup sifat..
Kerana cinta Illahi...aku masih m'punyai ibubapa...
Kerana cinta Illahi...aku berubah menjadi insan yang lebih baik...
Kerana cinta Illahi...aku m'punyai pekerjaan...
Kerana cinta Illahi...aku dipertemukan dengan isteriku Ana Najwa
Kerana cintaMU..Aku beragama ISLAM.... ♥ ●•٠·
·٠•● ♥ " Selama mana pun kamu SETIA, sehebat mana pun kamu MERANCANG, sejauh mana pun kamu MENUNGGU, sejujur mana pun kamu MENERIMANYA, jika ALLAH SWT tidak menulis JODOH kamu bersamanya, kamu tetap tidak akan bersamanya.." ♥ ●•٠·
·٠•● ♥ Aku Ingin engkau tahu...
Cinta aku satu...
Tercipta buat dirimu..
Hanya... Untuk kamu... ♥ ●•٠·

·٠•● ♥ " Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah."
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia. Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan KEKURANGAN diri kita sendiri.' ♥ ●•٠·
♥..Cinta abadi bukan letaknya pada rangkulan cinta manusia, juga bukan letaknya pada hebat cinta seorang insan. tapi tunduknya kita pada keihklasan sebuah ikatan yang ditengah-tengahnya terletak sebuah cinta yang paling agung..♥
·٠•● ♥ Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum ketika melihatmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat aku balik dari mencari rezeki
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika engkau menangis...aku terus menyapu airmatamu dan mengusap kepalamu...
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan..Aku sangat menyayangimu..dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….Isteriku Tersayang Ana Najwa
♥ ●•٠·
·٠•● Sayang suami awak? Sayang ayah awak? Kalau sayang, kita usaha tutup aurat dengan sempurna ya.. Kenapa, suami dengan ayah berdosa ke kita tak tutup aurat? Tak, bukan berdosanya mereka kerana kita tak tutup aurat, tapi berdosanya mereka kerana tidak menegur kita untuk menutup aurat dengan sempurna. Kalau sayang mereka, jangan jadi asbab mereka ke neraka, kalau sayang mereka, kita janji jumpa mereka di syurga, ya.... ●•٠·
·٠•● ♥ Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dgn baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih sayang padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya..
Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu….♥ ●•٠
Subhanallah!! Alhamdulillah!! Allahu Akbar!! Begitulah cinta, nikmatnya cinta berpaksikan syariatullah dan hanya kerana Allah... insyaAllah, sama-sama kita hayati dan cari atau kita bina cinta hanya untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan daripada Allah jua.. insyaAllah.. amin... ya Allah, permudahkanlah urusan dunia akhirat kami dan temukanlah jodoh kami dengan orang yang soleh/solehah yang boleh memimpin/bersama-sama kami menuju Al-Jannah!Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin....
sebarkanlah bahagia..... ayuh!
assalamualaikum......




No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.