Sobahal khoir?Alhamdulillah...sudahkah sunat dhuha?kalau belum, ayuh! moga Allah limpahkan seluasnya pintu rezeki pada kita arini dan seterusnya..amin.. bercakap tentang rezeki, teringat pula tika diriku belajar dan bertatih dalam erti mencari mata pencarian @ sumber rezeki.. rezeki yang halal.. untuk keluarga.. untuk diriku jua.. alhamdulillah.. mak & ayah mengizinkanku untuk belajar erti pahit & jerih itu..
terima kasih mak! terima kasih ayah! =)
dalam mencari rezeki yang halal.. dalam mengenal erti hidup..erti hidup dengan memberi.. kita harus mulakan dengan cerminan diri.. muhasabah diri.. apakah kekurangan dan kekuatan diri ini.. baru akan lahirlah satu sikap yang tahu membezakan perkara yang mahmudah atau mazmumah.. dengan berpaksikan iman, Al-Quran dan Sunnah..
sebagai manusia yang punya 'aqal, sudah tentu mampu berfikir secara rasional.. mungkinkah dengan mencuri?? mungkinkah dengan meminta sedekah sedangkan kita mampu mengerah tulang empat kerat ini?? atau mungkinkah dengan belajar dan menimba dengan lebih mendalam?? mana satu pun pilihanmu, kembalilah kepada Allah.. mintalah taufik dan hidayah-Nya untuk memimpin hatimu, menunjukkan jalan yang benar dan bertindak dengan penuh keimanan kepada-Nya.. bukanlah membabi-buta mengikut hawa nafsu.. gerak hati yang tak tahu mana halanya.. ingat lagi kan entry sebelum ini?? cara pembangunan diri dan rohani?? husnuszhonelah kepada Allah.. yakinilah Dia.. sesungguhnya setiap apa yang dtakdirkan kepada kita pasti mempunyai hikmah yang sangat besar... hikmah yang masih belum tersingkap nilainya... ayuhlah! banyakkan berdoa dan teruskan perjuangan hidup ini.. insyaAllah..
bercakap mengenai tindakan kita.. cara membuat keputusan.. cara berfikir... semua berkaitan dengan diri kita.. semuanya bermula daripada dalaman...diri ini sendiri.. sama ada nak menjadi baik-kah atau kurang baik-kah?? semuanya dah besar,dah matang... fikir-fikirkanlah... diri sendiri itu adalah akhlak diri kita.. sahsiah kita... perlakuan kita... tindakan kita...semuanya adalah akhlak... baru sahaja semalam usai menjawab soalan Etika Professional & Moral.. banyak menitikberatkan soal etika, nilai, moral, akhlak... alhamdulillah.. sudah jelas kini apakah kepentingan nilai, tindakan kita yang bagaimana sepatutnya dilakukan, dan sebagainya..
terbaca status akhi Hilal Asyraf di twitter sebentar tadi yang berbunyi,
"Akhlak itu cerminan fikrah. Sebab itu penting bergerak dengan akhlak yang baik. Kerana akhlak yang buruk, hanya akan menimbulkan fitnah."
wa nauzubillah minzalik.. Ya Allah, ampunkanlah khilafku.. pimpinlah hatiku dan terimalah taubatku ini...amin..
dalam pada kita nak berjuang..dalam pada nak berubah.. pasti banyak ujian yang kita hadapi.. ujian dari-Nya.. ujian tanda kasih dan sayangnya Dia pada kita semua.. untuk uji keimanan dan kesabaran kita. sanggupkah kita melawan hawa nafsu kita?? sanggupkah kita berkorban?? sanggupkah itu dan ini?? sanggupkah??? dengan hati yang ikhlas...mudahkah?? sejujurnya,kita mampu ikhlas dengan mudah ke?? cuba kita sama-sama renungkan apa yang telah kita lakukan sebentar tadi.. semalam dan hari-hari sebelumnya...cukup ikhlaskah kita??? ini dah masuk soal ikhlas pula.. insyaAllah, kita semua lakukan perkara yang disuruh Allah itu dengan ikhlas...amin.... sama-sama kita berdoa ye... doakan saya juga ^_^
cukuplah sekadar itu renungan bersama sahabat-sahabat di pagi hari ini.. ingat! Akhlak itu cerminan fikrah... ayuh berhijrah dan kekalkan momentum yang ada dalam diri ini... insyaAllah... maaf andai ada khilafku pada kamu, kamu dan kamu... senyum selalu...
tips pelajar cemerlang : banyakkan berdoa, bertaubat dan sentiasa basahkan lidah dengan zikrullah... ikhlaskan hati kerana-Nya dan usahalah sehabis daya kita..insyaAllah... semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat jua..amin... selamat maju jaya sahabat-sahabat! =)

Assalamualaikum....




No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.