apa khabar sahabat2 sekalian?? Asif atas kelewatan dan kesepian di laman ini.. alhamdulillah, hari ini genap dua hari untukku dan sahabat2 di UMK berjuang dan berjihad dalam menuntut ilmu.. dua hari sudah berlalu untuk menhadapi peperiksaan akhir sem ini.. moga diberkati Allah hendakNya..amin... Bittaufiq wannajah fil imtihan!
dalam keghairahanku menelaah pelajaran dan memahami setiap isi kandungan ilmu ini, jiwaku membuak-buak untuk mengetahui apa yang berlaku di luar sana.. ingin sekali untukku turut bersama.. tapi,apakan daya.. doa dariku yang mampu mengiringi... insyaAllah.. Ya Allah, manisnya perjuangan itu hanya untuk mencari redha-Mu...
Dalam pada kami bertungkus-lumus menuntut ilmu dan membaca buku-buku ilmiah, ada juga yang masih mengingati untuk melahirkan ucapan SELAMAT TAHUN BARU.. Apakah erti sebenar sambutan tahun baru? Adakah untuk bersuka-ria? Melihat bunga api? atau apa?alhamdulillah.. syukran jazillan Ya Rabbi kerana memilih kami untuk berada dalam landasan ini.. dalam masa orang lain sibuk melihat bunga api, kami itqan menimba ilmu...moga ianya menjadi ibadah kami kepada-Mu...insyaAllah...
paper pertamaku adalah Kenegaraan & Pembangunan Malaysia.. pabila setiap helai ku baca dan ku tatap, lahir satu perasaan dalam diri ini.. oH! Menarik juga! rasa rugi pula pabila ku tidak kecapi nikmat pelajari ilmu ini di saat awal-awal sem dulu.. hehe.. pengkisahan sejarah itu memang menarik, tetapi menjadikan ianya sebagai 'sejarah' itu pelik dan jelik!Ya Allah, bantulah kami dalam medan perjuangan ini dan peliharalah hati-hati kami dengan fatwa hati yang tetap dan berpegang teguh hanya kepadaMu.. amin.....
ikuti kisah seorang srikandi dan zauj tercinta...semoga kalian dirahmatiNya..amin
Kemaskini Tanjong Malim, 1 Jan : Tatkala seluruh dunia khususnya orang ramai di Malaysia sedang lena dibuai mimpi indah dan bergembira menyambut ketibaan tahun baru 2012 Masihi hari ini, lain pula ceritanya sekumpulan mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Awal pagi tadi, hampir 100 mahasiswa yang mengambil keputusan meneruskan aksi himpunan aman di hadapan UPSI semata-mata ingin menuntut pihak universiti menggugurkan kes Adam Adli, telah dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan beberapa siswa cedera parah dan luka di badan.
ikuti kisah lanjut di sini..

Suamiku seorang pejuang. Sakitnya, moga mendapat maghfirah. Semangatnya, moga mencerah ummah. Terima kasih kpd semua atas sokongan, ziarah dan doa dari kalian. Doakan moga beliau cepat sembuh untuk teruskan agenda yang lebih besar untuk perubahan. Kita sudah tidak mampu menunggu, maka kita gerakkan perubahan. Walau ada luka dan darah, demi ummah kita sanggup gadaikan. - Ukhti Masturah Abu Bakar, zaujah kpd Akhi Muhammad Safwan Anang (Pengerusi BEBAS, Timbalan Pengerusi GAMIS)
Bersabarlah wahai ukhti... syafakallah akhi safwan... insyaAllah, Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar.. moga Allah mempermudahkan segala urusan dunia akhirat kita jua..amin...
ingat...setiap gurisan luka itu akan menjadi saksi nafas perjuangan....
SUNNAH ORANG BERJUANG
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulNya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana...atau syurga
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
wallahu'alam... hiasilah peribadi dan tingkah laku berlandaskan keimanan kepadaNya.. insyaAllah..doakan saya juga.. selamat maju jaya, wahai pejuang-pejuang agama Allah sekalian!!
Assalamualaikum....




No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.