wahai ukhti


Beritahu pada muslimah itu...

dirinya ibarat kaca;disentuh terguris,dihantuk serpih,dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu...

jaga tutur kata;cakap tinggi nanti dibenci,terlalu rendah dipijak pula,cakap sombong mengundang lawan,hati-hati meluah kata,kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu...

jaga tingkah laku;harga diri letaknya di situ,jangan meluru ikut telunjuk nafsu,sesekali tersilap langkah,akan dihukum selamanya,keturunan dicerca payah,menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu...

jaga pakaian;ia cermin peribadi,juga lambang bangsa,di mana dan dalam keadaan macam manapun,biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu...

simpan secebis malu ;kerana perasaan malu ,sebahagian dari iman..malu itu baik semuanya..

insyaAllah....moga Allah redha dan memberikan hidayahNya pada kita jua...amin....

**credit to ukhti fatimah : syukran atas perkongsian ini.. =)

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram