Gempa di Jepun

Inisiatif warga UMK bantu mangsa gempa di Jepun


Sebahagian kakitangan Jabatan Canselori UMK yang menyertai program 'Car Wash' untuk mengisi Tabung Bantuan Kemanusiaan mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun di kampus universiti itu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 19 April - Penderitaan rakyat Jepun yang dilanda gempa bumi dan tsunami terus mendapat simpati pelbagai pihak di negeri ini, termasuk warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Dalam usaha menzahirkan keprihatinan mereka, Kelab Kebajikan Kakitangan Jabatan Canselori UMK, menganjurkan Program Cuci Kereta atau 'Car Wash' bagi mengisi Tabung Bantuan Kemanusiaan mangsa gempa peringkat kampus.

Seramai 30 anggota kelab menjayakan program itu bagi mengumpul dana untuk disalurkan ke dalam tabung berkenaan.

Timbalan Pengerusi Kelab itu, Liau Pei Wen berkata, ahli terbabit mencuci kenderaan termasuk motosikal dan van dengan bayaran antara RM3 dan RM11 bermula pukul 10.30 pagi hingga 5.30 petang.

Beliau berkata, program tersebut mendapat sambutan hangat bukan sahaja daripada kakitangan dan pelajar UMK, tetapi juga masyarakat sekitar kampus.

"Usaha itu dibuat tanda keprihatinan kami dengan penderitaan yang dialami rakyat Jepun di samping menimbulkan kesedaran kalangan warga universiti sendiri bagi membantu mereka yang berada di dalam kesusahan," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Pei Wen berkata, pihaknya menyasarkan kutipan sebanyak RM1,000 sepanjang program sehari itu, termasuk melalui jualan minuman di gerai yang disediakan.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment.

Sharing Love

Blog's Award

My Instagram