Adakah mustahil bagi seseorang yang mempunyai masa lalu yg kelam utk menjadi muslim sejati??
saya setuju dengan pandangan Ustaz Zaki.. tiada yang sempurna di dunia ini.. bertaubatlah dan berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi... kita semua sedang menuju ke arah menjadikan diri lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada arini... juga masih bertungkus-lumus untuk mencari dan mencapai kesempurnaan dalam hidup walaupun sempurna itu bukan milik kita.. tapi, ianya tidak menjadi satu kesalahan jika kita ingin berubah dan melakukan kebaikan kan? sahabat2ku sekalian, kuakui banyak kesilapan dan kekhilafan yang kita lakukan dalam hidup ini.. kerana apa?? kita bukan maksum (terpelihara daripada segala dosa & kesalahan)... kita diciptakan Allah untuk menjadi khalifah di Bumi ini dan mentarbiyahkan diri juga muslimin muslimat untuk sama2 beroleh kebahagiaan dunia akhirat dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar.. dalam mencapai semua ini, pasti ada pasang surutnya.. ibarat hidup seperti roda.. kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang pula kita di bawah. kerana apa?? resam hidup.. inilah resam hidup.. takkan indah hidup dan takkan nikmat hidup ini jika setiap hari semuanya indah2 belaka.. baik-baik sahaja... tak gitu?? kalau macam itu, takkan cerdik la kita. tak ada benda baru yang kita pelajari dalam hidup.. tak ada benda baru yang ingin kita cuba dan perolehi.. kan? so, tentang topik kita arini, sanggupkah kita mengumpat/mengata sama kaitan juga dengan menceritakan aib orang lain kepada orang ramai?? sudah tentu kita semua tahu akan hukumnya,bukan?? ini sebagai peringatan untuk diriku khususnya dan sahabat2 jua amnya.. insyaAllah.. oleh itu, ayuhlah kita sama2 memaafkan dia bukan memaafkan perbuatannya kerana jika kita memaafkan perbuatannya seolah-olah kita menyokong mereka melakukan kemungkaran, tetapi kita maafkan dia kerana dia adalah saudara kita... apalah salahnya jika kita memberi sokongan dan bersama dia untuk dia berubah mencapai kesempurnaan dan kebahagiaan dalam hidup... takkan kita seorang sahaja nak berjaya dan masuk syurga?? ye kan?? so, cara yang terbaik bagiku adalah maafkan dia dan sama2 dengannya untuk berubah ke arah kebenaran hidup yang berlandaskan syariat dan sama2 muhasabah diri kita jua... insyaAllah... kerana sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang... siapalah kita untuk menghukum makhluk Tuhan?? fikir2kan dan amalkan bersama... ayuh! insyaAllah... wallahu'alam... syukran atas kesudian membaca coretan ini... =)




No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.