Wahai para dai'e, bertindaklah sebagai seorang penunjuk, bukan seorang penghukum. Sesungguhnya Islam bukan berada dalam tanganmu, juga bukan tanganku. Maka biarlah akhirannnya ditentukan di sana, bukan oleh kamu yang punya kelemahan seperti aku.
Janganlah dihukum mereka yang berlainan fikrah denganmu. Bukankah Allah sendiri yang membiarkan perkara itu berlaku kerna jika Dia berkehendak, maka sangat mudah untuk Dia mengubahnya menjadi satu fikrah. Sesungguhnya berlainan pendapat itu satu rahmat dalam Islam. Maka, jangan kamu lihat ia sebagai satu kerosakan.
Wahai para dai'e, berhikmahlah kamu dalam menyampaikan kerna itu juga cara Nabi Allah. Maka, apa layak kamu untuk melangkauinya sedangkan kamu dan aku hanya layak sebagai hamba Allah. Lembutkan tutur katamu kerna itu fitrah manusia.
Berhikmahlah kamu dalam memberi pada mereka yang keras denganmu kerna itu cara Nabi Allah pada kaum Taif yang degil. Usah bazirkan masa pada mereka yang sudah tetap di atas jalan yang lurus, bantulah mereka yang masih terpesong jauh dari jalan Allah kerna mereka juga tanggungjawabmu.
Wahai para dai'e, usah takut pada kegagalan. Apa kamu fikir kerja-kerja atas jalan Allah ini mudah dan menyenangkan? Jika itu fikiranmu, maka kamu sebenarnya masih belum bersedia. Bukankah Allah sendiri bersabda bahawa mereka yang mencari keimanan akan diuji-Nya?
Usah terlalu bergembira atas kejayaanmu kerna itu atas izin Allah tetapi carilah kelemahan dalam kegagalanmu, semoga ia tidak berulang lagi.
Wahai para dai'e, ini pesanan untuk diriku dan dirimu, kerna aku dan kamu adalah hamba-Nya. Tiada yang lebih tinggi dari antara kita melainkan atas dasar iman dan taqwa.
SEDIKIT PERKONGSIAN DRPD SHBT, MUHD FIRDAUS... ALHAMDULILLAH... SEKADAR UNTUK PERKONGSIAN DAN PERINGATAN BERSAMA.. TUK DIRIKU DLL... INSYAALLAH... MOGA ALLAH SENTIASA MEMBERIKAN KITA PETUNJUK DAN MEMPERMUDAHKAN PERJUANGAN KITA SBG HAMBANYA DUNIA AKHIRAT JUA..AMIN.. INSYAALLAH... WALLAHU'ALAM...




No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment.